Assalamualaikum,
Ramadan adalah bulan yang penuh keberkatan dan pengertian yang cukup besar buat semua umat Islam di seluruh dunia.
Bermulanya Ramadan, maka akan terbuka luas pintu kerahmatan dan keampunan kepada umat manusia untuk mencari kedamaian dariNya.
Selamat menyambut Ramadan Al-Mubarak 1444H kepada seluruh umat Islam
Bermulanya Ramadan, maka akan terbuka luas pintu kerahmatan dan keampunan kepada umat manusia untuk mencari kedamaian dariNya.
Selamat menyambut Ramadan Al-Mubarak 1444H kepada seluruh umat Islam
Alhamdulillah syukur Allah masih beri aku kesempatan berjumpa lagi dengan Ramadan. Semuga Ramadan tahun ini lagi banyak amal ibadah dan amal jariah dapat di pertingkatkan di bulan yang mulia ini.
Pagi pagi tenguk tv Hijrah nampak video pendek anak lelaki rindukan Ayahnya.... berlenang air mata ku di pagi hening ini. Ya Allah ampunkan dosa kedua orang Tua ku Ya Allah. Tempatkan mereka bersama orang yang beriman dan beramal soleh.
Al Fatihah buat Allahyarham Hj Abdullah Bin Abdul Majid dan Allahyarhamah Hjh Saifah Hj Zahari.
Bulan Ramadan banyak memori yang aku akan terimbau semasa menyambut bersama keluarga besar ku. Rindu zaman dahulu , momen momen indah sepanjang menyambut Ramadan dan seterusnya.
Syawal. Rindu momen bangun sahur, bangun pagi-pagi dan berbuka bersama. Walaupun sekadar lauk biasa tapi bila teringat Allahuakbar.... sedihnya. Syukur Ya Allah atas limpah kurnia Mu kepada kami selama ini. Walau sekadar rezeki biasa-biasa Alhamdulillah syukur kerana nikmat Mu itu.
Semuga setiap hari di bulan Ramadan ini aku dapat istiqomah bersedekah atas nama kedua Orang Tua ku serta keluarga ku. Aamiin
Siapa yang selalu kena toll setiap hari untuk ke tempat kerja hah boleh amalkan ni. Aku ada terbaca ceramah ke kat Fb tak ingat dah. Setiap kali kita bayar guna Touch n Go hah masa tu kita niatkan infaq atas diri kita dan keluarga kita serta semua umat Islam di dunia. Walau hanya sekadar 60 sen ke apa ke tapi setiap kali kita bayar toll hah kita niatkan macam tu. Insya Allah mudahan Allah terima infaq kita. Jadi benda ni aku jadikan amalan. Nampak macam kita bayar duit toll tapi dalam pada itu sebenarnya kita dah menderma. Cuba lah. Yang penting kita ada saham akhirat.
Selamat menyambut Bulan Ramadan semua. Semuga Allah menerima amal ibadah kita. Aamiin
salam ramadhan almubarak., aminn
ReplyDeleteSalam Ramadan wak
DeleteSalam Ramadan kak Notie. Rindu saya tak? Hehe.
ReplyDeleteSalam ramadan sal. Laaa mesti lah rindu. Selalu dok ulang tenguk blog sal. Napa lah blog sal sunyi dan sepi.
Deletetuan tanah Blog Sal malas menulis nak menulis
DeleteAlahaiiiiiii jangan le camtu. Ala tayang sal ala tayang sal. hehehe kunun nak memujuk ler tu
Deletesalam ramadhan sis :)
ReplyDeleteSalam Ramadan Tiara. Jemput masuk maaf lah takde kudap-kudapan sebab berpuasa. hehehe
DeleteSalam Ramadan kak..
ReplyDeleteSalam ramadan Sha. Selamat berpuasa
DeleteSelamat berpuasa Notie.
ReplyDeleteMoga dipermudahkan urusan ibadaha sepanjang bulan mulia ini.
Selamat berpuasa juga buat amie dan keluarga. Aamiin doanya.
Delete