Wednesday, May 3, 2023

Kemeriahan raya tahun 2023

 Assalamualaikum,

Macam biasa setiap tahun rumah pusaka di Bakri akan di penuhi oleh anak-anak Hj Abdullah dan Hjh Saifah serta cucu dan cicit. Kali ni meriah sekali dengan orang Brunei iaitu anak Kak Jal yang bekerja dan berkahwin dengan orang brunei dapat balik beraya bersama. Malahan aku dapat cucu saudara di pihak Kak Ijah iaitu menantunya yang bungsu dapat anak baru lelaki sebelum puasa. Kalau di kira-kira semuanya hampir 89 orang. Kalau Anak Kak Limah yang bungsu dengan cucunya hadir semuanya jadi 94 orang. Alhamdulillah syukur Allah kami dapat berkumpul beramai-ramai seperti tahun-tahun sebelum ini. Rasanya 2 tahun PKP je yang tidak dapat berkumpul.

Tapi tu lah bila tiba masanya Yeye dan keluarganya tidak dapat hadir sebab anak nya yang baru lahir tak sihat. Apa lagi dengan cuaca panas asyik meragam je. Jadi untuk keselamatan baby baru dan emaknya yang baru habis pantang tidak dapat hadir bersama.

Kali ini lebih meriah sebab Kak Ambah bagi hadiah pada semua adik beradiknya serta keluarga anak saudara yang sudah berkeluarga. Alhamdulillah semuga rezeki Kak ambah melimpah ruah lah hendaknya. Aamiin.

Selalunya duit tabung keluarga kami bagi barang bantuan raya seperti gula, teh dan milo. Kali ni Kak nong tukar kepada tuala. Semua orang dapat tuala baru. yeh hehehe

Macam biasa mula-mula bagi duit raya. Lepas tu cabutan bertuah adik beradik. Lepas tu cabutan bertuah keluarga. Lepas tu cabutan bertuah duit kutipan raya. Lepas tu bagi tuala. Alhamdulillah walaupun sessi ambil gambar ada yang tidak masuk terutamanya Kak Ijah yang tiba-tiba pitam dan muntah. Semuga Kak ijah cepat sembuh.   

 


Ni tengah kecuh nak dapat duit raya. Nak beratur pun dah tak cukup tempat


Ni pulak pemberian rahmah famili. Tahun ni tukar. Selalunya bagi gula, kopi dan teh. Kali ni bagi towel lah pulak. Semua yang hadir dapt sorang sehelai.  


Ni cabutan bertuah. Dek ralit melihat orang riuh rendah dapat hadiah takde pulak yang ambil gambar dapat apa. ni je yang aku dapat rekod.




Birthday adik aku Faizan adik no 10. Birthday dia sebelum raya




Kecuh je nak arrangekan semua. Tu pun tak semua yang masuk. Orang Parit Sulong rasanya ada yang dah balik dan Kak Ijah pun tak sihat. BIla dah ramai-ramai Kak Ijah pitam. Agaknya dengan cuaca panas dan tak  sihat



Selamat Hari Raya Maaf zahir batin dari famili Hj Abdullah dan Hajah Saifah




16 comments:

  1. Alhamdulillah meriah dapat berkumpul beramai-ramai. Selamat hari raya Aidilfitri maaf zahir dan batin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari raya maaf zahir batin juga buat Mrs A

      Delete
  2. Alhamdulillah berkumpul, seronoknya ada tabung keluarga tahun ni dapat tuala ya metiah sungguh. Mogaa kak ijah cepat sembuh, panic juga pitam tiba2 kan, inshaAllah sihat kembali hemdakny. Salam Aidil Fitri sis maaf zahir batin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah syukur dapat berkumpul lagi. Cuaca kan panas jadi akak macam tak sihat. Amiin doanya.

      Delete
  3. Seronoknya keluarga adikberadik berkumpul sambut raya meriah sungguh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah syukur dapat berkumpul lagi. Kalau dah ramai sis memang havoc semuanya.

      Delete
  4. meriahnya beraya
    .. ๐Ÿ‘๐Ÿ‘

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dah ramai wak macam tu lah gegak gempita semuanya

      Delete
  5. Bestnya ada cabutan bertuah... next year boleh praktikkan. Selamat Hari Raya Aidilfitri!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cabutan bertuah tu buat suka-suka je. Buat meriahkan majlis. Kalau tak hambar. Buat macam ni semua seronok. Yang tenguk seronok yang dapat pun seronok.

      Delete
  6. wah...meriahnya raya...kenangan memang sukar untuk dilupakan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah syukur dapat berkumpul ramai-ramai. Dapat berkumpul ramai macam ni adalah nikmat yang terindah

      Delete
  7. Wah! Meriahnya banyak cabutan bertuah. Siap cabutan beryuah adik beradik, keluarga, duit kutipan raya lagi! Mesti rindu nak teruskan acara begini pada raya akan datang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah ada je rezeki buat semua. Cabutan bertuah tu buat suka-suka je supaya semua suka balik kg di bakri. Tu yang kalau boleh di teruskan setiap tahun.

      Delete
  8. Alhamdulillah.. Meriahnya sambutan raya..

    ReplyDelete