Assalamualaikum,
Ni tegurannya..... yang ini wallpaper dinding yang terkoyak
Tada.....dah repair....hari tu juga setelah di tegur. Kenalah panggil maintenance opis buatkan.
Ni bilik Pn Suzani...bilik tu bagaikan bilik petisejuk sebab aircond dia sejuk sangat. Membeku di dalam saljirasanya. Tu yang dia tutup saluran aircond tu. Tu yang kena tegur
Tada.....dah buang paper yang menutup lubang aircond tu. Kata pn suzani dek sibuk dia lupa nak buang sebelum eksa. Selalunya macam tu dia dah buat.
Ni bilik Stat 2. Carpet digunakan untuk menutupi kabel. Dan kipas angin tu tak sesuai letak atas kerusi
Dah di perbetulkan dan nampak kemas.
Stiker di letakkan tidak mengikut spek
Hah dah nampak sekata. Kena letak dibawah pemegang kabinet
wayar komputer simpang perenang dan stiker tidak di lekatkan.
Tada.....dah nampak cantik dan seragam
Bunga ni kita orang boleh lupa nak bersihkan. Hah apa lagi kena tegur banyak habuk. aduhaiiii
Kotak go Green ni dapat menang inovasi
Hasil usaha semua staff akhirnya markah opis kita orang paling tinggi. Syabas buat semua terutamanya matron siew sebagai mak dan Pa Hanim sebagai ketua pengemas aka kakak kawasan yang menegur mana yang tidak kemas dan menolong mengemas fail-fail dan lacai-laci staff. Syabbas semua.
Hari Audit Ibu Pejabat pula......audit luaran pulak.....semua sedang mengemas sekeliling ni.
Opss lupa nak habak kenapa ada ekrok iaitu sorok dalam bonet kereta. Biasa le kalau buat kerja kan kadang ada kudapan atas meja dengan bekas air. Kadang kan ngantuk buat kerja ni. Jadi benda-benda atas meja tu semua kena sorok dalam bonet bagi clear dulu baru keluar balik. hehehehe ala seminggu dua je buat kerja macam serupa tak buat kerja sebab meja bersih sungguh. hehehehe aku punya meja manjang penuh dengan fail dan dokumen kertas conteng-conteng dengan bahan makanan penuh atas meja. Tempat aku tempat makanan kudap-kudapan dan selalu jadi tumpuan member belakang. Tu pasal kena kemas dan sorok dulu. hehehehe
update terkini
Audit IPKKM untuk Bahagian Perancangan dapat markah tinggi. Wah boleh tahan cemerlang ni. Tahniah semua
Aduh!
ReplyDeleteBegitu rupanya perkara-perkara yang hendak diaudit.
Baru saya tahu.
Tapi elok jugalah selepas ditegur, terus ditambah baik.
Tahniah dapat markah paling tinggi.
Dulu namanya 5 S dan 6 S tu kita bagi nama sorok dalam bonet. Sekarang nama dah up jadi EKSA.
DeleteSamalah.. Masa audit meja kena bersih dan cantik mata memandang.. kikiki.. Lepas audit, penuh dengan segala mak nenek fail dan makanan.. kikiki..
ReplyDeletehahahaha akak ingat kita orang punya selalu buat rupanya kita geng....geng sorok hahaha
Deleteaudit untuk menambaik semua oklah tu
ReplyDeleteYa sis tapi kadang tak larat nak istiqomah. hehehe
Deletesama sini pon semua jajan sorok dulu..kantoi nnti
ReplyDeleteItu yang utama sekali sorok jajan. hehehehe tu jajan buat hilang ngantuk time checking data. hehe
DeleteIni audit perlaksanaan perkeliling dan kebersihan ke? Tpi okla depa habaq awal nak mai bukan terjah jer hahahaa
ReplyDeleteDulu namanya 5 S. Sort (Seiri), Set in Order (Seiton), Shine (Seiso), Standardize (Seiketsu), and Sustain (Shitsuke) ambil idea orangJepun. Tapi dah tambah baik nama jadi EKSA iaitu ekosistem kondusif sektor awam.
Delete