Monday, November 6, 2023

Turkiye - Lawatan di Muzium Kamal Antartuk

 



Assalamualaikum,

Hari ke 2 masa kat Bolu kita orang pergi ke Mausoleum of Mustafa Kemal Ataturk. Masa sampai tu kami nampak ada serombongan kumpulan yang berpakaian kemas berkot bagai. Malahan ada yang aku nampak Pingat kebesaran mereka bergayutan di bajunya.

Kata Mr Bilal, cepat masuk kalau nak tenguk. Nanti bila rombongan tersebut masuk kita orang tak berpeluang tenguk. Mereka bagi can dulu pada rombongan VIP tersebut. Betul pun bila masuk je laluan pun di tutup.


Menunggu signal nak masuk ke dalam

 Ramai orang dan pelancong

  
      Ada laluan khas untuk pelancong tapi bila ada VIP nak masuk terpaksalah kami menunggu di tepi.

Sekali bila VIP serta rombongan yang sedang menunggu tu masuk emm kita orang memang takde can le nak tenguk tanda peringatan tersebut. Nampak tak dia punya jalan Askar yang dihadapan sekali. Janggal sungguh gerak kaki dia. Tapi dah memang budaya mereka jadi tenguk je lah. Kepelbagaian dalam berkawat. 



Sempat le aku berposing. Mungkin staff lama yang berjasa besar sebab termasuk bersama gerombolan VIP tadi.

Kata Bolu mereka ada konvensyen dan sebelum konvensyen mereka bermula, kena jenguk ke sini sebagai  menghargai jasa Presiden mereka.    

                                                          Lukisan gagah perkasa Mustafa Kemal Ataturk.

4 comments:

  1. Saya pun terkejut tengok gerak langkah kaki askar di sini. Tengok sajalah kan cara mereka, tak sama dengan askar di tempat kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak gelak pun ya juga tapi sebab tempat orang jadi tahan je. Mungkin itu budaya mereka

      Delete
  2. Salah satu tempat favorit saya saat trip ke turkiye ❤️. Bisa melihat dari dekat makam Ataturk dan membaca sejarah beliau. Banyak kontroversi ttg beliau ini, sampai menjurus ke fitnah. Tapi saya puas setelah melihat sendiri Mausoleum nya 👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Membaca sejarah dia buat kita insaf bahawa Allah segala-galanya bukan kerana kuasa yang dia ada

      Delete