Assalamualaikum,
2hb March yang lalu kita orang geng Ulat buku telah menghadiri majlis perkahwinan anak Anim. Kiranya ini pertama kali Anim dapat menantu. Walau pun sibuk baru balik dari Jordan lepas tu Mak pula tak sihat tapi bila dah tenguk majlis kahwin anaknya fuh...grand juga tu.
Kata anim anaknya yang selesaikan semua, dia ikut je. Alhamdulillah majlis berjalan lancar. Bila tenguk pengantin dah macam tenguk pasangan korea je. Muaimin tu memang ikut rupa Anim sungguh. tapi tulah kurang tinggi. Kalau tinggi sikit lagi wow. Sara pulak lagi lawa.
Kita orang datang majlis awal sebab nak chop tempat. Kak Su dan Yah yang baru balik dari Chengmai akan datang juga. Nasib baik ada Nawwir.
Mak pengantin anggun berwarna grey. Kak Su, Yah , Nawwir dan aku. Ada juga rakan penulis 2 orang datang atas jemputan Anim.
Kak su novel dia Panggil aku Dahlia akan di adaptasikan ke drama. Tak sangga pulak anim salah seorang penulis skrip dia. KAk su jangan tanya le dah dia penulis novelnya. Bila tenguk Sara anak anim rasa macam sesuai je nak jadi Dahlia tapi Sara kata tak nak jadi artis. Tak sesuai dengan jiwanya padahal dia pernah berkawan dengan Raja Iddin anak Raja Kamarul Bahrin iaitu Kerabat Diraja Terengganu. Femes tu Raja Iddin.
Aku juga terperanjat rupanya Bunga dan kakaknya Mbak Rini juga hadir. Baru teringat kalau masa majlis perkahwinan anak Mbak Rini dulu , Anim dan Wan ada pergi ke Jakarta. Kita orang geng Ulat buku yang lain tak di jemput takde le dapat tenguk perkahwinan orang Indonesia. Cuma geng-geng rapat Bunga je yang hadir. Kita orang geng jauh-jauh. hehehehe
Tak pasti lah pulak budak di tengah tu anak saudara Anim atau anak pengantin atau pengiring. Suka budak tu duduk atas pelamin.
Meriah wedding .. tahniah selamat pengantin baru :D
ReplyDeleteTerima kasih bagi pihak Anim.
Deletesama sama :D
Deletetahniah buat mempelai dan keluarga :)
ReplyDeleteTerima kasih bagi pihak mak pengantin
Deletealhamdulillah tahniah selamat pengantin baru
ReplyDeleteTerima kasih bagi pihak mak pengantin
DeleteWaah cantiiik memang dekonya 👍. Tinggi badan sara ya. Memang lah sesuai kalo nak jadi artis , cantik juga pun. Tapi tak nak pula yaa 😅.
ReplyDeleteApapun semoga pengantin langgeng dan rukun sampai bila2 dan semakin lancar rezeki keduanya
Aamiin doanya buat keluarga pengantin.
Deletetahniah utk yg dpt menantu., aminn
ReplyDeleteTerima kasih wak bagi pihak mak pengantin
Deletememang comel pasangan pengantin. eh..teringat majlis sendiri plak. hehe. almost nak buat konsep moden macam ni last-last jadi klasik
ReplyDeleteAla sal pun comel jadi pengantin. Mana gambar majlisnya
Delete