Assalamualaikum,
Sapa pernah makan mee siput. Aku ingatkan ramai yang tahu rupanya belah johor je yang ada. Apa tah lagi aku orang muo memang sejak zaman sekolah lagi memang makanan legend bagi kami. Makan dengan sambal tumis atau sambal kicap.
Bila aku kerja di Segamat oh takde ye. Rupanya takde pun mee siput kat area Segamat. Aku ingatkan bila kat Johor semua orang johor tahu rupanya ianya hanya femes di Muar dan Batu Pahat.
Selain daripada itu kalau belah utara yang seakan-akan ialah mee sanggul tapi meenya beza sikit daripada mee siput. Mee siput macam testure dia kasar sikit. Manakala Mee sanggul pula lebih halus. Tapi boleh je keduanya di buat mee goreng tapi aku paling suka goreng je gitu. Aruah bapak aku pulak suka bubuh dalam pengat pisang. Dia pecah-pecahkan mee siput tu jadi lebih kecil dan masukkan dalam pengat pisang yang sedang dimasak atas dapur. Sedap. Kalau bubuh dalam bubur chaca atau bubur candil pun sedap. Tapi kita orang lebih suka di goreng dan makan dengan sambal tumis. Sambal kicap cair-cair pun sodap. yum yum yum
Buat semuanya mengikut acuan bulat dan lepas tu di jemur. Bila dah kering boleh lah di goreng
Makan dengan sambal tumis atau sambal kicap....sedap weiii. Itu lah jajan kami semasa kecil sampai dah tua bangka. Kalau takde gigi hah tumbuk bagi hancur hehehehe
Rupanya ada banyak jenis mee siput yang di jual. Kalau pergi kat tempat kedai Pes Mak Pon kat Jalan Junid Muar ada dijual mee siput yang telah digoreng serta sambal. Sambal tu kadang kalau baru buat oklah rasanya tapi kalau dah lama emm macam dah tak sedap je. Bila ada orang jual , macam-macam jenis, rupanya ada juga macam-macam jenis kerangupan mee siput ni.
Selama ni makan mee siput yang keras dan ranggup, sekali bila arwah Abang ipar aku perkenalkan mee siput sg balang....wah lagi lembut rasanya. Tak keras tapi sedap. Sejak tu kalau beli mee siput mesti cari kat gerai kat Parit Sulong. Tempat lain semua keras tapi yang kat situ lembut sikit bila di goreng.
Tadaaaaa bila dah kering bungkus macam ni dan jual.
Kalau pi Muo atau Batu Pahat hah jangan lupa cari lah Mee siput
MI SIPUT MASUK DLM PENGAT SEDAP TU
ReplyDeletesedap sis kenyal kenyal gitu
Deletemaknanya mee siput bukanlah tujuannya jadi mee goreng atau mee sup ye...dia kudap-kudapan je?
ReplyDeletehaah mulanya untuk kudapan macam keropok tu tapi boleh pelbagaikan
DeleteAisssh cuma dijual di sana ya kak 😅. Teringin pula melihatnya. Saya walau rutin bolak balik Malaysia, tapi selalunya cuma KL dan Penang. Tak pernah ke muar
ReplyDeletewah selalu ya datang malaysia. Kena lajak ke selatan ni
DeleteRupa Mi Siput ni rasanya zaman saya kecik-kecik dulu dah ada. Mungkin namanya lain.
ReplyDeleteMakanan legend masa kami kecik2 dulu
Delete