Assalamualaikum,
Dah lama tak pergi jualan kat Parcel E sekali member kata kat Lobi HPJ ada jualan. Hah apa lagi selesaikan dulu urusan kerja lepas tu dengan Liza dan Shu naik ke keatas. Kata Shu ada laksa Johor.....hah tu yang aku kejorkan ni. Sekali bila naik atas huhuhu hampa dah habis dah. Dia jual tak banyak. Dah le aku craving laksa Johor yang sedap. Sekali kata habis. Tapi tak pasti lah adakah ianya menepati selera aku yang penting Laksa Johor.
Hah apa lagi sesiapa yang berhampiran dengan Hospital Putrajaya tu atau pun yang datang kat klinik boleh lah beli. Sampai hari Khamis.
Nampak kek pisang comel. Terjumpa Doktor di Jabatan Qualiti sedang membeli.
Yang cookies ni nak cuba besok lah
Ada juga jualan baju-baju siap.
Jelly pelbagai warna nampak comel je kan. Kalau budak-budak mesti suka punya.
Jualan baju budak-budak. Ni Aida mesti suka tenguk
Donat yang viral tu selalu jual kat PArcel E pun ada. Si Nuha anak Liza punya excited tenguk.
Macam-macam makanan. Aku beli kerabu maggi kat sini. Desert dia pun macam-macam ado.
Pahlova pun ada
Nasi ayam goreng kunyit sebekas rm10. Kalau Rm 10 oklah kan. Ada yang rm12 ikut jenis makanan lah. Dulu aku suka kat jualan di E2 tu salad ayam dengan kentang sebekas macam tu rm10. Selalu beli sebab banyak dan kenyang makan. Ayam besor dan salad kentang dia banyak. Rindu jualan kat E2 tu setiap hari Isnin.
Yang ni nampak macam dah nak habis jualannya. Tunggu shift petang katanya. Ada lagi tapi lambat lah kalau nak beli.
Aku nak beli yang special kopi vietnam tu sekali katanya tunggu tengahari. Kalau yang biasa ada. Alaaaaaa baru nak mengopi mencuba yang special sekali kena tnggu tengahari....emmmm lain kali lah.
Yeh ada soto.....apa lagi beli meehoon soto untuk makan malam. hehehehehe
Sekian lapuran jualan Madani anjuran Kelab sukan dan Kebajikan Hospital Putrajaya.
Update terkini:
Semalam tak dapat hari ni yeh dapat makan laksa johor tapi kopi vietnam tu lambat sangat jadi bancuh kopi sendiri boleh kan.
Hah pagi-pagi sebelum pukul 8 aku dah naik ke Lobi nak cari Laksa johor. Kali ni banyak dia bawa daripada semalam.
Laksa dah gaul dan dah separuh makan baru teringat nak ambil gambar.....sori. Kuah pekat dan kiranya sedap lah sebab aku bagi cc mila dan cc su rasa. Depa kata sedap. Dekat bekas tu ada no phone hah lain kali boleh lah try order kalau nak makan.
laksa johor...sedapnya..semoga dapat beli di hari lain...
ReplyDeleteTu lah besok nak cuba lagi. Hari ni makan kerabu maggi je dengan apam warna warni.
DeleteAktif juga kelab di hospital, ceria dan meriah bila ada event macam ni, semangat nak membeli, item pula tak da, inshaAlah harap sis dapat merasa laksa dan kopi tu..
ReplyDeleteKat sini kadang macam-macam juga event di buat malahan Auditorium tu asyik penuh je memanjang orang buat kursus lah kadang ada event dari luar lah. Hah laksa Johor dah dapat rasa kopi bancuh sendiri. hehehehehe
DeleteLksa Johor Ini yg saya belum coba 😄. Penasaran sangaaat. Kalo ada Bazaar atau festival kuliner dan barang seperti ini saya pun happy, banyaak yg bisa dibeli 😄👍
ReplyDeleteKat malaysia banyak jenis laksa ada. Laksa asam, laksa serawak, laksa penang, laksa kuala kedah, laksa lemak. Laksa johor ni lain sebab dia guna spageti. Yang lain tu guna mee laksa.
Delete