Wednesday, July 17, 2024

Genap 10 tahun Tragedy MH 17 - dan Syukur Alhamdulillah buat diriku

 

                                            Rangka MH 17 yang cuba di sambung semula.
Peristiwa adalah kekejaman ke atas orang awam yang tak sepatutnya jadi sasaran keganasan. - Foto Reuters

     

Kronologi tragedi pesawat MH17

17 JULAI 2014

- Pesawat MH17 ditembak jatuh di wilayah Donestk, timur Ukraine.

19 JULAI 2014

- Pemimpin kumpulan pemisah, Alexander Borodai serahkan dua kotak hitam kepada 133 pegawai, kumpulan pakar dari Malaysia tiba di Kiev.

21 JULAI 2014

- 282 mayat di Torez dihantar ke Kharkiv dengan kereta api sebelum diterbangkan ke Belanda.

22 JULAI 2014

- 40 keranda tiba di Lapangan Terbang Tentera Eindhoven, Belanda.

25 JULAI 2014

- Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai sahkan kedua-dua kotak hitam berkeadaan baik dan kandungannya tidak tercemar.

27 JULAI 2014

- Belanda umum identiti mangsa pertama dikenal pasti.

31 JULAI 2014

- Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak temui Perdana Menteri Belanda, Mark Rutte, di The Hague dan menuntut gencatan senjata di lokasi pesawat terhempas.

1 OGOS 2014

- 15 identiti pertama mangsa rakyat Malaysia dikenal pasti Pasukan DVI.

19 OGOS 2014

- 28 identiti mangsa MH17 rakyat Malaysia dikenal pasti.

22 OGOS 2014

- Hari Perkabungan Negara

9 SEPTEMBER 2014

- Laporan awal nahas MH17 dikeluarkan Lembaga Keselamatan Belanda (OVV).

14 OKTOBER 2014

- Pasukan penyiasat Malaysia memasuki lokasi nahas MH17 bagi mengambil barangan peribadi milik mangsa.

1 DISEMBER 2014

- Malaysia diterima sebagai ahli penuh dalam Pasukan Siasatan Bersama MH17.

9 DISEMBER 2014

- Bangkai penuh pesawat MH17 tiba di pangkalan tentera udara Belanda di Gilze-Rijen, selatan Belanda.

10 JULAI 2015

- Malaysia menerima laporan awal hasil siasatan nahas MH17 daripada pihak berkuasa Belanda. Kerajaan memerlukan 60 hari teliti laporan secara menyeluruh dan terperinci.

11 JULAI 2015

- Malaysia mengadakan majlis memperingati ulang tahun pertama tragedi pesawat MH17.

30 JULAI 2015

- Russia menggunakan kuasa veto menolak resolusi Majlis Keselamatan PBB bagi penubuhan tribunal khas itu.

11 OGOS 2015

- Pasukan penyiasat antarabangsa MH17 kenal pasti serpihan dari peluru berpandu BUK buatan Russia di lokasi terhempas.

24 OGOS 2015

- Malaysia serah maklum balas berkaitan laporan nahas pesawat MH17 kepada pasukan penyiasat Belanda.

13 OKTOBER 2015

- Lembaga Keselamatan Belanda (OVV) sahkan MH17 ditembak jatuh dengan peluru berpandu BUK buatan Russia.

- Pengerusi OVV, Tjibbe Joustra sahkan tiga anak kapal mati di dalam kokpit terkena serpihan peluru berpandu.

- Laporan akhir tidak menyatakan siapa bertanggungjawab melancarkan peluru berpandu itu.

17 NOVEMBER 2022

- Mahkamah Daerah The Hague memutuskan dua bekas pegawai perisikan Russia, Igor Girkin dan Sergei Dubinsky serta pemimpin kumpulan pemisah warga Ukraine, Leonid Kharchenko, bersalah menembak jatuh pesawat MH17 yang mengorbankan 298 nyawa.

- Ketiga-tiganya dihukum penjara seumur hidup.

- Seorang lagi warga Russia, Oleg Pulatov, didapati tidak bersalah.

ps. Kredit Berita Harian  Sejarah hitam buat malaysia


Mengenang semula tragedy MH17. Alfatihah buat mereka yang terkorban.


Assalamualaikum,

Diam tak diam dah 10 tahun Tragedy MH17 berlaku. Manakala aku semakin pula bertambah usia. Tarikh 17 Julai orang akan mengenang tragedy MH 17 manakala aku menyambut hari kelahiran ku. 

Alhamdulillah syukur Allah masih beri rezeki aku hidup di muka bumi ini. Syukur juga aku di kelilingi kawan dan saudara mara yang baik-baik. Alhamdulillah


Rakan-rakan dan adik-adik yang baik. Mereka meraikan harijadi ku. Syukur Allah atas limpah kurnia Mu ini. 


Pagi-pagi LHDN bagi email. Amboiiii ingat je kat  aku ye. Padahal pembayar cukai yang setia tau.


                                               Terima kasih warga Rekod HPJ....love uolssss


Ni khas daripada anak buah aku Geng Lapuran Perubatan.


Daripada Alia...sama juga birthday dengan anaknya Myra yang berumur setahun.



Si teha belanja burger dan air sedap. Terima kasih Teha.

Begitu juga buat cc mila dan Ila. 

Alhamdulillah syukur Ya Allah atas rezeki yang diberikan. Dikelilingi dengan orang yang baik-baik juga doaku setiap hari. Semuga Allah limpahkan rezeki melimpah ruah dengan kesihatan yang sihat dijauhkan dari penyakit yang merbahaya. Sentiasa dalam rahmat dan Kasih sayang Allah SWT. Aamiin

10 comments:

  1. SANAH HELWAH NOTIE TIASA SIHAT SJHTRA BAHGIA MURAH REZKI SUKSES DUNIA AKHIRAT BERKAT RAHMAT-NYA

    ReplyDelete
  2. Seram sejuk lak dapat ucapan dari LHDN tu hahahaha :P
    By the way selamat menyambut hari lahir :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasak le LHDN. Dia mesti ingat kita...kita je kadang-kadang lupe.....TQ ucapannya.

      Delete
    2. Mana mungkin dia akan lupa Kita hahahaa.. bertuah la kalau dia lupa kita :P

      Delete
    3. Tahu takper.....lagi di kejornya kita merata-rata. hehehe

      Delete
  3. Happy belated birthday notie...Alhamdulillah, diraikan oleh sahabat2...semoga baik2 semuanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ nohas. Alhamdulillah syukur atas nikmat yang Allah beri.

      Delete
  4. Saya menangis saat baca berita mh17. Terlebih pula beberapa bulan sebelumnya mh370 menghilang. Macam, shock sangaat. Tak terbayang keluarga yang ditinggalkan dan para korban saat kejadian 😭😭😭.

    Apapun, happy belated birthday kak, semoga selalu dilimpahkan kesehatan, rezeki yg melimpah dan berkah usia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang Malaysia lagi lah rasanya macam berkabung je tahun tu sebab banyak musibah melanda. Sedih bila di tayangkan memori tersebut.

      Terima kasih doanya.

      Delete