Tuesday, March 18, 2025

Batam - Hari ke 2 - shopping oleh-oleh di Annisa Aulia

 


Assalamualaikum,

Lepas pi Icon Batam dan Masjid Agung kami di bawa ke tempat jajan  serta tempat jual oleh-oleh. Macam-macam ada sampaikan rambang mata nak beli.


Hah macam-macam ada sampaikan tak tahu nak beli apa buat oleh-oleh balik Malaysia.


Tapi ada terjumpa beg ada nama Batam. Hah beli 2 satu yang kecil lagi satu besar. Masa kat sini lupa nak cari keychain dan fridge magnet.  Lepas tu bila rasa kek buah naga emmmm sedap. Beli lah 2 buku. Lepas tu rasa Luti gendang kuih tersohor kat Batam hah beli juga 2 kotak. Rasa kuih ni macam pau malaysia tapi dalamnya dah ada inti. Kalau baru goreng sedap makan panas-panas.  Pau Malaysia selalunya di potong pau dan letak sambal serta timun dalamnya. Kalau yang dah ada inti kadang dia isi kacang merah. Hah tu pun sodap. Tapi yang ini tak pasti intinya macamana. Tapi sedaplah bukan rasa serunding. Kira lain lah inti dalamnya. Oleh kerana frozen kena simpan dalam peti sejuk. Bawa balik kena cepat-cepat goreng. 


Hah tenguk Pipid... cantik kan. Pipi dia mulus bersih.


Signature kedai annisaulia. Sedap kalau baru buat.


Ni pulak makanan tradisional di Batam yang femes juga.

Lagi yang femes kopi tanker....beli sepaket belum cuba lagi.

4 comments:

  1. Luti gendang isinya ikan yg disuwir2 halus kak. Saya juga sukaaaa sangat roti ini. Untungnya di jakarta ada restoran Batam, jadi kalo rindu luti gendang, tak jauh nak beli 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam serunding ikan gitu. Sedap juga isinya cuma tak tahan lama bila terlambat di goreng dia dah rasa macam nak masam.

      Delete