Assalamualaikum,
Selepas hadir perhimpunan barulah meeting jabatan diadakan. Meeting ni selalunya 2 kali setahun. Macam-macam isu di bangkitkan lah mengenai Lapuran Perubatan yang selalu lambat lah, Doktor siapkan lambat lah. Manakala pengurusan rekod masalah bilik stor yang tidak ada rak lah tak cukup peruntukan lah dan macam-macam masalah yang di utarakan.
Segala masalah mengikut program di bangkitkan. Mana yang boleh selesai di selesaikan manakala ada yang tidak selesai akan cuba di selesaikan kemudiannya. Selain daripada itu ada juga kutipan duit kelab untuk digunakan pelbagai aktiviti. Contohnya macam sambutan birthday staff. Begitu juga tanggung kerja Puan shu yang akan bersalin pada bulan 8 nanti siapa yang akan menanggung kerja. Kita orang juga dapat staff baru jadi hanya tinggal 1 kekosongan lagi yang bila nak di isi tu pun tak tahu bila.
Makanan potluck. Ada Laksa Johor, Laksam, oden serta kuih muih dan desert. Cendol pun ada juga. Yum yum yum. Jom melantak. hehehehe
Selesai meeting apa lagi jamuan kecil untuk birthday staff bagi bulan Jan sehingga Jun.
Kek birthday - sedap. Makin lama dia macam cair di mulut gitu.
Ni lah staff yang sambut birthday bulan Jan hingga Jun. Geng LP dalam sebulan sampai 3 orang sambut birthday. Kopak bossnya nak beri hadiah. hehehehe Takpe bukannya selalu setahun sekali je. Lagi pun depa dah tolong selesaikan kerja yang bertambun dengan melayan pelanggan yang kadang kaki mengamuk lah, kaki tak puas hati lah. Macam-macam kerenah pelanggan yang anak buah aku kena hadapi. Jenuh nak selesaikan. Semuga tahun ini berkurangan lah komplen pelanggan yang tidak puas hati. Aamiin.
Semuga semua staff Rekod Jabatan di bawah pengurusan Pn Hanum sentiasa ceria dan semua kerja dapat diselesaikan dengan jayanya. Aamiin
June sambut in advanced ye kak...best la makan2 pot luck mcm tu ha...
ReplyDeleteBersekali dengan meeting. Lagi pun bulan 6 masing2 cuti balik raya haji
DeleteHepi BD pjg umur murah rezki dirahmati dunia akhirat
ReplyDeleteAamiin doanya
DeleteAlhamdulillah rezeki buat yang diraikan
ReplyDeleteAlhamdulillah rezeki staff semua
DeleteWaah cake dari SR, pasti sedaaap. Sukaaa memang dengan kue2 dari secret recipe
ReplyDeleteKatanya kek lotus biscoff cheese. Memang sedap macam cair di mulut gitu
Deletebest majlis besday staff rai tiap bulan masing2 tunggu giliran
ReplyDeleteBuat 2 kali setahun sis. Kalau tiap bulan kopak
DeleteAlhamdulillah. Banyak makanan tu. Yang diraikan mesti rasa gembira.
ReplyDeleteKalau buat potluck memang macam-macam. Semuanya diet ke laut. hahahahaha
Deletekalau kak notie update pasal meeting, saya selalunya lebih teruja nak tengok makanan. hehe
ReplyDeleteTukang supplyernya ramai tu yang eh tu sedap ni sedap, Tiap kali pun berbeza makanannya. Ada pulak expert rasa emm memang tersedap lah sesekali makan
Delete