22/5/2025 - Perhimpunan Bulanan Mei 2025
Dalam ucapan YBrs. Dr Suraya Amir Husin, selaku pengarah beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua kakitangan HPj bersempena Hari Pekerja pada 1 Mei yang lepas di atas segala pengorbanan, usaha dan komitmen yang tidak pernah luntur yang telah diberikan. YBrs. Dr Pengarah juga menitipkan ucapan Selamat Hari Jururawat kepada semua Jururawat HPj. Bulan Mei merupakan bulan istimewa meraikan para jururawat dengan sambutan Hari Jururawat Sedunia bertemakan “Our Nurses. Our Future. Caring for nurses strengthens economies”. Tema tahun ini amat besar maknanya yang mana ia menekankan manfaat ekonomi dan kesejahteraan sosial hasil dari pembangunan dalam profesion kejururawatan. Jururawat bukan sahaja merawat pesakit namun merupakan aset negara dan bangsa.
Sebelum majlis bersurai, para hadirin telah berkesempatan menyertai senamrobik kerusi yang dipimpin oleh kakitangan daripada Unit Fisioterapi.
Kredit FB HPJ
Assalamualaikum,
Setiap bulan HPJ akan mengadakan perhimpunan bulanan. Malahan dari awal tahun lagi telah diedarkan jadual Jabatan yang terlibat selaku penganjur dan tarikhnya. Selalunya hari Khamis.
Jadi pada bulan ni aku dan Ila pula nama naik untuk menghadiri perhimpunan bulanan. Start pukul 8 pagi jadi kita orang pun pergi Auditorium.
Bila Pengarah dengan pengurusan atasan masuk dewan kita orang nyanyi lagu negaraku, sedia berkhidmat lagu KKM dan lagu khas HPJ. Kita orang juga berikrar bersama-sama.
Lepas tu dengar amanat dari Pengarah serta berita terkini hiburan sensasi yang telah berlaku. eh hiburan sensasi tu takde aku saje je tulis. hehehe Macam-macam lah contohnya Auditorium IKN di tutup untuk renovation padahal auditorium kita orang yang dah 25 tahun pun tak buat renovation sebab peruntukan tidak ada. IKN tu padahal baru berapa tahun wujud umpama adik bungsu mengalahkan kak Long dari segi peruntukan dan sebagainya. Kak Long kena lah bersabar. hehehehe
JD dan MyPortfolio kena download dan simpan untuk pengwujudan JDd dan MYPortfolio mengikut skim yang baru dan macam-macam lagi lah.
Selain daripada tu ada cabutan bertuah malangnya aku tidak bertuah kali ni. No aku 70 manakala orang yang dapat no 69. huhuhu bukan rezeki aku.
Majlis Bersama Jabatan juga telah tamat tempohnya dan telah di lantik ahli baru sebagai pengerusi, timbalan pengerusi dan setiausaha. AJK lama di beri sijil penghargaan. Bekas pengerusi tidak hadir kerana telah berpindah hospital lain. Naik pangkat kut. MBJ ni mewakili pelbagai jawatan dalam HPJ dan segala masalah di bangkitkan untuk di majukan kepada pihak pengurusan atasan. Jadi kalau ada masalah hah dalam ni lah di salurkan. Supaya pihak atasan tahu masalah orang bawahannya.
Pelancaran Lapuran tahunan HPJ
Lepas tu di tayangkan video daripada 3 Jabatan yang bersama menganjurkan perhimpunan kali ini. Serta cabutan bertuah kali ke 2. Pun aku takde tuah juga. hehehehe
Akhir sekali senaman atas kerusi. Enjoy le juga walaupun hanya duduk.
Oooo baru faham..memang ada ye perhimpunan macam ni...
ReplyDeleteAda sebab masa ni lah pengarah nak war-war kan apa isu-isu yang timbul untuk makluman staff.Dulu masa kat ibu pejabat pun gilir-gilir nama sapa yang naik wakil jabatan
DeleteSenam atas kursi tuh dulu sering saya lakukan saat masih kerja. Supaya badan tetap bergerak 😄. Apalagi saat msh kerja memang jarang olahraga
ReplyDeleteTu lah seronok pulak bila buat ramai-ramai
DeleteSiap ada senaman atas kerusi dan cabutan bertuah, tu. 👍 Ingatkan, semua kakitangan kena hadir perhimpunan bulanan ni. Rupanya, wakil saja, ye.
ReplyDeleteKalau semua hadir tutup le hospital hehehehe.
Delete