Di restoran Pak Datok
Pada mulanya setelah booking flight dan apabila gempa berlaku di Padang plan mcm tak jadi tapi setelah merisik pada orang yang dah pergi akhirnya aku teruskan plan. Lagi pun sayang le kalau tak jadi tapi alhamdulillah mungkin niat aku ikhlas nak bawa kak jal jenjalan akhirnya planning tersebut menjadi juga.Walaupun begitu bila flight telah bertukar dari tengahari ke pagi daripada asalnya tak nak tido di padang akhirnya terpaksa juga nginap di Padang. Dan pada mulanya aku ingat boleh berjumpa geng ulat buku yang akan pergi 2 hari awal daripada aku tapi bila tenguk schedule dia org nampaknya takde rezeki lah nak kenalkan kak jal dgn depa tapi bila sampai di Padang bila Mr pendi bagi schedule sepjg 5 hari rupanya hari pertama lagi dah terus ke maninjau. Sebab kalau scedule asal memang depa keluar dari hotel kharisma dan terus ke maninjau manakala aku pula pada hari pertama ke bukit tinggi dulu dan nginap di Hotel kharisma yang bermakna depa keluar dan aku pun sampai hotel yg sama iaitu hotel kharisma tapi kalau terus ke maninjau sama lah bermalam dgn geng ulat buku. Hish tak sabornya aku buat kejutan.
Bersama Ulat Buku the gang
Bersama Ulat Buku the gang meja lain
Di Nuansa Maninjau Resort
Selepas sarapan dan bersalaman dgn geng Ulat buku kami terus turun ke museum Hamka. Gambar tahun lepas aku dgn kak zah aku bawa sekali. Gembira Anak saudaranya melihat gnr kami. Rupanya sesiapa yg melawat dan hantar gbr di masukan dlm album. Kalau aku tau baik aku bawakan album gbr besar bagi kat dia, supaya banyak gbr tetamu yg lain dpt di simpan buat kenangan.
Di rumah Buya Hamka
Seterusnya kami ke Bkt Tinggi pula di mana kami akan tidur 2 mlm di Bkt Tinggi. Singgah di Perusahaan silver di Koto gadang. Lepas tu singgah di butik Allysa sebelum terus ke Pasar Atas. Oleh kerana hanya 1 jam je jadi tak banyak yang dapat di cari. Kak zah kirm aku tudung tapi aku tak jumpa kedainya yang kami beli banyak tudung thn lepas. Maklumle banyak kedai dan byk lorong sampaikan nak cari jalan keluar pun pening. Malahan aku dah terpisah dgn Kak jal semasa asyik menawar harga kain. Selepasitu sampai di Hotel kharisma dan berehat sehingga makan malam. Selepas makan kami telah di bawa ke butik Soraya di mana kata Mr pendi Datok Ct Norhaliza banyak beli kain kat butik tersebut. Tapi memang le ado class sih kainnya dan mahal-mahal sesuai lah dgn citarasa Dato CT. Malam tersebut keluarga Muzakir menyambut besday abang long. Sampai je kat hotel si Abg ngah dah cari kek. Dan semasa aku dah lepak dgn kak jal dlm bilik terdengar riuh rendah 3 keluarga celebrate besday abg long. Sempat lagi ketuk bilik bagi rasa kek. Emmm sedap juga kek coklatnya.
Di Restoran Gon Raya
Hari ke 3 kami di bawa melawat ke Hjh Rosma dan Batu Sangkar. Di Objek wisata Istana Linduang Bulan oleh kerana ada penjaganya kami dapat naik ke dalam Istana contoh.Dulu hanya di bawah je sambil berposing tapi kali ini dapat masuk ke dalam. Dan Istana asal yang masih dalam pembinaannya setelah di panah petir aku tenguk dah nak siap. Tahun lepas masih berangka lagi bangunannya tapi kali ini dah nampak bentuk. Setelah berpusing di tasik singkarak singgah lagi di mahkota bagi yang nak beli baju lagi. Aku rembat lagi sehelai yang murah warna merah merun. Malam makan di Istana Mie lauknya sedap sekali.
Di wisata Linduang Bulan
Di istana Pagar ruyung yang masih belum siap
Hari ke 4 setelah 2 malam tidur di Hotel Kharisma kami pun check out untuk ke Padang pula. Selepas sarapan, singgah di Panorama Lubang Jepang. Masing-masing dah susut rupiahnya. Masa kat sini ramai yg masuk lubang jepun tapi aku dan june terus je ke tempat jualannya. Kami nak cari kain lagi sebab masih ada kiriman yang belum dibeli. Tapi tu lah sampai ke sudah aku tak jumpa tudung yg cantik untuk kak zah. Aku ingatkan kain masih lagi murah mcm tahun lepas rupanya dah naik harga. Kain yg aku beli dlm RM 30 dulu dah naik RM 50. Huh depa dah pandai naik hargalah tapi kat sini cendera hati memang cantik2. Kiranya kali ini memang duit habis beli kain uantuk diri sendiri. Semua jenis sulaman aku beli. Memang puas hati lah. Malahan untuk org lain aku dah tak ingat nak belikan sovenier sebab duit dah habis beli kain sulaman. hehehehehe. Tapi depa semua puas hati sebab dapat beli kain sulaman. Malahan ada yg nyesal tak beli beg sulaman kat Maninjau. Ingatkan kat Bkt Tinggi murah rupanya kat maninjau lagi murah sebab yg kat Bkt Tinggi asalnya dari maninjau bagi beg sulaman tersebut. Butik akhir yang di singgah ialah Cany sebelum sampai ke padang. Di padang di bawa meninjau keliling kota padang kawasan mana yang teruk di landa gempa. Rupanya tidak semua tempat hanya sebahagian bangunan sahaja. Hotel Ambacang yang sepatutnya kami duduk di ganti hotel Inna Muara tapi bangunan di hujung Hotel tersebut pun ada yg retak tapi yang lain ok. Hotel Ambacang yang 6 tingkat jadi 3 je telah pun di robohkan untuk buat baru.
Di Hotel Kharisma sebelum check out
Malam terakhir dah tak makan ansi padang lagi tapi makan di padang iaitu restorennya di tengah padang. Fuh 3 keluarga adik beradik lelaki bukan main lagi lepas makan je terus berkaroke. Pembuka tirai adalah En Fendi nyanyi lagu Broery marantika. Emm boleh tahan juga suaranya. Sambil makan dan dialunkan dgn keyboard memang sodap beb. Sambil depa menyanyi macam-macam lagu sambil bertepuk tangan fuh havoc sungguh depa semua. Maklum le budak-budak remaja. Tapi keluarga kak kam bukan main sungguh. Dari anak mak dan ayah baik berkaroke, berjoget dan joget poco-poco. Mula-mula join tapi asyik silap step je dari ramai akhirnya jadi anak beranak kak kam je yg sudahkan. Lagu akhir En Fendi nyanyi lagu Ayam den lopeh lepas tarian poco-poco kami pun balik ke hotel. Sebab besok pagi pukul 4 dah nak bangun. Oleh kerana flight pukul 8.30 jadi kenalah bangun awal.
Restoran tengah Padang
Selesai semua bayaran airport tax dan selesai semua Mr pendi pun minta diri. Apa pun perkhidmatan dia bagus dan depa semua seronok dan dah rasa nak pergi lagi tapi hanya untuk shopping je macam Kak ros dan Kak rusnah yang rasa macam nak pergi lagi sebab tak puas shopping. hehehehe aku ingat aku je yang rasa macam tu dulu rupanya depa pun cam tu juga. Malahan kak jal pun macam tak puas hati shopping tapi sebab rupiah dah habis takde lah nak cakap apa. Agaknya kalau rupiahnya banyak lagi tu emmm memang nak beli lagi. hahahahahaha
Tourist Guide Mr Pendi... nyanyi lagu Broery sedap suara hehehe
Di Airport Bandara padang sebelum balik KL
Assalamualaikum Tuan/Puan.
ReplyDeleteSalam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :
KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency
Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.
Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.