Monday, February 22, 2010

Corat-coret Kain sulaman Bukit Tinggi


  Sepanjang 5 hari 4 malam di Bukit Tinggi aku cukup teruja dengan kain sulamannya yang cantik-cantik dan menawan coraknya. Memang menjamu mata betul dengan kain sulaman. Hish kalau lah pinggang masih ado emmm mesti le leh menggayakan baju kebaya..... alahaiiiii pinggang bukan pinggang kerengga lagi jadi layan mata je lah tenguk sulaman baju kebaya. Walau begitu terdapat juga sulaman bagi baju kurung jadi aku beli yang sesuai dengan kategori badan lah ye yang dah double bass ni.






  Di atas ni kain sulaman di Butik Ngarai Sianok. Butik Mahkota dek kerana ralit menyopping aku jadi lupa nak ambil gambar.  Begitu juga di Butik Linduang Bulan.




   Baju sulaman di atas adalah dari Butik Allysa. Kami singgah di butik ini setelah turun dari maninjau pada hari ke 2.  
















    Manakala gambar di atas pula adalah di Butik Soraya. Butik ini katanya pernah di kunjungi oleh Datok Ct Norhaliza. Fuyooooo memang ado class lah kainnya yang terdapat di butik ini tapi berbaloi-baloi lah dengan harganya. Tapi memang cantik-cantik sulamannya dengan kain yang mahal dan designnya yang memang semuanya cantik di mata aku tapi layan mata je lah nak beli emmm rasa sayang je beli beratus-ratus hanya untuk sehelai kain. Tapi sesekali  beli yang berbaloi-baloi ni boleh kut.  hehehehe

   Selain daripada menyopping di butik kami juga telah berkunjung di rmah Hjh Rosmah dimana merupakan pelopor kain sulaman di Bukit Tinggi yang terkenal. Walaupun sudah berumur 80 lebeh tetapi apa juga kesilapan pada hasil sulaman anak muridnya matanya masih lagi boleh nampak. Kiranya memang mahir tahap gaban lah dalam melahirkan industri kain sulaman. Sulamannya memang bermutu tinggi dan yang aku suka penuh sulamannya dan tebal. Rumahnya telah di jadikan perusahaan kain sulaman di mana di bahagian belakang merupakan kelas jahitan sulaman dan di bahagian hadapan merupakan hasil sulaman yang di jual. Samada kain alas meja, tudung, baju dan sebagainya. Dek kerana pandainya menyulam semuanya boleh jadi bahan sulaman malahan bekas air mineral pun berbaju sulam mengalahkan manusia.  



Ini merupakan kain alas dulang yang penuh bersulam.


Sarung bantal yang bersulam. Cantik kan kalau bersusun diatas sofa.

 Hasil sulaman yang di jadikan kraftangan selain daripada kain.











   Menyulam ni sebenarnya memerlukan kretiviti seseorang dalam mengolah kain dengan bunga sulamannya. Bukannya mudah hendak padukan warna dengan kain dan juga sulamannya. Kita nampak macam mudah menyulam je tapi paduan antara kain dan warna sulaman pun penting juga bagi menimbulakan kecantikan sulaman tersebut akan timbul dan cantik di mata pandangan mata yang melihatnya. Aku salute lah bagi pereka sulaman yang cantik-cantik ni. Anugerah kepandaian yang tuhan bagi dapat menghasilkan hasil tangan yang cantik. 


Ni mungkin di buat frame sebab aku tenguk dia letak di atas nun kat siling. hehehe




Butik terakhir yang kami singgah ialah Butik Cany. Bajunya boleh tahan juga cantiknya. Sepanjang 5 hari kami di tunjukkan dengan pelbagai jenis sulaman. Ada sulam goyang, sulam tangan, sulam mesin, sulam peniti, sulam pintal dan sulam reben. Itu yang aku ingat kut mungkin ada lagi jenis sulaman yang aku tak tahu. Walau bagaimana pun memang semuanya cantik-cantik. Itu tak ambil lagi gambar sulaman pada kain telekung. Boleh pusing mata tenguk kan sulaman pada telekung. Pun cantik-cantik juga dan ada yang aku tenguk di pasar atas telekungnya bukan warna puteh atau krim tapi berwarna warni. Oleh kerana niat hati nak beli kain sulam je jadi kain telekong yang bersulam takde lah nak tenguk. Tapi ada satu kain telekung sulaman di depan Hotel boleh tahan cantik juga. Si abang ngah dok tawar-tawar akhirnya dia rembat satu. hehehe Ok lah sekian sahaja coretan mengenai kain sulaman di Bukit Tinggi. Mungkin kalau ada rezeki kita tenguk kain sulaman di Jakarta atau di Bandung pulak. Kata june lagi murah. Emm kalau dah perempuan tu takde lain le kain kain kain. Berbaloi-balao beb.

1 comment:

  1. assalamualaikum.....
    sekedar berbagi, bagi siapa nak pergi ke bukittinggi bisa juga hubungi kami di
    facebook BUTIK KAIN SULAM or
    email mmrusdianto@yahoo.com
    or tlp. +6285263012661 (liza)

    kami menyewakan kereta sewa yang selesa, harga murah free pemandu yang akan membawa puan/tuan jalan-jalan di bukittinggi dan sekitarnya.

    selain menyewakan kereta, kami juga membuat /produsen dan menjual kain sulam bukittinggi .
    silahkan layari blog dan web kami
    www.bukittinggi-fashion.blogspot.com
    www.bukittinggifashion.com

    ReplyDelete