2 malam yang lepas Kak A** tiba-tiba je call aku kat umah. Ialah setelah lama tak bertanya khabar aku pun dah lupa kat dia. hehehe Banyak juga cerita tertunggak berkenaan keluarganya yg di khabarkan. Anaknya azim dah nun kat negara Arab tu.... wah dah besor si azim. Tinggal le si manja aiman dah tingkatan 5 kalau tak silap aku le. Setelah minta no talipon aku kat pejabat ke esokkannya dia call aku kat opis.
Dia tanya kenal tak CC H*****. CC tu hah kenal le napa plak? Lepas tu kenal tak S***** S*****. Laaaa kalau dia mane tak kenal punya dulu satu opis sebelum dia naik pangkat. Rupanya S berjiran dengan kak A**. Laaaa tak tau pulak aku. Memang le aku tau dia dah dok kat putrajaya cuma tak tau kalau dia dah berjiran dgn Kak A**. Kak *** pun bukalah cerita pasal S yang menurutnya telah membuat kehidupan keluarganya kacau bilau dengan pelbagai benda yang terjadi. Hish hish aku macam tak percaya je. Rupanya mereka dah berjiran selama 3 tahun. Last aku pergi rumah kak A** masa dia pergi haji tahun 2007 kut. Lepas dia balik dari mekah jirannya berpindah dan gantinya S. Pada peringkat awal memang le tak dapat rasa macam-macam benda yang di hantar pada Kak A**. tapi Kak A** kata masa kat mekah memang dia ada berdoa semuga di jauhkan daripada manusia yang berdengki khianat pada dirinya. Dan kemungkinan dia selalu beramal ibadat jadi pendinding kuat dapat merasakan benda-benda yang bukan-bukan datang dalam kehidupannya. Dengan benda yang di tanam kat belakang rumah le dgn santau dlm makanan lah dgn ada benda lain di hantar ke rumah lah sampaikan Kak A** rasa panas dok rumahnya. Banyak yang Kak A ceritakan tentang pelbagai benda yg di tujukan ke keluarganya yang membuat aku macam tak percaya je dia sanggup buat macam tu.
Entah lah aku tak berani nak komen kalau mendengar cerita Kak A** tentang S. Sebab sikit-sikit tentang perangai S tu aku tau lah cuma bab santau menyantau dan menghantar benda yg bukan-bukan ni tak tau pulak aku. baru ni aku tau tapi takan le Kak A** nak bohong kat aku sebab aku kenal dia dah lama sejak aku belajar PJJ tahun 1997 lagi manakala S aku kenal bila aku pindah KL tahun 1999 walaupun dengan kak A, kami jarang berjumpa. Dulu masa rumahnya kat ampang aku selalu ke rumahnya. Cuma bila dah pindah putrajaya ni aku malas nak ke rumahnya. Maklum le anak-anaknya dah besar dan keempat-empat semuanya lelaki. Kak A** juga nasihatkan aku supaya berubat kut masa dulu-dulu aku dah makan makanan yang di bawa. Hah tang tu memang ada tapi dah lama nun...
Bila di fikir-fikir kan apa le yg S jealous sangat dgn Kak A tu. Dulu masa aku baru pindah KL setelah naik pangkat memang tak di nafikan aku baik dengannya, malahan masa kursus orentasi kat Port Dickson aku tidur sekatil dan sebilik dengannya. Masa tu dia tgh pregnant anak ke dua rasanya. Setelah balik dari kursus tu aku ada cakap sesuatu di mana aku dah suka seseorang dan entah mengapa aku selalu teringat kat orang tu. Tapi ialah kan kadang bila kita suka dan ada peristiwa yang seronok terjadi melibatkan orang yang kita suka tu tentu lah bila balik ianya mendatangkan kenangan manis dalam pemikiran kita. Ingatkan kawan baik jadi bercerita lah yang aku teringat je kat orang tu. Sekali dia kata aku perasan sendiri. Apa lagi tersentap le aku..... lahhhh aku cakap just orang kata suka-suka je. Ialah kan kadang kita admier org tu lah admier org ni lah tapi kadang saja suka-suka takde lah sampai jatuh syok sangat sebab kita pun tak tahu hati orang tu, sekali dia kata aku perasan sorang. Manalah aku tak tersentap hati. Dan ada benda yang kadang dia macam jealous kat aku malahan kadang ada benda yang dia sibuk nak tau. Aku pulak bila dah tersentap hati tu memang le aku dah tak boleh get along lagi dengan kawan macam tu. Dan akan timbul benda-benda yang memang aku tak serasi dengannya dimana pada masa mula-mula kita nampak manis je tapi bila dah lama baru tau buruk dan tak baiknya perbuatan dia. Dan akhirnya sedikit demi sedikit aku jauhkan diri sebab dah tau dia kawan jenis apa. Sekali kak A ceritakan hal yang berkait dgn S tu pada aku.... huh tak sangka pulak dia macam tu. Patut le hari tu tenguk muka dia macam tak berseri je malahan makin nampak tua pulak walhal aku dengan dia muda dia setahun dari aku ja. hahahaha Perasan je aku masih muda lagi hahahaha. Ya allah di jauhkan le aku dari berkawan dengan kawan macam S tu. Rasanya aku kena ikut nasihat kak A le pergi berubat kut aku termakan sesuatu masa dulu-dulu yang aku tak tau. Nauzubillah min zalik.
No comments:
Post a Comment