Pagi ahad masih lagi melepak kat rumah julie. Mak, jol dan kak jal dah bersiap-siap nak balik muar manakala jol pulak lepas hantar mak kena balik batu pahat pula sebab ajid dah sekolah hari isninnya. Pagi tu kak ambah masak lagi ayam panggang yang tinggal lagi 2 ekor yang dia dah perap pada hari sabtunya. Ingatkan malam semalam dia nak masak tapi sebab semuanya dah keletihan berjalan takde lah nak makan sangat lagipun pada petangnya dah makan nasi berkat kenduri kahwin.
Selain daripada ayam panggang julie pula telah keluar mencari roti canai sebab si fahmi dah teringin nak makan roti canai. Jadi sarapan pagi tu memang macam-macam pemakanan yg terhidang. Selesai semua dia orang pun mula mengemas barang-barang.
Pukul 11 lebeh kak jal dan mak pun berangkat balik di hantar oleh helmi dan hafiz sampai ke Nilai. sempat lagi tu nak berhenti kat Nilai 3. Aku dan kak ambah pulak bila dia orang balik je pun terus bersiap nak balik ampang. Selesai semua kami pun terus balik ke ampang. Sebelum ni aku dah tunjuk jalan daripada highway besraya melalui hospital serdang dan terus ke puchong untuk sampai ke rumah julie pada kak ambah sebab lain kali kalau nak ke rumah julie dah tau jalan. Tapi masa balik aku lalu jalan melalui pasar borong serdang pula. Sedang slow jalan sebab di hadapan ada lori dan bila belok ke kiri tiba-tiba...bunyi sesuatu... alamak..... tayar kereta aku pancit ke sebab bunyi tu dah 2 kali aku dengar. aku pun bagi signal ke tepi dan bila tenguk huh tayar depan sebelah kiri pecah. Aduhaiiii macamana ni? Tak lama kemudian ada sebuah jeep berhenti di depan aku. Masa tu aku dah kelam kabut talipon julie suruh datang tolong. Rupanya orang tu datang tenguk kenapa kami berdua berhenti di tepi jalan. Dia yang tolong pasangkan tayar ganti. Aku takan le nak pandang je jadi tolong lah juga mana yang boleh, tapi tu lah kan mana lah aku tau nak ganti tayar. Jeck tayar pun salah letak sampaikan kena letak semula. Kesian kat orang tu macam marah juga sebab buat kerja 2 kali tapi nak buat macamana org pompuan mane le reti nak buat benda tu semua. Sebelum ni dah 2 kali tayar aku pancit dan selalunya aku talipon julie dan kalau hafiz ada dia yang datang tolong. Malahan ada sekali tu polis yang tolong tukarkan sampai 3 orang jadi aku cuma pandang je lah. Kali ni julie dah salah dengar information jadi lambat sampai ke tempat kereta aku pancit padahal kami belum lama keluar dari rumah dia. Nasib baik tuhan gerakkan hati orang tu untuk menolong kami dan tak berapa lama tayar siap ditukar ke tayar spare. Alhamdulillah. Sempat ucapkan terima kasih tapi lupa nak hafal plat jeep kereta dia. Alahaiiiii apapun terima kasih lah encik yang budiman. Hanya allah sahaja yang dapat membalasnya.
No comments:
Post a Comment