Wednesday, December 15, 2010

Dapat hadiah tempat ke 3 yehaa

 




  Petang semalam selepas syiok makan angin keliling monorail dan lrt , selepas habis attend seminar casemix kat Hotel Parkroyal di Bukit Bintang, sampai je di rumah wah ada surat dalam peti pos. emm ada surat untuk aku lah tapi bila tenguk chop stem, hish ni dari mana pulak da. Sekali bila aku buka walahhhh contest 7up 7 wonders tu. Yeh yeh aku dapat tempat ke 3. emm jadi le tu kan dapat digital camera lagi. Tak kisah dan bersyukur lah daripada tak ada. Dah melabur beli 7up tu jadi dapat hasil sikit cukup lah.

 Sebenornya aktiviti masuk peraduan memang aku suka. Rasanya dah berapa kali dapat. Pertama yang aku dapat tempat ke 3 contest citer korea princess hour dapat le melancung ke thailand dan pataya 5hari 4 mlm. Lepas tu dapat HP motorola contest 100plus dan citer kat 8tv juga emm lupa tajuk tapi drama footsal lepas tu dapat baucher RM300 barangan Nike yang aku tukar dapatle sepasang kasut, beg silang dan stokin. Baucher tu aku dapat contest 100plus juga. La ni dapat digital camera jenama canon. Walaupun dah ada camera digital juga jenis olympus yang aku beli sebab nak pergi kursus ICD 10 di brisbane dulu, tak pe lah. Apa pun syukur. Kalaule dapat contest grand prize macam contest petronas yang sedang berjalan emmm tak taule nak kata apa. Wauuuu. Amin.


No comments:

Post a Comment