Aku mabuk weiiii mabuk sesangat buat data entry. huhuhuhu sadis tul ayat, nak tau napa.... Huh bayangkan 48 bundle data yang perlu di keyin coding diagnosis penyakit. Satu bundle ada 1500 data... huhuhu satu bundle kena 2 data operator yang buat. huhuhu itu le penyakit yang terpaksa aku tempuhi semasa kena hadiri bengkel Validasi dan pengekodan semula data mortaliti bagi tahun 2008 yang di buat oleh IKU di Hotel Puri, Melaka daripada 6hb sehinggalah 9 haribulan Disember 2010.
Mula-mula ingatkan bila jadi operator bagi validasi takde le banyak sangat data coding yang perlu di key in. Sekali rupanya bengkel validasi tersebut bukannya bengkel validasi seperti hospital kerajaan yang sebelum ni opis aku anjurkan. Data yang kami terima merupakan raw data dari bahagian Pendaftaran bagi kematian yang di daftarkan. Oleh kerana orang kat pendaftaran tak pernah buat coding diagnosis jadi tujuan validasi ni ialah panggil coder untuk buat coding semula data tersebut. Selepas tu baru buat validasi data.
Hari isnin je petang tu dah start coding. Oleh kerana operator kena tunggu coders siap buat coding baru boleh keyin data jadi petang isnin tu takde le sibuk sangat dan aku pun ajak fazlina pergi jenjalan kat Jokers road sambil pi bangunan merah tu. Bila malam pukul 8.30 dah start le buat data entry. 1 bundel 1500. Kalau ada data yng sama sedap le sebab copy paste je code yang sama tu. Yg jadi lambat tu kalau code yang berlainan bagi satu row diagnosis. huhuhu mabuk aku mabuk.
Pagi selasa maal hijrah tapi kami kena kerja weiii. Aku dah siap satu bundle lepas tu pass pada nora pulak untuk operator yang ke dua. Sampai malam aku baru dapat buat 3 bundle. huhuhu banyak lagi beb. Mata dah tak larat tenguk pc. aduhaiiiii ponat weiiiii.
Pagi rabu aku dah tak sedap rasa. Fazlina pun macam tu juga. Kami dah rasa seram sejuk entah kenapa macam nak demam padahal aircond takde le sejuk sangat. Lepas sarapan makan kentang lecek dengan roti tekak aku dah rasa lain macam. Kentang lecek tu ada rasa manis tekak dah rasa loya. Sambung lagi buat data entry aku dah tak leh tahan. balik semula kat bilik apa lagi le huwekkkk. Habis semua isi perut keluar. Rasa lembek tapi tahan juga sambung balik buat data entry. Si fazlina dah tak sihat. Hari ni makan entah rasa apa tah tak tahu. Semua yang di makan habis keluar semula. Perut lapar tapi tekak tak lalu. Alahaiiiii.
Malam tu sambung balik buat data entry. Fazlina dah tak tahan minta excuse. Pening kepala dan demam. Malam tu masa balik bilik fazlina cerita dia minta orang dapur buatkan bubur. Dah tak larat makan semuanya keluar balik. Aku pulak dah ok tapi tak makan sangat sebab takut akan muntah balik. Tapi ngenangkan kalau tak isi perut nanti angin naik ke kepala sumbat le juga nasi sikit. Bila sembang-sembang dengan budak IKU yang jadi data operator rupanya dia pun sama muntah-muntah juga. Kami sangkakan kami dah mabuk data sekali pagi khamis dok menyembang dengan geng lain yang buat coding rupanya mereka pun sama juga. Masa pagi khamis aku jumpa pengurusnya supaya minta buatkan bubur. sambil tu aku cakap juga le ada 2-3 orang yang muntah-muntah. Dia tak terima sebab tak semua yang muntah2 mungkin ada yang makan luar. Aku pun diam le dan terfikir yelah pihak hotel kena le jaga reputasi mereka. Lagi pun tak semua yang jatuh sakit. Kalau kata serentak semuanya muntah-muntah mungkin boleh di ambil tindakan. Ni takde yang mengadu jadi aku pun diam ajelah.
Malam Khamis org coders dah boleh rehat sebab semua coding dah siap. Yang tinggal bertungkus lumus buat data entry ialah para operator yang tah berapa kerat tu. Jenuh juga le key in data. Big bos aku dah gertak selagi keyin data tak siap tak boleh balik. Dan akhirnya pagi khamis sebelum pukul 11 semuanya 48 bundle siap di keyin kedua operator. Huhuhu leganya. Aku ingatkan nak cuti jumaat ganti hari selasa tapi dek kerana si fazlina semasa datang tumpang kereta aku dan kali ni demam pulak jadi terenjat agenda aku nak cuti. Aku dapat siapkan 7 bundle kali 1500 yang bermakna sebanyak 10,500 data telah aku keyin. Huwaaaaaaaaa mabuk aku mabuk tenguk data.
No comments:
Post a Comment