Monday, August 1, 2011

Ramadan ya Ramadan


  Selamat datang ya RAMADAN.  Dah masuk bulan ramadan malahan dah 2 ramadan pun. Apa azam nak menyambut ramadan tahun ini ya. Adakah masih berpoya-poya sambil lewa dan membiarkan ianya berlalu tanpa mengambil keberkatan dan rahmatnya bulan ramadan. Alahaiii takan le hanya awal tahun ja kita berazam malahan patutnya bulan ramadan lah kita berazam uantuk beribadat dan menambahkan pahala di bulan yang penuh keberkatan dan penuh rahmat yang datang hanya sebulan dalam setahun.     

   Ataupun berpuasa hanya setakat berpuasa dengan menahan lapar dan dahaga tanpa menambahkan  amalan ibadat di sepanjang bulan penuh keberkatan ini. Malahan segala amal ibadah kita berlipat kali ganda jika dibuat dengan penuh keihlasan demi mencari keredhaan MU YA ALLAH.

  Semuga bersamalah kita menambahkan amal ibadah di bulan yang mulia ini.Bulan seribu rahmat.

  Di kesempatan yang ada, saya memohon maaf diatas segala kesalahan baik yang tersembunyi ,yang terserlah atau kata kiasan yang mengusik kalbu atau kata kejian yang menyakitkan hati atau kata percakapan yang begitu kasar di telinga mu wahai kawan serta saudara-saudari sekelian. Ampun dan maaf jika sekelumit perbuatan dan percakapan saya menyakitkan hati dan jiwa. Apa pun sedarlah bahawa saya juga insan biasa yang tidak terlepas dari membuat dosa walaupun kadang mengawal diri dari menyakiti hati sesiapa pun tapi kadang tanpa sedar melampiaskan kata tanpa memikirkan perasaan orang lain. Ampun dan ampun diatas kekhilafan saya. Semuga di bulan mulia ini sama-sama lah kita mempertingkatkan amal ibadah buat bekalan di alam akhirat nanti. AMIN

No comments:

Post a Comment