Wednesday, August 17, 2011

Kenangan di bulan Ramadan lagi


  Wah sapalah yang dapat kad raya daripada Sultan Brunei ni... wah syioknya. Kak Mon nanti bagilah alamat Sultan Brunei ya orang nak hantar kad raya kut nanti leh dapat duit raya. hehehe. Bila tenguk ada orang dapat kad raya dari Sultan ni teringat orang masa time dok asrama dulu. Wah sebelum ni pasal makan aku dah citer kat sini jadi kali ni pasal kad raya pulak. Baru-baru ni macam terbaca dalam akhbar atau terdengar dalam radio bahawa posmen dah kurang kerja sebab orang dah tak ramai yang hantar kad raya. Dulu-dulu berbundle-bundle depa kutip kad raya. Sampai kena ambil staf sementara nak uruskan kad raya yang berjuta-juta supaya dapat sampai sebelum raya. La ni orang lebeh suka hantar e-kad raya tak pun MMS atau pun SMS je wish selamat atau mohon maaf di pinta pada sahabat handai saudara mara. Lagi pun la ni stem dah mahal, naik berpuluh kali ganda daripada dulu. Dulu setem rasanya 10 sen la ni dah 60 sen kalau pakai sampul warna coklat 80 sen. Mahal beb. Kalau hantar banyak, banyakle duit stem padahal kalau hantar sms je baru berapa sen. Tu pasal agaknya orang tak hantar kad raya lagi kut.

 Ok dulu ingat lagi masa kat asrama tapi orang tak ingat bila tahun start hantar kad raya. Berlumba-lumba dengan kengkawan hantar kad raya . Bila balik dari sekolah je kerumun peti pos tak pun sapa member yang rajin lalu Dewan Rehat dimana kat situ semua surat diletakkan akan check surat dan tolong ambil kan. Masa tu seronok bila kawan teriak " notie... ko dapat kad rayalah" wah berlari-lari nak tenguk sapa bagi. Dia yang trilnya tu bila kami hantar pada PM, TPM, semua sultan kat malaysia ni. Hah lagi satu DYMM Agung. Sampul dia best sebab warna kuning beb. Dari sampul je dah tau "wah ko dapat kad raya dari Agung la notie"....cheh bangga tak hengat dalam hati bergebu-gebu seronok. hehehehehe  Lagi satu kad pada artis. Masa tu siapa ye artis yang femes. Emmm tak ingat siapa. Norkumalasari ke Aruah Sudirman. Hah ada sekali tu hantar kat aruah Sudirman. Dia punya kad  tandatangan sendiri tau bukan main chop je.

 Minggu pertama je dah siap beli kad raya dan stem siap sedia. Lepas tu bongkar surat khabar kut ada tersiar alamat PM, TPM, menteri kabinet atau pun artis. Masa tu rasanya melambak lah dalam surat khabar alamat dia orang. Jadi kalau awal hantar cepat lah dapat balasannya. Sebelum balik cuti raya dah dapat balasannya. Leh gantung kat rumah. hehehehe Berlagak sungguh. Alamat-alamat dia orang tu simpan kut tahun depan boleh hantar lagi.

 Tapi bagus juga hantar kad raya kat dia orang tu sebab kalau nasib baik mereka sertakan photo keluarga mereka. Yang aku dah dapat photo mereka disebabkan hantar kad raya kalau tak salah hah sultan Johor yeh tu sultan kesayangan aku mesti hantar walaupun masa Almarhum Sultan Iskandar menjadi sultan macam-macam cerita timbul sebab Almarhum Sultan Johor sebelum ni nampak tegas tapi sebenarnya Almarhum ambil berat pada rakyatnya. Photo mereka sekeluarga dapat aku simpan. Dalam photo tersebut Sultan Johor sekarang masa tu fuh hensem beb sebab masih muda belia lagi. Sekarang dan macam bapak dia. Tapi anak-anak Almarhum Sultan Johor yang cantik dan lawa serta hensem adalah anak isteri pertama. Manakala isteri kedua biasa je rupanya. Gambar mantan Tun Dr Mahathir sekeluarga. Gambar mantan TPM Musa Hitam sekeluarga termasuk lah aruah anak lelaki satu-satunya  yang meninggal semasa Highland Tower roboh. Rasanya tu je kut photo depa yang aku dapat. Entah mana lah album gambar lama tu kalau ada boleh orang scan dan tepek kat sini. Apa pun sebenarnya semakin masa berlalu semangat semua tu kian pudar seiring dengan perjalanan kita yang semakin berlalu. Teknologi terkini semakin canggih maka semuanya akan pupus sedikit demi sedikit. Dulu2 mane lah tau kalau masa sekarang akan mudah dan canggihnya kad raya. Haii windunya zaman itu.

4 comments:

  1. aku pun dpt gak kad raya sultan johor..suka beno bila dpt siap ngn gambo keluarga diakan...kad ngn gambo pm mahathir pun ada gak..tp skrg tah mana2 lah gambo2 tu ek..zmn canggih ni agak2nya kalau anto kad kat vvip dpt balasan tak? lg satu, dpt gambo family diorg tak? nak cuba tp terasa mcm budak2 la pulak..

    ReplyDelete
  2. Eh memang kita reramai anto lah kan masa tu. Gambar Sultan Johor tu aku ingat letak dlm album tapi tu le albumnya entah mane. La ni boleh hantar tapi rasanya takde le dapat gambar. Dapat gambar poster kertas je dalamnya. Macam mantan Pak Lah aku dapat gambar sri perdana rasanya kut tapi memang tak de gambar penuh mereka.

    Ala anto je bukan org tau budak2 ke mak budak ke atok budak. hehehehe

    ReplyDelete
  3. cerita kad raya ... satu peristiwa, masa darjah 3, baru belajar anta surat. Cikgu kata esok kita belajar antar kad raya... buat di perpustakaan. Tengah tulis 'kepada n daripada', datang senior.. tegur, salah tulis tu 'daripada sebelah kiri, kepada sebelah kanan'. oleh kerana senior tu plajar bijak... so ikut katalah. Apalagi ... tahun tu, semua pakat dapat kad raya diri sendiri............lawak bengang.

    ReplyDelete
  4. Syima...kalau dah gitu gayanya memang le hantar kad pada diri kendiri. hehehehe kelakor

    ReplyDelete