Monday, September 12, 2011

Accident oh accident




  Fuh kontena treler melintang di pembahagi jalan di tengah-tengah. Macamana le boleh jadi macam tu kan? Kejadian depan mata ni aku tempuh masa nak balik rumah di ampang dari Putrajaya. Masa melepasi flyover mines kereta mula jem. Selalu lancar je sebelum sampai tol besraya tiba-tiba laluan jem. Aiseymen takan le polis buat roadblock lagi macam masa perhimpunan Bersih dulu. Sekali rupanya accident. Tak pasti lah pula macamana dengan pemandunya. Ni pun ambil kamera cepat-cepat dalam beg dan snap curi-curi masa nak lalu. Nak snap dari dekat kenderaan banyak. Sempat snap ni je tu pun org baju kuning ke hijau tu dah suruh jalan cepat. Almaklum le org KL bila accident je org yg sebelah jalan yang jem sebab dok pandang accident bukannya jalan yg sepatutnya accident. hehehehe Tukang kepoche ramai termasuk aku. hahahaha. Bukan apa kadang bila terselisih dgn accident aku istiffar banyak2 mudahan di jauhkan lah hendaknya. Pengalaman dahulu accident depan hospital Serdang masih tersemat dalam memori.     
  Minggu lepas pun 2 hari berturut bertembung dengan accident kereta semasa nak sampai opis di putrajaya. Kedua-duanya accident di selekoh. Tak ingat hari apa dan pada pagi tu hujan walaupun sekejap tapi jalan licin juga tu yang agaknya bawa laju dan licin terus terbabas. Sehari sebelum tu  pagi pun ada accident semasa melalui jalan dari hosp serdang ke putrajaya. Kereta yang accident tu tak perasan kereta jenis apa sudah melintang di tengah-tengah pembahagi jalan  dari arah putrajaya menghala ke serdang. Melintang tengah dunia, agaknya depa ni  bawa laju kut sampai terbabas sebab laluan tersebut lurus je. Dah le tu boleh berpusing dan menghala semula ke putrajaya. hish hish tahun ni Ops sikap 24 memang mencanak naik angka kematian. Semakin kerajaan buat operasi semakin bertambah-tambah lah pulak accident. Yang tak tahan tu angka kematian rakyat malaysia bertambah disebabkan accident memang kiranya top ten juga lah sebab banyak sangat.

 Yang kejadian pagi tu mula-mula rasanya kereta viva puteh di selekoh selepas stesyen keretapi Serdang. Selekoh tu memang ngeri sikit sebab kalau bawa laju boleh membuang juga kat selekoh tersebut. Malahan dulu pernah lori terbalik semasa melalui selekoh tersebut. Huh berderet panjang le jalan sebab laluan besraya banyak datang dari putrajaya terutamanya saya yang sentiasa berulang-alik dari ampang ke putrajaya setiap hari bekerja. Masa melalui kereta tersebut nampak ada 2 kereta. Yang viva tu dah melintang balik semula ke Mines manakala kereta belakang nampak kemek sikit depannya dan nampak seorang lelaki turun. Tak pasti pulak viva tu pemandunya perempuan ke lelaki. Keadaan masih gelap dan samar-samar lagi sebab pukul 6.45 pagi gitu.

  Selepas tu  masa nak masuk jalan nak ke laluan Kompleks Jabatan Kerajaan lalu selekoh je dah terserempak satu kereta dah termelintang. Ya allah nasib baik belok selekoh tu slow tapi memang le kalau laju memang le terlanggar juga kereta yang dah terbabas tu sebab tak nampak. Kereta proton warna tak perasan. Nampak macam pemandu keretanya perempuan sebab 2-3 orang dok kat tepi  jalan. Nampak seorang lelaki baru berhentikan keretanya tepi jalan dan menuju pada  kumpulan tersebut.

  Entah lah bila dengar di radio KLFM ulasan berita,  PDRM pun dah tak tahu macamana cara lagi nak mengurangkan kemalangan bila musim raya. Bila buat Ops sikap je terus kemalangan mencanak-canak naik sampaikan hari-hari dengar berita jadi takut pula melihat kejadian kemalangan yang meningkat jumlah kematiannya. Apa lagi cara ya nak buat supaya dapat di kurangkan angka tersebut. Yang paling banyak penunggang motorsikal dan kereta. Aduhai....Depa kata bila tak nampak polis dok pecut semendang tapi la ni masa balik kampung kali ni kat highway setiap beberapa kilometer dok tercangguk polis traffik dok melihat kenderaan lalu. Kali ni ramai tak macam tahun lepas malahan anggota traffik di kerah bekerja bertungkus lumus menjaga kenderaaan yang balik ke kampung halaaman masing-masing untuk beraya. Kesian dia orang dek nak kurangkan accident sampaikan kena raya di jalan.  Tapi accident tetap bertambah. Agaknya sikap orang Malaysia ni kut yang kena di ubah supaya lebeh berhemah di jalanraya bukannya menjadikan jalanraya tu tempat berlumba.

3 comments:

  1. hmm...rakyat m'sia ni mmg terkenal berani mati kat atas jln..tu yg lagu pusara di lebuh raya popular satu masa dulu... baru2 ni drama guna tajuk sama.....la ni bukan lelaki je yg pecut, yg pempuan pun sama..kdg2 aku pun tak perasn terpecut jgk....sedap, syok byk laju2 ni....hehe..Am pernah marah aku...dia kata kwn dia nampak aku drive laju giler....anak2 aku pun kata aku drive lebih laju dpd bpk depa....masa belajo dulu lg dahsyat..dr bemban ke melaka aku bole bwk tak smpi 10 minit..walhal biasanya org bwk dlm 20 minit atau setengah jam.....
    sesekali bagus jgk bila serempak dgn accident sbb bole ingatkn diri jgn bwk laju....alhamdulillah, skrg aku dah tobat sikit slps serempak ngn acident motor kena langgo lori..habis hancur berkecai badan apek moto tu diglis lori..kejadian lebih kurang lima th lps...masa tu aku on the way balik dr sekolah...sampai kat pekan bemban jammed....dekat dgn rumah FIL aku....anak aku nampak otak terlonggok atas jalan...yg lain hancur....lps tu bomba dtg bersihkan jln...bau dia..fuh tak dpt nak citer betapa hamisnya.bau darah hidup....seminggu jgk la kitorang jd vegetarian.....tak lalu nak makan benda berdarah...anak aku siap mengigau lg.....so, moral of the story, sentiasa berhati2 dijln raya..amalkan baca ayat kursi ketika memandu..sbb kdg2 kita ok, org lain plk bole jd penyebab malang tk berbau.....drive carefully aa notie...

    ReplyDelete
  2. anak dara ku antu lagu2 korea..sekali aku bkk blog ko, dia kan main seronok lg dengo lagu korea...tp gatal lak nk komplen....dia kata , suruhla kwn mama tuko2 lagu korea ni....hehe...aku try masukkn lagu kt blog aku tp tk jdi la.....lom pandai lg..

    ReplyDelete
  3. Betul tu aini kadamg kat highway sedap je tekan minyak bila tenguk meter eh dah nak dekat 120km baru slow sikit..fuyooo tak rasa pun kan! hehehe Aku dah ada pengalaman accident ni depan hosp Serdang masa nak pg kerja. Masa tu bawa proton lama macam ko punya tu. Kereta depan berhenti mendadak sebab teksi depan berhenti. Aku pulak belakangnya memang tgh bawa laju tekan brek pun tak jalan terus je zap cium bumper keta depan lepas tu keta belkang cium bumper keta aku. Belakang carit sikit tapi yg depan sampai nampak jantung keta aku...huhuhu kemek bumper sampai menekan tayar. Dah le tu kena saman lagi RM 300 bila repot polis. Habis NCB keta aku bila claim insuran. Lepas accident tu walaupun dah repair dia mula sakit selalu sampaikan poket aku pun dah mula sakit asyik pi bawa ke Doktor je. Lepas tu geram sangat terus je jual walaupun aku sayang proton lama tu sebab banyak jasanya pada aku. Makan tak banyak minyak, bawa best 1.5 tu, bonet besar selalu aku boh macam-macam bila balik kampung. Tapi nak buat macamana jodoh aku tak lama dgn Saga lama tu.

    Selepas accident kena hentam depan belakang tu aku jadi fobia tau nak bawa kete. Tapi paksa juga dek kerana kerja. Tu pun kena minta air penawar dengan seorg akak sebab masih mengigil dan hati berdebar2 bila bawa kereta. Rupanya tempat yang aku accident tu memang dah banyak makan nyawa. Dan teksi tu terhenti sebab ternampak sesuatu yg menyebabkan kami juga 4 kereta belakang jadi cium mencium bumper masing-masing. Yg teruk keta no 2 dan 3 iaitu depan aku dan aku. Yg belakang masih boleh mengelak.

    Lagu korea tu aku cuba try tepek tapi nak mengubah lagu lain aku tak tahu. hehehehe lagu winter sonata tu yg aku suka sesangat sebab bleh layan jiwang. hahahaha Kalau ina nak lagu korea aku ada banyak dlm pc. Bagi email dia lah nanti aku cuba hantar sikit. Tapi lagu aku kebanyakannya lagu dari drama seperti winter sonata, my girl, sad love song, snow queen. Kalau lagu Kpop yg femes sekarang minta maaf le aku tak pandai sangat.

    ReplyDelete