Sambutan kemerdekaan yang ke 54 tahun ini jatuhnya pada hariraya Aidilfitri. Jadi oleh kerana semuanya sibuk dengan sambutan hariraya maka sambutan kemerdekaan telah di anjak ke 16 Sept 2011 dimana merupakan Hari Malaysia dimana Malaysia diwujudkan pada tahun 1963 gabungan Tanah Melayu Semenanjung , Sabah, sarawak dan Singapura. Jadi tahun ni gabungan sambutan Hari Kemerdekaan yang ke 54 tahun dan Sambutan Hari Malaysia yang ke 48 tahun diadakan bersama-sama dan pada tahun ni 16 Sept merupakan hari cuti. Yeh syiok. Bila tenguk perbarisan di dalam TV semasa sambutan kemerdekaan ni membuat aku mengimbau kenangan dulu semasa turut sama beraksi di tengah padang dan turut sama membuat formasi di padang dan perbarisan. Wah bangga amat sih bila dapat turut sama. Bukan sonang tau dapat join perarakan Hari Merdeka tu. Dan pengalaman itu akan tetap tersemat dalam ingatan apa lagi 2 tahun berturut2 kami dapat join dimana pada tahun tersebut merupakan sambutan Jublii Perak yang ke 25 tahun.
Pancaragam SMSABGS pada tahun 1981 dengan uniform baru.
Kenapa kami dapat join adalah disebabkan tujuan sambutan yang ke 25 itu merupakan sambutan besar-besaran hasil gabungan pancaragam seluruh malaysia membuat reformasi di padang dan juga cuba membuat perarakan terbesar pancaragam Malaysia untuk dimasukkan dalam Guiness Book dan memang ianya dapat kami capai. Bangga tau dapat pecahkan rekod dan masuk dalam paper. Pancaragam terbesar membuat formasi dan berarak-arak beramai sejauh 2 kilometer kut sebab akhir perhentiannya kalau tak silap aku menghala ke bangunan Dato Haron di jalan Kampung Baru. Bangunan Dato Haron tu pun sekarang dah tak ada.
Tahun pertama bila di beritahu dapat pergi KL join sambutan 31 Ogos dah buat semua bandgurls teruja apa lagi bila sampai KL. Tahun 81 pancaragam yang join tak ramai dan pada tahun 82 pancaragam di tambah lagi supaya dapat memecahkan rekod perarakan pancaragam terbesar dan berjalan sejauh 2 kilometer. Mula-mula kami pergi 2 minggu awal sebulan untuk berlatih formasi dan lagu-lagu yang kami kena mainkan. Minggu pertama aku memang jadi anak orang India sampaikan Aruah bapa tak kenal bila aku balik kampung selepas dapat cuti rehat. Mana taknya berlatih setiap hari di padang sekolah Vokasional Setapak panas-panas jadi kulit pun bertukar gelap. 2 minggu sebelum 31hb kami dah sampai KL untuk memperkemaskan lagi formasi dan pergerakan dan berlatih sehingga sempurna. Setiap hari berlatih sambil tu sempat juga di bawa melawat kawasan KL. Pada minggu pertama duduk kat Sekolah Vokasional Ceras dan minggu akhirnya duduk di Kolej Zaaba, Universiti Malaya. Sebab latihan terakhir buat di Padang Universiti Malaya. Syioknya budak-budak lagi dah dapat masuk U.
Dan bila tiba hari final 2 hari sebelum tu buat full realsal untuk melihat kut ada yang sangkut ke apa ke jadi dapat diperbetulkan sebelum Final day. Bila final day memang semua teruja. Bayangkan dah terpacak kat tengah padang gelap lagi sehingga start pukul 8 pagi er lupa start pukul 9 ke 8 pagi lupalah. Tapi ingat bila jam berbunyi je kawad diraja bermula sehingga lah mereka selesai dan berjalan keluar. Serentak dengan itu maka Drum major semua memberi arahan dan bermula je pancaragam berbunyi dan serentak itu juga reformasi di padang kami pun bermula. Hish kalau lah ada gambar lama masa dolu2 boleh le tepek tapi huhuhu album gambar lama aku mana tah sembunyi. Dah jenuh mencari sejak jumpa kawan lama ni.
Langkah sekata dan alunan muzik berkumandang senada seirama berkumandang sambil membuat pergerakan daripada bendera Malaysia juga formasi slogan semuanya dapat di buat dengan cemerlang sekali bersama-sama dengan bersemangatnya sehingga lah akhir perbarisan. Hish buat aku naik bulu roma ni masa taip sebab bersemangatnya menyambut hari kemerdekaan. Teringat dengan instructor perbarisan pada masa tu iaitu Mr Xavier yang sampai jatuh2 kat depan dan hilang suara dok teriak memberi comand tapi sungguh pun dia garang tapi bila last dan hasilnya begitu mendapat sambutan dari semua kami begitu bangga dapat menerima tunjuk arahan dari Mr Xavier. Begitu juga dengan pasukan pancaragam Polis Diraja yang memberi tunjuk ajar kepada kami. Akhirnya sambutan Jublie Perak sambutan kemerdekaan yang ke 25 tahun 82 berakhir dengan cemerlangnya dan dengan bangganya aku nak maklumkan aku merupakan salah seorang peserta yang dapat mempersembahkan perarakan sambutan tersebut dan pecahkan rekod perarakan pancaragam terbesar. Yeh bangganya menjadi rakyat Malaysia. Semuga keamanan dan kemakmuran Malaysia berkekalan dan nama Malaysia tersohor di persada antarabangsa.
No comments:
Post a Comment