Monday, October 31, 2011

Tragedi buah epal

Pokok depan kelinik Swasta di Glossop

  Assalamualaikum semua. Huh apa le tajuk aku ni  macam lagu Kak Nita Serawak je kan. Ok aku nak ceciter sikit apasal tajuk kali ni tragedi buah epal. Sebenornya teman ni teruja sungguh bila tenguk pokok epal. Apa yang teman perasan bila tenguk citer org puteh je yg stail citer lama-lama atau bila kat kampung atau desa depa dimana ada pokok epal siap leh panjat2 lagi tu waduh hati teman jadi syiok je. Rasa macam nak terobang je dlm scene citer Org puteh tu. Ya allah boleh pulak pikir lagu tu ...hish hish. Entah mengapa start dari situ  teman jadi terasa macam nak memanjat pokok Epal je. Laa tak tahu ke teman kecik2 memang nakai, panjat pokok jambu Bol kat tepi parit sebelah rumah lepas petik buah jambu dok lepak atasdahan pokok sambil juntai kaki makan buah jambu Bol bukan kira basuh ke tak basuh main belasah je makan (huh hidup pun sampai la ni), lepas tu panjat pokok belimbing sampai patah dahan pokok belimbing tu teman kejakan. Nasib baik bila jatuh berdebuk tu tak patah riuk bagai kalau tak huh susut nilai teman. hahahaha tapi tu memang citer benar ye time teman kecik lagi rasanya masa tu sekolah rendah kut lupa pulak umur berapa.

     Ok berbalik kisah Pokok Epal ye. Lepas tu teman kena tukar KL duduk le sebelah Kak zah. Kak zah ni penah le ikut suaminya pergi belajar kat obersea emm kalau tak salah UK. Bila dok citer2 pasal pengalaman dia pi obersea teman pun cakap le teman teringin nak panjat pokok Epal. Kak zah punya gelak kat teman huh sabor jelah aku  hehehe. Kata dia pokok Epal tu tak besar mana rendang je. Malahan tak payah panjat pun kita dah boleh petik buahnya. Teman ni bukannya peminat tegar buah epal cuma teruja nak panjat pokok dia aje. Jadi Kak zah pun bawa le gambar masa dia kat UK. Memang rendah je pokoknya malahan tak payah panjat pun main petik je em macam petik pokok asam epal kan rendah je pokoknya.

    Aku ada citer kan yg aku di hantar ke UK buat attachment selama 2 minggu.   Dimana 13jam bersamaan dengan 2 hari.  Selain tu boleh juga jenguk kat  Malaysian Night. Citer selama 2 minggu kat sana tak sempat lagi nak karang baru tepek gambar je kat post nanti aku citer le walaupun dah setahun tapi kiranya pengalaman aku pi UK lah. Hish bukan sonang wei dapat pi sana mahal tau tambangnya ni pun sebab opis hantar kalau tak ada duit beribu raban huh jangan harap le dapat jejak kaki kat sana. Tu le napa le dulu tak nak rajin-rajin belajar kalau tak leh belajar kat obersea. Jadi buat anak-anak dan adik-adik semua kena  belajar rajin-rajin kalau nak berpeluang ke negeri orang lain sebab dengan ilmu lah kamu boleh kemana yang kamu suka. Tu le dulu masa sekolah malas belajar main je banyak padahal mak dan ayah menaruh harapan anaknya boleh berjaya, kan dah menyesal. Tapi ni pun bersyukur juga walaupun tak pandai sangat Tuhan beri rezeki dapat keluar negeri. Alhamdulillah syukur nikmat pemberian Allah SWT.  

 Hish dah melalut pulak aku. Ok berbalik citer masa kat Uk. Minggu ke 2 kami terpaksa pergi ke Glossop Oleh kerana menginap di Glossop semalam dan lepas balik kena tukar hotel jadi kami terpaksa tinggalkan beg besar kat rumah Kak Normah salah seorang staff Kementerian Pendidikan di UK. Rupanya suami kak Normah merupakan bekas staff KKM juga dan merupakan kawan baik Aruah Hj Kamalzaman ex staff aku. Masa hantar beg malam tu hujan, jadi cuaca memang sejuk lah. Dah nak masuk winter kan bila hujan lagi sejuk. Kak Normah layan kami dengan baiknya malahan siap sediakan dinner lagi. Ada sambal tumis udang hish sedap sungguh. Maklumle dah 2 minggu makan tak tentu bila dapat makan nasi panas2 dengan sambal udang emmm windu nak balik Malaysia. Sebelum tu aku jenguk juga lah laman belakang rumah yang di sewa tu. Kata Kak normah belakang laman rumahnya ada pokok epal (mata aku dah juling bila dia kata ada pokok epal belakang rumah huhuhu) juga pokok pear tapi semua pokok tinggi2 sebab dah tua. Alahaiiii napa tak cakap awal dah malam mana nak nampak, tapi jenguk lah juga nak tenguk tapi nampak sayup je pokok maklumle dah malam, hujan lagi tu. Kat bawah dia kata melambak buah tak terpetik. huhuhu jeles aku. Tapi kak kam kata tak pe nanti balik dari Glossop, kita nak ambil beg, kita pergi rumah dia awal sikit jadi boleh petik buah epal. (Hati aku dah syiok tak sabar nak balik cepat dari Glossop)

 Rupanya masa kat Glossop masa sampai kat klinik swasta dia kat tepi jalan je mata aku dah nampak pokok Epal. Hah kat atas tu aku tembak semasa kelam-kabut nak masuk Klinik. Kami sampai terlewat jadi kejar masa le. Depa punctual betul masa meeting. Sepanjang meeting mengikut masa yang telah di tetapkan. Permulaan meeting ikut masa cuma selepas tu je kalau banyak yang nak di tanya lama le perbincangan.

Hah tenguk tu tepi jalan je.
          
Ni pun tepi jalan je berhampiran dengan Regents Park

Tenguk ni berlambak je sampai busyuk2 tak terpetik.

  Jadi bila last day meeting selepas selesai di pejabat NIU, dah bagi sovenir bagai dengan posing semua kami pun balik ke rumah Kak Normah nak ambil beg sebab besoknya aku dah nak balik Malaysia. Sampai kat rumah kak Normah dah nak pukul 7. Hujan gerimis dah start masa kami kat Regent's Park lagi sewaktu berposing sebelum balik. Jadi bila sampai kat rumah kak Normah semakin lebat lah hujan. Masa tu anak dia ada tapi Kak Normah belum balik lagi jadi  aku minta izin nak petik buah epal dia dan posing kat pokok epal. Huh tak menyabor sungguh. Hujan pun belasah je.


Geramnya tenguk buah epal berjuntai sayup pokoknya.

Ni pulak buah Pear hijau.

  Chewah ni belasah je tarik dahan nya dan tembak gambar janji aku dah petik buah Epal walaupun tak boleh nak panjat sebab pokoknya tinggi. Nasib baik kamera ada flash yang terang juga sebab masa tu memang gelap main tembak je. Kalau jadi nasib lah kalau blur huh tembak lagi gambar.

Ni sebenarnya aku tenggek kat kerusi nak tarik dahannya. Tinggilah.  Sampai nampak lubang hidung hehehe

 Kak kam yang tolong tembakkan gambar sebab aku susah nak posing. hehehe

Ni buah Pear hijau

Buah epal lagi

dan lagi Buah epal

Sayangnya melacak je kat tanah. Kata Kak Normah tak terkutip dah buahnya.

Tak terjangkau dek tangan.

    Acece ni je hasil kutipan aku memetik buah. Epal tu muda lagi sebab tu cinonit je. Apa pun walaupun dgn hujan dan dah gelap terlaksana juga impian nak petik buah epal walaupun sebenarnya aku tetap tak puas hati sebab dia tinggi. Nak buat macamana dah malam wei dah gelap kat belakang tu kalau terang memang le aku sekeh je buah ni semua.  Sekali masa tengah sedap layan  teh tarik Kak Normah dia citer kat belakang sekali ada pokok Pic dan plum. Ya allah kenapa lah kak Normah tak cakap awal kalau tak aku belasah je sampai ke hujung laman belakang dia walaupun gelap. huhuhu Sodih den tak nampak camno pokok Plum dan Pic. Buah-buahan tu kata Kak Normah kalau dia rajin kadang dia buat jem atau bagi kat orang.   

   Layan teh tarik Kak Normah memang betul2 kaw maklum le dah 2 minggu tak layan teh tarik kat UK sekali dapat huh belasah le wei apa lagi hujan kat luar dengan baju aku dah basah dek kerana memetik buah Epal. Apa pun my nostalgia sungguh ni. Bilalah dapat rasa betul-betul pi kebun buah-buahan kat obersea ek. Memang aku teringin sungguh melawat ladang buah-buahan di luar negeri tak kira lah ladang anggur ke ladang limau ke ladang epal ke yg penting ladang buah-buahan. Apa pun semuga impian aku terlaksana. AMIN
  

5 comments:

  1. Salam..bestnya dapat capai epal2 tu.. akak ni gayat tang panjat memanjat ni..tapi lepas gaklah pokok rambai kat kebun mak (dulu2 lah).

    Tapi tengok bawah...hi, camna nak turun. Dapat ilmu kucing, boleh panjat tak boleh turun.

    ReplyDelete
  2. hujan emas negeri org, hujan batu negeri sendiri.......hutan epal negeri org, jambu batu negeri sendiri...heheh....dpt gak ko pnjt pokok epal...aku ni spesis tak reti panjat pokok...

    citer pasal ladang ke dusun ke, aku rasa elok jgk ko berangan nak bukak ladang kat sini...mana tau ko boleh wat ldg epal ke, tak mustahil kan,, aruah pak usu aku ada tanam anggur dpn rumah dia kat sg abong...lebat buahnya, anggur hijau...cuma rasa dia je agak masam sikit...jom la berangan...bole aku tumpang sekaki..hihi..

    ReplyDelete
  3. Salam Kak syima...wah best juga tu panjat pokok rambai...kalau style kucing bagus juga dah panjat2 dok tang atas tak reti nak turun mengiow kuat2 bior diorg igt kucing tak dapat turun dari pokok....hahahahaha

    Buah anggur dah banyak org tanam di malaysia malahan kat taman akak aku kat Ampang ni ada yg tanam tp dia perlukan tempat tuk bergayut. Tak tahu lah rasanya mcmana manis ke masam tapi syiok juga bila sesekali lalu dpn rumah dia bergugusan anggur berjuntai.

    Tapi tenguk citer korea man from wineyard lagi ko rasa teruja nak pi aldang anggur besar2 buah-buahannya. Rasanya kat pulau Jeju kut tempat pengambaran tu.

    Ala aini berangan je tapi nak bukak ladang huh sapa le yg nak sponsor kat aku. hehehehe
    Rumah mat salleh ni best tau sebab depan laman dia kecil je just nice tuk kereta tapi kat belakang luas siap boleh buat taman dan kebun sayuran pula tu. Dah le cuacanya sejuk bila tanam bunga best je berkembang bila tanam sayuran subur je menjadi mane le aku tak teruja melihatnya. Apa pun meh kita terjah Cameron Highland seronok tenguk bunga dan buahnya berkembang mekar. Berangan lagi jom jom jom

    ReplyDelete
  4. notie, kakmon jeles banyak tau.. orang belum lagi sampai tangan nak petik epal ka stroberi ka anggur.. haisy

    pssstttt notie awak ni kan mmg betul naughty.. bole panjat pokok ngalahkan kakmOn.. I lap U mwaaaaaahahaha

    xoxo

    ReplyDelete
  5. Sis kat belakang tu tanamle anggur nampak cam sejuk je belakang umah tu. Nanti boleh le buat adegan tragedi buah anggurlah pulak.

    Nakai ala biasakle budak kampung panjat pokok, terjun tirok kat parit, kena kejor kambing keliling rumah sampaikan melompat terus kat tingkap tu hahahaha dek kerana takut kena sondol kambing kekekeke nasib baik le tingkap tu tingkap rumah dapur kalau tingkap rumah atas mampus nak sampai hehehehe. Memori itu hanya tinggal kenangan ja.

    Lap u bilions times hehehe

    ReplyDelete