Monday, August 27, 2012

Nostalgia Kuih raya dolu-dolu


   Assalamualaikum semua. Orang Kl dah naik kerja tapi semua pun masih lagi mood raya kan. Ala puasa sebulan, raya pun sebulan juga lah. Dulu-dulu takde nya open house macam sekarang ni ,yang sampai sebulan tak habis malahan sambung sampai dah lepas syawal. Sebab orang kota hanya free time hari minggu dan hari minggu pulak berderet jemputan open house. Huh mewah sungguh zaman sekarang kan.

 Aku ingat dulu2 raya hanya seminggu je. Dan kuih takde lah sampai berbagai-bagai jenis penuh di meja. Bila ingat kuih raya ni  terkonang pulak zaman tolong mak buat kuih dulu, ala masa tu kecik lagi sekolah rendah kut... emmm ingat-ingat lupa tapi memori menolong mak buat kuih raya kadang-kadang mengimbau semula. Manis sungguh kenangan itu dan kadang kuih yang mak buat pun entah ada entah tidak. Hah macam kuih yang kat atas tu aku lupa lah namanya kuih apa. Ni aku google je dapat. Dan pernah jumpa kuih ni kat kedah. Yang aku ingat mak kata kuih kering. Buat dia nampak mudah tapi prosesnya susah oooo. Sebab lepas di goreng tu kena jemur. Tapi kadang aku suka kalau lepas goreng tu panas-panas lagi boleh makan. hepppp tak posa ya. hehehehe masa tu kecik lagi lah. Jadi tukang rasa. hahahahaha. Rasa dia yang lompong di tengah rasa sedap je. Lepas di jemur barulah di sira gula. Tapi aku suka part menolong membuatnya. Ambik secubit tepung yang mak dah adun. Lepas tu gentel panjang-panjang, lepas tu selit diantara 2 jalinan tepung yang di gentel tadi dan tada jadilah bunga. Mengoreng pun kena kawal kepanasan apinya jangan sampai hangus..... ada yang kena perambat mak nanti kalau goreng sampai hitam. Dia kena goreng cantik, putih melepak gitu. Mak aku kalau time buat kuih dulu huh garang sungguh..... tapi aku tabik inisiatif dia belajar dari orang tua-tua dulu bagaimana nak membuat kuih. Dan yang jadi mangsa anak-anak dia ler sampaikan kata kak ambah, dek kerana menolong buat kuih dari kecil sampai besar, sampai la ni dia jadi tak minat nak buat kuih. Tapi masak dia suka.

 Yang aku ingat mak selalunya buat kuih Koya atau orang panggil putu kacang, kuih Penderam atau kami panggil kuih kuping keling.... maaf ye sebab dia hitam kita orang panggil kuih tu lagu tu. Lepas tu kuih sagun potong, hah kuih ni aku rasa dah pupus sebab tak penah nampak orang buat atau jual. Lepas tu Kuih bahulu gulung, bahulu lapis, rempeyek kacang tanah, rempeyek kacang hijau atau orang panggil tumpi. Dan kuih karas ni aku rasa masa aku dah besar sikit baru mak belajar macamana nak buatnya.

 Tapi yang paling mendera masa tu ialah kuih penderam. Tepung beras kami buat sendiri tau. Ingat lagi kena tumbuk beras malam-malam pakai lesung kayu yang besar maka beramai-ramai anak mak ler tu di kerah menumbuk tepung. Selalunya lepas berbuka kami adik beradik bergilir-gilir menumbuk beras dan selepas beras hancur mak akan ayak untuk mendapatkan tepungnya. Nanti mak adun dengan air gula melaka dan di simpan semalaman. Besoknya barulah boleh buat kuih penderam tu. Bunga 4 penyucuknya pakai batang pokok pucuk manis untuk buat lubang di tengah adunan yang kami dah leperkan . Aku dan adik-adik lelaki aku yang 3 orang yang menolong membuatnya selepas akak-akak aku dah besar dan dah kahwin. Yang mengoreng pulak hah kena siapkan telinga kena marah kalau goreng tak cantik.  Yang membuat pun kena juga jika membuat bulatan lubang bunga herot sana herot sini. Tapi yang kami tak tahan ialah panas dapur minyak dengan puasa lagi, mencabar sungguh masa tu. Masa pulak tu rasa tersangatlah lamanya bukan macam sekarang sekejap je dah petang. Itu ok lagi lah kalau buat kuih sagun potong lagilah tak tahan dengan asap api kayu. Masa tu oven lama yang kami pakai ialah oven hitam cap butterfly. Itu hanya buat untuk kuih moden.Rasanya yang guna dapur oven butterfly tu akak aku kut buat kuih moden sikit. Yang tu aku tak ingat. Tapi yang klasiknya mak aku buat oven sendiri pakai tin minyak tanah yang di potong sendiri jika nak buat kuih sagun potong. Aku nak terangkan pun tak reti macamana tapi tin tu di potong tepinya supaya melopong atasnya. Lepas tu sekeping lagi di buat penutup atas dimana kayu api di bakar diatasnya dan bara kayu tersebut akan memasakkan sagun potong tersebut. Api bawah pun ada juga kami gunakan kayu api. Yang antik tu ada pintu depannya dimana kami sorongkan bekas kuih sagun tersebut. Bila dah masak sagun tu dikeluarkan dari acuan segiempat panjang tu dan di potong-potong. Menekan adunan pada acuannya pun bukan boleh di tekan kuat, takut nanti jadi keras. Tapi memang rindu lah kuih sagun potong ni.... huhuhu mana nak cari ya. Hari tu terdengar akak-akak aku bercerita pasal time buat kuih raya dulu-dulu dan teringin nak membuatnya. Tapi acuan kuih tu dah hilang. Acuan kuih tu rasanya mak buat dari tin minyak tanah tu le di bentuk 4 segi panjang. Fuh kelas mak aku boleh buat acuan kuih dan oven lagi. Walaupun tak ada cop sirim tapi jadi juga lah kuih tradisional tu. hehehe


kuih koya
 Kuih koya pulak  mak buat masa lepas sahur. Sebelum tu adunan tepung kacang hijau dan gula tu dia dah kacau dan embunkan kat luar rumah. Lepas sahur mula lah membuatnya. Ni aku tak tolong sebab hanya mak je yang pandai. Lepas di tekan pada acuannya dan di ketuk atas dulang, kuih tersebut di jemur hingga kering. Selalunya aku cuma tolong masukkan dan menyusun dalam plastik selepas kuih tersebut dah kering untuk di jual. Kuih penderam juga kami pack untuk di jual. Dulu-dulu asyik memasak kuih penderam kami jadi jelak malahan tak pandang pun. Tapi bila dah tua-tua ni rasa teringin nak makan tapi tak boleh lawan mak aku buat lah. Sebab tepung di buat sendiri jadi rasanya lebeh lembut daripada kuih penderam sekarang yang guna tepung beras paket. Keras sikit.

 Kalau sebut kuih bahulu huhuhu selalunya aku jadi mangsa memukul telur dengan gula, satu bekas pasu bersaiz sederhana besar. Dari start lepas subuh sampai pukul 9 lebeh penuh pasu tu dengan adunan telur dan gula yang mengembang sehingga penuh. Nanti mak akan bancuh dengan tepung. Adunan kuih bahulu tu selalunya mak buat untuk 2 jenis kuih bahulu. Iaitu Kuih bahulu gulung dan bahulu lapis. Bahulu gulung tu menggunakan jem nenas yang dibuat sendiri. Manakala Bahulu lapis pulak selalunya mak yang buat sendiri. Buat 2 warna dan di lapis dengan jem. Aku cuma tolong memukul telur dan gula ja. Tapi bahulu lapis memang aku suka sebab selalunya sebuku aku kidnap bawak ke hostel. Makan bersama kawan-kawan kat hostel. Sedap sebab bakar pakai dapur kayu.

 Kuih karas pulak nak membuatnya macam cina sembahyang pulak bila membuatnya sebab ketuk tin milo yang telah di tebuk bawahnya sehingga membuatkan ianya menjadi juraian yang di masuk terus dalam kuali. Bunyi ketukan kayu pada tin milo lah yang bila dengar dari jauh macam bunyi cina sembahyang ... tuk tuk tuk tuk. Tapi bila juntaian tepung dah masuk dalam kuali goreng hendaklah  cepat  kalau tak nanti tak boleh lipat empat segi. Rasanya pakai tepung dibancuh dengan gula kut sebab adunan tu tak cair dan tak pekat dan membuatnya macam buat roti jala tapi tu lah tin milo tu kiranya bekas acuan kuih yang paling mudah. Kalau di tenguk pada mak aku membuat kuih raya bahan-bahannya kadang pakai bahan terbuang. Orang sekarang je kata recycle lah padahal mak aku dah guna sejak dulu lagi. hehehehe terer lah mak aku.

 Kuih yang kita orang suka ialah rempeyek. Tapi kalau membuatnya huh jenuh lah nak mengorengnya. Tapi yang syok tu boleh letak kacang banyak2. Dia kena goreng 2 kali dimana pertama goreng sekali lepas tu di angkat. Goreng kali kedua baru sampai masak. Lepas tu boleh makan cecah sambal kicap fuhh sedap tau, memang makan tak henti2 lepas tu bising jerawat naik sebab banyak sangat makan kacang tanah. hahahaha. Style orang Johor makan apa pun cecah sambal kicap. Tak caya cuba le tanya orang Johor. Pisang goreng cecah sambal kicap, tempe goreng pun lagi sodap cecah sambal kicap hah ni ada lagi rempeyek cecah sambal kicap. Cuba lah tapi sambal kicap tu kenalah pedas sikit baru mantul makannya.

  Kuih yang aku belajar dari mak hanya kuih makmur. Orang kata kuih makmur inti kacang tapi keluarga aku suka inti kurma. Malahan aku ingat lagi Aruah Abang Toni kalau beraya rumah mak aku, mesti cari kuih makmur versi wak Saifah (mak akulah) malahan minta bungkus bawa balik. Oleh kerana itu sejak tahu membuatnya dan mak dah alih tanggungjawab membuatnya kepada aku, malas ke rajin ke, aku kena buat walaupun hanya satu adunan sebab kalau tak buat nanti ada orang yang menanya. Tapi sejak Aruah abang Toni dah meninggal, dah beberapa tahun ni aku tak buat. Dan entah mengapa kali ni teringin pulak nak membuatnya. Sekali bila balik Muor akhir puasa hari tu bila guna je oven bulat tu zap elektrik terus tak ada. Rupanya wayar dia dah rosak. Apa lagi terus je zoom pergi kedai Batu 6 nak repair, sekali cina tu kata tak boleh repair. Oven tu pun dah tak ada jual lagi. Aduhaiiii nampak gaya terpaksa lah beli oven baru. Sekali masa raya cerita lah dengan kak ambah bila dia nampak kotak oven yang baru. Rupanya oven bulat tu dah berpuluh tahun kata kak Ambah sejak dia zaman sekolah lagi benda tu dah ada. Fuh barang antik rupanya. Walaupun kuih makmur aku tak cantik tapi sebab ianya kuih lama bagi kami bila orang menanya emm rasa bestnya. hehehehe Nak cantik kena kreatif lah membentuknya. Aku pulak bentuk kecil2 masa mula-mula ja bila lambat sangat nak habis hah ko montok-montok bentuknya. Aduhaiiiiiii. Memang takde tokoh nak membuat kuih raya ler gamaknya aku ni. Tahu makan je.

 Dah panjang celoteh aku pasal kuih raya zaman dolu-dolu.  Apa pun pengalaman yang kami tempuhi adik beradik zaman kecik-kecik dulu bila sesekali berkumpul adik beradik memang boleh buat ketawa. Apa lagi kalau dengar akak aku yang tua bercerita lagi kelakor. Ada je benda yang buat mak aku marah. Kami apa lagi adik beradik semua gelak je kalau dengar celoteh dia. Hai nostalgia menolong mak buat kuih hanya tinggal kenangan sahaja.

2 comments:

  1. wah.......panjang citer ko kali ni...kalau nak sembang psl kuih lama mmg tak cukup muka surat....tapi aku pun sebenonya rindu bona ngn kuih sagun potong mak ko....org dulu2 mmg kreatif selalu..ada je idea nak buat sesuatu dan selalunya menjadi je..tabik la kat org dulu2 terutama org2 mcm mak ko yg menjadikan 'kekreatifan'nya sebagai sumber pendptan tambahan....eh, ko korekla resepi sagun potong mak ko...psl acuan tu tak penting kot...kita bole guna acuan lain yg sewaktu dgnnya..[kot]....

    ReplyDelete
  2. Tu ler tiba-tiba terkonang semasa dolu pulak da.... emm bila dah mengarang hah ambik ko sampai panjang berjela. Agaknya rindu zaman dolu2 kut. Kennagan indah di waktu berhari raya. Bagus juga idea ko tu nanti aku nak korek lah dengan mak aku. Hari tu aku dah belajar buat kek dari mak ko. Sonang sungguh bahan asasnya tak payah pakai telur pun. Tapi dah lupa balik.... hehehehehe hampeh sungguh.

    ReplyDelete