Assalamualaikum semua. Wah seronoknya kan dapat 3 hari cuti sempena meraikan Hari Kemerdekaan negara kita. Baru je cuti hari raya sambung lagi cuti merdeka, mana tak seronok. Bila kata cuti panjang je emmm memang rasa merdeka sungguh. Merdeka dari rasa stress kerja. Apa lagi kat KL ni stress dengan jem. hahahahaha kira merdeka juga le tu.
Diam tak diam dah 55 tahun negara kita merdeka kan. Kalau di kenang zaman dahulu yang hidup penuh derita dan miskin, sebagai generasi selepas merdeka, aku rasa bersyukur sangat kerana dilahirkan sebagai rakyat Malaysia. Dimana bumi di pijak di situ langit di junjung. Ewah semangat nampak! Yalah kalau kita tak bangga dengan negara sendiri siapa lagi yang nak mengangkat nama negara kita kalau tidak rakyatnya sendiri. Bangga apa dengan segala pencapaian malaysia dan nama yang gah di mata dunia. Tapi tu lah kadang ada rakyat yang tidak bersyukur dengan negara sendiri. Kadang pun tak paham apa lagi yang mereka tak puas hati. Kalau nak di bandingkan dengan negara lain, kita sebenarnya dah di kira beruntung tau dapat hidup aman dan damai seperti sekarang. Keamanan dan kesejahteraan yang kita ada sekarang ni jangan lah di gadaikan demi kerana kepentingan politik. Orang luar sebenarnya dengki dengan kemanan dan kesejahteraan negara malaysia. Dan anasir-anasir ini lah yang menyelinap masuk dan cuba mengugat keamanan dan kesejahteraan kita secara halus. Kalau rakyat Malaysia tidak sedar terutamanya generasi muda yang hanya berbuat sesuatu tanpa berfikir risiko di sebalik tindakan mereka yang tidak berfikir panjang dan hanya mengikut je telunjuk orang lain , bagaimana ya akan jadi dengan kemanan dan kesejahteraan negara Malaysia nanti 20 - 30 tahun akan datang? Fikir-fikirkan lah.
Aku tak minat politik-politik ni cuma kadang-kadang meluat dengan segelintir tingkah-laku mereka yang tidak berpuas hati dengan kerajaan yang sedia ada. Apa lagi bila melihat perbuatan segelintir manusia yang nak kata bertamadun dan berpelajaran tapi perilaku mereka dah macam orang tidak bertamadun dan macam orang tidak sekolah lah pulak. hish hish dah melalut pulak aku ni. Bukan apa kadang-kadang geram sangat dengan perbuatan mereka. Dah melampau-lampau sangat perbuatan mereka pada malam kemerdekaan tu. Kalau dah tidak puas hati sangat dengan Malaysia hah pergilah berhijrah di negara yang mereka suka itu. Ni tak buat perangai sampai memalukan nama Malaysia ja di mata dunia. Di negara mereka suka itu adakah mereka bebas perbuat seperti apa yang mereka perbuat sekarang? Belum tentu tau. Kita kan ada kuasa sebagai pengundi dan gunakan lah kuasa tersebut bila masanya tiba. Ni asyik buat huru-hara ja, pelancong luar pun jadi takut nak datang ke malaysia.
Agaknya mereka suka negara jadi kacau-bilau dan negara tidak aman lagi seperti zaman darurat dulu. Nak ke rasa macam negara lain yang sedang bergolak sekarang seperti Iraq, Syria. Sebab itu seperti pepatah orang tua-tua ,sudah terantuk baru terngadah, dah terjadi nanti baru nak menyesal, sudah tak berguna lagi. Sebelum terjadi , haruslah kita jaga keharmonian, keamanan dan kesejahteraan negara kita yang kita cintai ini. Kalau dah berperang sesama rakyat, siapa yang susah kita juga sebagai rakyat Malaysia. Orang luar buat apa? Depa suka dan bertepuk tangan sebab impian mereka nak memusnahkan Malaysia telah tercapai. Nak ke macam tu? Apa pun semuga keamanan dan kesejahteraan Malaysia tetap berpanjangan. Amin
Update terbaru.... Baca di sini lepas tu fikir sendiri lah ya. Tuhan beri akal dan fikiran untuk berfikir mana yang baik dan mana yang buruk. Lepas tu berdoalah semuga Umat Islam khasnya dan orang melayu amnya sentiasa didalam perlindungan Allah SWT daripada anasir-anasir yang cuba menganggu dan mengancam keamanan kita dan semuga kita sentiasa bersatu dalam mempertahankan Agama, Bangsa dan Negara. Amin
No comments:
Post a Comment