Assalamualaikum,
Alhamdulillah rasanya telah selesai jemaah haji menyempurnakan ibadah haji setelah selesai Hari wukuf di Arafah pada hari Khamis dan kita di Malaysia menyambut Hari Raya Aidil Adha pada hari Jumaat, malahan penerbangan pertama jemaah haji Malaysia telah pun selamat sampai di KLIA semalam. Tahun ni 2 orang sahabat aku, telah pun di panggil menunaikan Ibadah Haji iaitu Aini dan Maziah. Alhamdulillah akhirnya hajat Aini nak membawa maknya menunaikan Haji bersama suami akhirnya tertunai juga. Aku tumpang gembira bila mendapat perkhabaran tersebut sebulan yang lalu. Hai kawan-kawan semuanya dah pergi, aku nak ke sana ni emmm bila lah agaknya ada rezeki sampai ke sana ya. Baru-baru ni ada kawan ajak buat umrah tapi tarikh tersebut iaitu bulan 3, sudah tentu cuti aku tak lulus sebab bulan 1 sehingga 4 selalunya memang boss tak bagi cuti selagi kerja lapuran tahunan tak siap kecuali kecemasan sahaja yang di luluskan. Dan lagi simpanan untuk menunaikan haji belum lagi mencukupi , macamana aku boleh pergi buat umrah pulak sebab aku ada dengar dalam TV9 rancangan Tanyalah Ustaz. Ustaz tu kata kalau boleh, hendaklah kita simpan duit buat yang wajib dahulu barulah buat yang sunat. Andaikata simpanan yang wajib dah tersedia sementara nak menunggu giliran nama sampai, kalau ada lebihan simpanan untuk buat umrah, barulah boleh kita pergi buat umrah. Apa pun semuga Aini dan Maziah sekeluarga memperolehi Haji yang mabrur. Amin.
Bertungkus lumus untuk membaringkannya di atas lubang yang telah di gali untuk darah lehernya mengalir ke dalam lubang.
Lembu telah siap untuk di sembelih
Masa mula-mula menarik lembu tersebut kami cuma memandang je melihat reaksi lembu tersebut. Tapi yang aku tak tahan tu semasa Abang Ipar aku baca Bismillah dan mula nak menyembelih tu entah macam mana ada le seseorang tu yang mula teresak-esak. Rupanya akak aku yang tua Kak ijah dok heran siapa lah pulak yang dok teresak-esak bila mata pisau menyembelih lembu korban tersebut. huhuhuhu rupanya aku tanpa sedar rasa sayu dan tanpa disedari menangis melihat lembu tersebut di korbankan. Aje giler boleh pulak tangkap syahdu ni. Apa lagi jadi mangsa gelak lah oleh adik beradik aku.
Bila dah selesai sembelih anak saudara aku yang menyiang kulitnya dan beramai-ramai kami adik beradik anak saudara sama-sama melapah daging korban tersebut. Tenguk tu budak-budak kerumun beramai-ramai.
Ni badannya akak-akak aku yang melapah
Tenguk tu isi perutnya. Besar sungguh rangkanya. Budak kecik pun boleh nyorok dalamnya.
Hah yang ni pulak melapah kaki lembu. Rasanya ada 2 yang di gantung untuk di lapah. Nasib baik anak saudara lelaki ramai jadi semuanya dapat disiapkan petang tu juga dan di agih kan pada penduduk kampung. Petang tu masing-masing kepenatan setelah selesai melapah se ekor daging korban. huhu masing-masing tak tahan bau daging je. Yang kesiannya akak aku yang nombor 2. Dia datang kemudian lepas tu terus tuju kepala lembu. Sekali rupanya balik rumah dia tak boleh tidur teringat-ingat kepala lembu yang tertongok je atas tanah. Rupanya dia kena badi lembu. Kiranya selepas tu tak ada lagi buat korban di belakang rumah mak. Kalau buat pun share dan buat kat surau. Apa lagi masing-masing dengan pengalaman yang tidak boleh dilupakan.
No comments:
Post a Comment