Friday, November 2, 2012

Jenjalan Korea 2008 Bhg 5


  Ok kita sambung lagi cerita korea. Kali ni kira dah nak habis lah ya. Sebab besoknya kita orang dah nak balik malaysia setelah 7hari 5 malam berada di korea. Sebelum ni kita dah pergi ke Ice bar yang maintain dia punya suhu -5 darjah celsius sahaja. Setelah kesejukan dalam Ice bar tersebut dan dah selesai posing bagai emm cepat-cepat keluar sebab tak tahan sejuk. Opss lupa nak cerita sebelum ke Ice bar kita orang di bawa ke tempat ginseng dan amethyst factory. Kat situ tak boleh ambil gambar jadi aku tak adalah gambarnya. 

  Biasalah kalau melancong pakai package ni mesti akan pergi ke tempat product jualan mereka samada yang berbentuk tradisional atau pun moden. Member wan semasa kat tempat ginseng semuanya memborong. Mahal tau ada yang ribu riban satu kotak. Maklumlah nak hasilkan ginseng pun makan tahun menanamnya. Lagi lama lagi bagus kut khasiatnya. Aku dan wan dok perati je lah. Kat amethyst factory tu tenguk lah juga barang kemas batu permata dari korea. Cantik-cantik dan pelbagai bentuk rekabentuknya memang cantik secantik wonnya. hehehehe. Benda-benda macam tu aku kureng sangat kalau nak membeli lainlah kalau cenderahati ataupun kain yang murah tapi buat masa ni borong cenderahati ja. Macam brooch pun cantik juga tapi budget ciput untuk benda tu semua kalau tak huh memang aku belikan akak-akak aku sorang satu. Berkilau-kilau batu dan memancar-mancar batu brooch dari korea.  

  Selepas itu kami telah di bawa ke night market iaitu Shincheon. Kat sini kita orang dok melilau, melihat, membelek dan berjalan-jalan sehingga lah dari terang sampai dah malam. Rasanya 2 jam kut kat area situ. hahahaha Baju-baju dia memang fashionable tapi manalah ada sixe besar semuanya cinonit je. Jadi kiranya cuci mata je lah sampai dah gelap.   


Sepanjang jalan macam-macam kedai jualan yang ada.

Nama yang unik 7 monkey minum kopi. hehehe

   
      Selepas dah penat jalan kita orang pergi lunch. Kali ini kami berdua sahaja yang makan kat tingkat bawah manakala yang lain semuanya pergi tingkat atas. Agaknya kat atas dia orang sediakan minuman arak kut, tu sebab dia suruh kita orang makan berdua kat bawah. Tapi best juga sebab ada  tv besar berdepan dengan meja yang kami duduki itu. Dan kebetulan pada masa tu cerita tentang perkahwinan aktor korea yang popular iaitu Kwon Sang Woo. yeh my feveret aktor dah kahwin. Jadi lagi teruja lah tenguk berita dan gambar masa perkahwinan KSW. Tenguk tu gambar KWS besor ko... wan tolong ambilkan gambar bagaikan kami saling pandang memandang. kekekekeke. Perahsantan sungguh. Minat ler katakan. Semuanya tentang KWS teruja je nak tahu. Aku suka KWS ni berlakon terutamanya bila part sedih seperti cerita Stairways To Heaven. Huh memang berjujai-jujai ler bila tenguk cerita ini. Siapa tak pernah tenguk tu hah pi tenguk. Kiranya cerita tu yang pertama aku tenguk lakonan KSW dan terus tersuka dengan lakonannya. Tapi lately ni dah lama tak ada drama terbaharu dia. Mane dia nyorok ek.

  Selesai lunch kami telah di bawa menonton teater Break Out. Walaupun kami tak paham sepatah haram pun teater tersebut tapi kelakar sungguh melihat lakonan pelakon mereka. Ianya mengenai banduan yang berikhtiar melepaskan diri dari tahanan penjara. Berbagai aksi dan kejadian yang mereka kena tempuhi supaya dapat mengelakkan diri dari pengawal penjara. Memang kelakar sungguh. Teater tersebut memang mendapat sambutan baik dari peminat di korea malahan sambutan orang pada setiap hari memang ramai. Dan oleh kerana terkenalnya teater tersebut malahan ada di jemput mengadakan show di malaysia.  Kalau tak salah dalam tahun 2009. Bila nampak iklan dia, aku dan wan terus teringat persembahan mereka yang telah kami saksikan. Memang kelakor lah sebab rasanya dia tak banyak menggunakan bahasa tetapi hanya dengan lengguk dan lakonan pun boleh menyebabkan kami ketawa terbahak-bahak. Ala macam tenguk cerita Charlie Chaplin tu hah macam tu lah tapi versi korea le.  

  Malam akhir selepas melihat teater Break out kami pun menuju ke hotel. Sambil tu melihat pemandangan indah bandar seoul dengan lampu-lampu yang cantik menghiasi pokok-pokok. Maklumlah dah nak  Krismas. Malam tu sebelum tidur terus je kemas beg walupun tak banyak beli barang tapi cenderahati yang aku beli kena juga dikemaskan. Nasib baik naik MAS jadi takde lah fikir terlebih muatan ke apa.

   Pagi-pagi subuh lagi kami terus check out dari hotel sebab nak elakkan dari jem dan di bawa bersarapan di sebuah tempat yang berhampiran dengan Airport Incheon, yang mana sebahagiannya merupakan tempat untuk makan kemudian bila kita nak keluar dari tempat makan tu kita terpaksa melalui tempat barangan jualan seperti makanan, cenderahati dan macam-macam lah. Kalau rasanya masih belum cukup cenderahati atau makanan boleh lagi menyoping. Kiranya last kopek punya shopping ler. Kat sini ada satu adegan lucu yang telah terjadi pada aku. Agaknya bangun pagi sangat dengan malamnya tidur lambat dek kerana mengemas bagasi, jadi kiranya pagi tu masih ngantuk lagi lah. Kat restoren tu pintunya dan kelilingnya banyak cermin. Jadi bila sampai je kat restoren tu aku pun pergi lah ke bilik air. Entah macamana aku tak perasan kalau pintu keluarnya pun bercermin juga jadi terus je aku terjah.." kelekuk" Opss adeh aku terantuk cermin rupanya. Nasib tak pecah. Dan kebetulan masa tu ada isteri opismate wan berdekatan. Kami pandang memandang lepas tu sama-sama ketawa. Ketawa sebab dek kerana rasa mengantuk pintu sebesar itu pun aku boleh tak nampak main terjah je. hahahahaha Lepas tu baru terang sikit mata tak ngantuk. Nasib baik tak bertelur dahi. Aje gile.    

Kat luar restoren tu macam-nmacam poster di letaknya. Apa lagi aku pun posing time sebelum balik. 

Sebelum masuk airport sempat lagi tu bergambar dengan pak supir yang begitu baik dan perihatin membawa rombongan kami berjalan-jalan. Gamsahamida

Lambaian nak balik Malaysia, rasa dah rindu sangat bumi Malaysia setelah puas berjalan makan angin di Bumi Korea


Cantik kan bunga di dalam airport Incheon seoul, rasa macam nak bawak balik je hehehe

Yeh Sayonara Seoul

  Akhirnya percutian Korea di musim sejuk 2008 pun berakhir bila kami selamat sampai di malaysia. Bersama kenangan merasakan salji dan meluncur salji serta berbagai lagi panorama pemandangan serta pengalaman di bumi korea yang begitu mengujakan. Lepas ni lawatan korea di musim gugur pula ya pada tahun 2011. Tu lagi best tempatnya dan banyak lokasi Kdrama akan aku ceritakan.

No comments:

Post a Comment