Wednesday, August 14, 2013

Jejak Kasih Raya ke 3 tahun 2013



  Assalamualaikum,

  Alhamdulillah setelah 2 tahun berturut-turut start dari tahun 2011, maka acara tersebut dapat juga diadakan pada tahun ini. Setelah berjaya buat di Vila Tanjung kali ni semua sepakat buat di tempat yang sama lagi. Tapi tu lah aku dah bayarkan untuk akak aku Nora tiba-tiba abang ipar aku tak izinkan dia pergi huhuhu sabor jelah aku. Terpaksalah aku pergi sendiri. Nasib baik lah ada kawan akak-akak aku yang aku dah kenal macam kak Taizah, Kak Min, Kak Zarinah, Kak Khatijah, Kak Noraishah Mad Tap jadi oklah juga. Member batch aku huh jangan haraplah depa nak join. Kadang jeles dengan batch yang lain sebab rajin join gathering SABGS ni. Tahun ni batch 82 semakin ramai yang join sampaikan aku dah rasa macam terasing sebab tak kenal sangat. Kalau budak-budak Asrama hah mungkin boleh kenal kut.    

 Ikut acara rupanya pukul 12 dah start tapi aku pergi lambat. Maklumlah pergi sorang kalau akak aku ada sama mungkin awal kut. Jadi dah pukul 2 lebeh baru sampai dan masa aku sampai tu depa semua sedang makan. Sign kedatangan dan bagilah hadiah untuk cabutan no bertuah. Seperti sebelum ni aku tetap bagi hamper untuk cabutan no bertuah. Nampak best sikit sebab hamper kan. Lain kali bagi hadiah lain lah asyik hamper je. Dah itu yang mudah tak payah nak sampul bagai bungkusan dah ready. Lagi pun aku tenguk bila depa dapat hamper je depa dah seronok hah jadi lagi mudah kerja aku. Seronok tenguk orang lain seronok.

 Oleh kerana semua meja penuh aku pun keliling le meja makan. Aittttt pinggan pun habis juga padahal makanan banyak lagi aduhaiiii. Nampak kak kursiah pakai baju biru beb. Tema kali ini Arabian style. Tahun lepas kunun-kununnya Hawaian. Depa dah habis makan dan ada yang masuk bilik karoeke. Barulah aku dapat duduk. Tapi makanan nampak je banyak cuma ada kureng dari tahun lepas. Lepas tu Kak Taizah dok pok pek pok pek sebelah aku. Dia kali ni tak jadi AJK jadi relax lah. Kali ni AJK orang lain yang incharge. Tapi nampak kak Min yang rajin. Lepas tu masa bersalam dengan Lynda dia sound " ooo ni orangnya yang selalu hantar game kat dia" gulp terkezut aku....  Seingat aku kalau orang tu tak main game yang sama takdenya aku hantar mintak tolong.... hish suka-suki dia je kata aku camtu. Bengang juga aku... 

 Dek kerana dah kena fire tu terkujat selera aku nak makan, apa lagi tenguk makanan tak kena dengan selera aku walaupun katanya makanan orang Muor jadi lepak lah sebelah kak Noraishah Md Tap, Kak Khayatee dan Kak Khadijah. Kak Khayatee tu rupanya Drum major kita orang masa pancaragam dulu,  patutle jenuh aku nak ingat rupa dia main apa masa pancaragam dulu rupanya Drum major kitaorang. Ini kerana bila sessi nostalgia depa tepek gambar zaman dulu2 yang semuanya cinonit baru lah aku ingat rupa kak yatee. Malahan dia juga penah ke pejabat aku masa sessi Sokongan Klinikal dulu. Tak tahu rupanya senior aku..... keciknya dunia. Kak Jah pula selalu jumpa kat cafe sebab dia kerja kat Kementerian pendidikan cuma tak tahu blok mana je.  

 Masa Kak Taizah bagi Bahulu gulung yang aku order sebelum raya, sempat lagi tu dia komen. Dia bengang sebab makanan tak best. Tahun lepas bayar harga yang sama tapi makanan memang melimpah ruah. Padahal tahun ni memang yang join lebeh ramai dari tahun lepas. Rupanya depa dah skip sikit untuk penginapan 2 malam. Ada lagi macam-macam yang Kak Taizah komen aku dengar je malahan ada yang masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Malas nak cakap banyak sebab kesian kat Kak Min yang sibuk menguruskannya.        


  Tenguklah 2 jari aku yang selalu aku buat peace... alahaiiiiiii dah kena bandage la pulak. semua dok tertanya-tanya melihat jari aku yang berbalut tu.

 Lama juga lah kita dok menunggu acara seteusnya berjalan. Dari pada pukul 3 santak ke pukul 4. Dah lah Aini call kata nak singgah rumah jika dia balik melaka. Aku dah risau acara cabutan no bertuah tak juga muncul. Masing-masing dah nak balik ni. Akhirnya pukul 4 lebeh baru nak start tu pun sebab Datuk Atikah dah nak balik baru kelam-kabut suruh Datuk bagi hadiah. Yang muskil tu ada 2- 3 nama yang disebut tapi orangnya tak ada. Kalau tak ada walaupun dah bayar takanlah ada hadiah untuk dia kecuali dia wakilkan orang bawakan hadiah hah tu tak pe. Lepas nama aku naik dan seterusnya teka-teki teka-tekuk Kak Taizah buat dimana akak aku dapat no 3 aku pun chau lah. Sebelum tu nampak juga kak Noraini Mansor baru sampai dan bawa hadiah bed comforter. Wah best siapa yang dapat hadiah dia. Lepas sessi bergambar beramai-ramai,  aku pun chau lah sebab Aini dah buat calling. 

  Hadiah yang aku dapat. daripada Sister Norhaliza Hj Yahya. Mudahan Akak tu murah rezeki. Bagus hadiah dia Thankyou sis. 2 dalam 1 tau walaupun bangle tu aku tak muat. hahahaha


                                                     Aksi spontan semasa bergambar.

   Akhirnya walaupun kali ni aku rasa macam tak best je join tapi alhamdulillah lah ada 2 - 3 akak yang aku kenal. Masa dah on the way cuba call Aini rupanya dia dah sampai Jambatan Muar manakala aku baru nak balik rumah. Kiranya Aini tak jadi lah singgah rumah mak. Dah macam tu aku terus je lah balik. Nasib baik ada excuse nak balik kalau tak entah pukul berapa habis.

  Dan rupanya ada cerita disebalik cerita setelah aku dah sampai KL ini disebabkan retetan pasal hadiah, ada orang meluahkan ketidak puasan hatinya. Ialah masing-masing bagi hadiah dengan niat ikhlas nak bagi kat orang lain tapi ada setengahnya buat gurauan lah pulak. Jadi bengang lah orang yang menerimanya malahan bukan 1 tapi 2 orang terima nasib yang sama. Ada akak tu dapat hadiah yang berbungkus cantik tapi didalamnya rupanya benda terpakai yang dah nak di buang pun. Malahan balutan didalam pun mengunakan plastik bekas bawang dari Tesco Bukit Indah. Akak tu benganglah dan luahkan dalam FB. Rupanya Kak Zarinah dan Kak Noraini pula bagi hadiah tapi tak dapat hadiah pula. Nasib baik Kak Kursiah bawa hadiah banyak dari UK adalah juga cenderahati. Yang Kak noraini pula hairan ada seorang tu mula-mula terima hamper selepas tu bawak comforter yang dia bagi. Berapa banyak orang tu dapat. Manakala dia tak dapat apa-apa. Rupanya kata sister tu mula-mula no lain 33 dia sepatutnya dapat no 35 dia deal balik dengan AJK hadiah kak Noraini tu no 35. Tapi kata Kak Noraini dia yang corot sepatutnya no dia lagi banyak. Bila Kak Noraini tak dapat hadiah Kak Taizah bagi tahu dengan Kak Min, Kak Min bagilah hadiah dari Oxford. Memang bila bab bagi hadiah tu aku pun hairan dan muskil sebab ada nama yang naik tapi tuan tak ada. Akak aku walaupun dah bayar dia tak bagi hadiah, aku pun tak ambil hadiah untuk dia pun kecuali hadiah teka- teki yang Kak Taizah bagi.Aku cuma ambil doorgift je sebab dah bayar. Lagi pun aku nak ambil Bahulu Gulung yang order dengan Kak Taizah. Emmm bila tenguk acara kali ini lain kali rasa malas lah nak join. Tapi mengenangkan Kak Kursiah yang datang jauh kadang tak sampai hati juga. Emmm entahlah tenguklah tahun depan macamana.      

4 comments:

  1. wah seronok kawan aku ni.....sorry la not, hari tu kan jem......aku faham ko mesti lambat, aku dah berhenti depan rumah ko, tapi tengok keta ko tak de, confirmla ko belum balik...adik aku pesan jgn guna jambatan kedua sebab dia pun tak dpt gi rumah pak sedara bini dia yg buat kerja kawin hari tu sebab jem gila2....bila aku cakap nak singgah rumah ko, Am ok jer, tp tak de rezeki nak jumpa ko, apa nak buat...kalau aku kata nak join ko reunion tu confirm dia tak bagi punya.....hmmm..kitorang balik awal sbb malm tu Am ada mesyuarat Agung UMNO n JKK. aku pun ikut sekali...nanti aku cerita la pengalaman mesyuarat UMNO ni...tak pasal2 aku terlibat lak...

    ReplyDelete
  2. Emm kali ni kureng lah... aku macam orang terasing je rasanya. NAsib baik ada 2 - 3 org kawan akak aku yang aku kenal join depa je.

    Diorang lambat sangat lah... padahal banyak masa menanguk je tanpa apa2 aktiviti. Bengang aku menunggu.

    Ala biasakler muor kalau time raya memang jem sebab ramai umatnya yang balik kampung termasuk lah aku.

    Amboiiiii dah jadi orang politik nampak... chaiyok chaiyok

    ReplyDelete
  3. cantik la ko punya peace tu....dah baik lom? ke masih buat peace cam tu lagi la ni?

    ReplyDelete
  4. Sudah semakin sembuh tapi masih berbandage lagi... ngilu lah sebab kuku dah habis tanggal huhuhu

    Posing gaya baru hehehehe peace no war

    ReplyDelete