Day 4 Lokasi 15 - Namdaemun (Brooch and souvenir)
Assalamualaikum semua,
Hah kita sambung lagi jenjalan ke seoul ya. Kali ni dah masuk hari ke 4. Pagi nya kitaorang pi ke tempat yang paling murah kalau shopping iaitu Namdaemun. Memang rambang mata sungguh lah kalau bawak juta-juta won memang syiok shopping. Adeiii biasak le kan orang pompuan, shopping tu satu terapi yang paling best. Namdaemun ni tempat dia besar dan banyak kedai. Ala-ala macam pi Nilai gitu tapi bangunan yang kami pergi ni aku tak pasti ada berapa tingkat tapi port untuk berjumpa setelah shopping merupakan macam jambatan aka koridor yang menyambung antara satu bangunan dengan bangunan yang lain. Yang bestnya kan kalau satu floor tu dia jual perkakas sudu garpu hah semuanya jual benda ala tu dan kalau satu floor tu jual brooch hah semua brooch cuma nak pandai cari port untuk menawar yang murah. Macam pusat memborong je. Brooch korea memang menawan sampaikan aku dan kak Jal jadi rambang mata. Nak beli yang jenis besar kos ciput jadi beli yang aku berkenan jelah. Tapi rupanya ada satu brooch tu aku beli sederhana besar je tapi dia punya kilauan dan brooch besi dia memang mantap. Rasa rugilah pulak tak beli dengan banyak. Nampak gaya kena pegi lagi ni tak puas dong ah.
Kiri dan kanan merupakan pelbagai kedai yang menjual pelbagai jenis... huhuhu rambang mata
Kitaorang tersadai lama kat kedai cenderahati awek korea ni. Macam-macam cenderahati korea yang kalau ikut hati nak borong semua. Beg kain lah, kipas tangan lah, keychain buatan tangan lah huhuhu syiok. Dek kerana syiok shopping aku terlupa nak ambil gambar masa pi kedai sudu garfu dan kedai brooch. Sudu korea kalau tenguk dalam kdrama memang panjang sikit dan kualiti dia memang bagus. Ada member kirim satu dozen tapi aku lupa nak beli set sudu dengan garpu untuk diri sendiri. 1 sudu dalam harga 1 won lebeh kurang Rm2 masa tu. Baru-baru ni aku beli kat kedai korea kat Ampang park harganya Rm 3 untuk satu sudu. Sudu dia yang panjang tu bagus kalau nak kacau air dalam teko yang tinggi. Sudu stainless steel tau memang bagus. Cantik bersinar-sinar. Emmm nampak gaya memang nak kena pergi korea lagi lah terutamanya kat Namdaemun ni sebab tak puas membeli belah. Kali ini musim bunga pulak tentu cantik kan.
Ada adegan bengang tahap bosan menunggu telah terjadi semasa kat Namdaemun ni. Sebelum berpecah membeli apa yang kitaorang suka, Nazmi dah cakap tunggu kat koridor tu pada sekian-sekian jam. Jadi bila dah puas dapat beli cenderahati, brooch lagi, sudu yang kawan kirim dan bila masa dah tinggal sikit kitaorang pun tunggulah port yang telah disarankan. Ada 2 orang masih tak sampai-sampai. Nak call ada yang tak tahu nombor sebab tak kenal dan ada yang tak buat roaming. Menunggu kut depa sesat ke apa ke. Kesian kat Nazmi melilau mencari. Sekali ada yang dapat contact rupanya depa dah tunggu kat bawah tempat jalan masuk ke bangunan tersebut. Lorrrr janji macamana.. depa buat rancangan sendiri je. Merungut-rungutlah member yang menunggu dek kerana masa yang terhad tak puas beli lepas tu dok buang masa menunggu orang mana tak anginnya kitaorang semua, hanya kerana menunggu orang lain yang sebenarnya dah tunggu kat bawah. Hish diorang ni..... kalau ia pun ikut je lah cakap Nazmi, bukannya kat malaysia yang boleh tunggu kat mana-mana.... kang sesat kang dah tak tahu mana nak cari. Dah kecoh tu aku terlupa nak beli rumpai laut yang diaorang jual macam cookies. Murah kat Namdaemun. Sedap tau. Iejay lagi best siap beli periuk korea yang comel. Tapi yang tak tahan tu dia kata nak masak maggi dalam periuk comel tu. hahahahahaha Apa-apa ajelah Iejay.
Ni kedai cenderahati, kalau nak beli set sudu garfu dan chopstick pun ada, cantik-cantik tapi aku tak pasti harga berapa? Ada yang berpack-pack beli sampaikan kena adjust beg semasa nak balik... hehehe dah tentule overbagasi tu. hehehe
Ni pun geram je tenguk tapi tak beli sebab budget dah ciput. Tinggalkan duit nak beli kain cotton je. Untuk sovenir memang dah cukup dah apa yang nak dibeli buat kaum kerabat kat kampung.
Cenderahati yang terukir pelakon dan penyanyi kpop yang popular pun banyak. Macam kedai ni... macam-macam gambar artis dia. Kalau yang minat boleh beli. Tapi memang meriah sungguhlah kedai-keai kat Namdaemun ni.
Ni lah port yang kitaorang kena tunggu setelah melilau bangunan kiri dan kanan. Hah tenguk tu dah berbondong2 shopping.
Penuh semua tangan hehehe, posing di depan bangunan Namdaemun.
Sambung Bhg 2
Salam, izinkan saya follow blog. Newbie lagi dalam hal berblog ni.
ReplyDeleteBestnya bercuti kat korea.
Salam..berziarah di sini..
ReplyDeleteNamdaemun Market memang best..macam-macam ada..
Salam Jea,
ReplyDeleteSelamat berkenalan. Wah jea punya trip lagi best dari akak. Teruskan update ya.
Salam nohas,
Ya betul macam-macam ada. Jom pi lagi