Wednesday, November 13, 2013

Novel Yes Boss akan di dramakan



Assalamualaikum,

  Yeh latest news yang aku terima dari eila, novel dia akan didramakan dan heronya nak tahu siapa? Apa lagi kalau tidak jejaka diatas si Fahrin Ahmad. Aku yang baca kat Fb wall eila pun dah jadi teruja pulak nak tunggu Yes Boss kat TV3. Siapa yang belum ada novel yes Boss ni hah jangan tangguh-tangguh dapatkan kat kedai buku secepatnya ya.  Heroinnya kalau tak salah Emma Maembong.

  Cerita Yes Boss ni best dan kiranya novel Eila yang laris jugalah selain daripada Baju Pengantin Mak Andam dia, novel yang pertama. Kalau sesiapa yang dah baca novel Eila dan suka kepada konsep kelakar romantika de amore hah memang sesuailah. Bagi aku yang dah baca semua tulisan Eila memang suka dengan konsep tulisan Eila yang kadang-kadang kelakar, kadang-kadang romantik kiranya kalau baca kadang boleh sengeh sendiri.

Kat sini ada sinopsis ceritanya yang terdapat di belakang novel tersebut. Boleh rujuk ke blog kakinovel  untuk nak beli online dan sebagainya. Kalau nak baca blog eila pun boleh juga, boleh pergi ke blog penulis Areila Sahimi dimana terdapat sedutan enovel yang telah dihasilkan. Mula-mula melalui enovel dahulu bila dapat sambutan baru hantar pada penerbit Kakinovel untuk di terbitkan. Selalunya eila letakan sikit je cerita-cerita yang dia nak jadikan novel. Yalah kalau dah semua tepek kat blog nanti orang tak nak le beli novelnya. Sedutan sikit cerita je pun dah boleh buat kita meroyan kalau dapat baca sampai habis lagi le masyuk hehehehe ni bagi peminat novel lah seperti aku dan geng ulat buku yang lain. Kalau dapat cerita yang best memang tak sabar kalau kata penulisnya akan diterbitkan tak lama lagi. Sebab nak tahu endingnya macamana. Adakah hero dapat heroin dan macamana masalah yang timbul. Dan apa jadi dengan watak antagonisnya adakah dapat pembalasan dan sebagainya lah. Tapi selalunya happy ending lah.


Sinopsis:

Tak sesuai bekerja di Pizza Hut, Aryana masuk McDonald’s. Tak sesuai di McDonald’s dia pergi pulak ke Jaya Jusco. Sudahnya setiap tempat tu pun paling-paling lama pengalaman yang berjaya dikutip adalah selama dua bulan sahaja. Bukannya dia koman sangat. Lulusan universiti tu… tetapi nasib tidak menyebelahinya terutama sekali ketika sesi temu duga pegawai kerajaan.Berkat ‘kabel’ mak ngahnya di Wisma Alam, Aryana akhirnya berjaya menjawat jawatan setiausaha di situ. Sangkanya dia bekerja dengan Datuk Maarof, rupa-rupanya dia adalah setiausaha kepada Ilham Irfan, anak Datuk Maarof. Pulak tu, Ilham merupakan kasanova yang punya ‘stok’ edisi model keliling pinggang.Selain menjalankan tugas rasmi seorang setiausaha, Aryana juga dikehendaki menjalankan tugas ‘tak rasmi’ seorang setiausaha. Kena cover line untuk bosnya setiap kali bosnya mengular, juga ketika teman-teman wanita bosnya merajuk, perlu dipujuk dan sebagainya. Setiap arahan bosnya wajib dijawab dengan:- Yesboss! Pening kepala Aryana meladeni setiap kerenah bosnya itu. Tetapi, boleh pula Aryana bertahan dengan sikap bosnya itu, hinggakan mereka semakin rapat.Hati dan perasaan… siapalah yang dapat mengawalnya…. Dalam diam, Aryana telah jatuh hati dengan bosnya tetapi dipendamkan sahaja. Dia sendirian makan hati dengan sikap hidung belang bosnya itu.Dan bila Aryana tiada di sisi, Ilham mula terasa kehilangan. Tatkala dia sedar bahawa dia memerlukan Aryana lebih daripada seorang bos memerlukan setiausaha, dia terpaksa pula berdepan dengan mantan mat rempit di kampung Aryana yang kini sudah bertukar menjadi tauke bengkel dan kolam ikan keli.Berjayakah Ilham menambat hati Aryana yang sedia terluka dengan sikapnya yang hidung belang itu? Bagaimana pula dengan Aryana? Siapakah yang menjadi pilihan hatinya? Bosnya ataupun mat rempit otai yang telah berubah menjadi ikon belia berjaya di kampungnya itu?


Jangan lupa ya Insya Allah tahun depan sebab sekarang baru pilih pelakon belum lagi pilih lokasi dan pelakon-pelakon lain serta skripnya macamana. emmm tak sabarnya aku menunggu.

4 comments:

  1. wahh..baca sinopsis pun dah rasa best. Sokong sangat novel yg bagus difilemkan..boleh compete dgn drama Korea..sinetron dah tenggelam..

    ReplyDelete
  2. Sinetron banyak sangat episod daripada teruja nak tenguk bila dah meleret cerita,last-last maleh dah nak tenguk.

    Kat Tv9 sekarang ni ada cerita baru saranghae i love u hasil kerjasama korea dan indonesa. Ok juga ceritanya.

    Sekarang memang sedang trend novel di dramakan. Tapi sebagai peminat novel ada novel yang di dramakan ok dan kadang ada yang huh tercampak jauh dari cerita asal.... huhuhuhu sabor je lah.

    Tapi Love U Mr Arogant memang sweet sangat dan dikatakan paling best novel yang di dramakan sebab pelakonnya pandai mewarnai wataknya sehinggakan yang menonton jadi seronok. Sebenarnya kesian juga kat penulis novel tu sebab kalau baca novel taklah best sangat tapi disebabkan pengarah, penulis skrip dan pelakon-pelakonnya pandai mewarnai drama tersebut jadilah rating episod akhir paling tertinggi di Tv3. Walau bagaimana pun kena tahniah juga pada penulis sebab kalau dia tak tulis novel tersebut takdelah penerbit nak dramakan.

    ReplyDelete
  3. syasya khaliqah, slot apa tak pasti tapi katanya ditayangkan pada hari sabtu petang. Apa pun kita tunggu berita terkini hiburan sensasi.

    ReplyDelete