Ciptaan tuhan begitu indahnya dan betapa besarnya Kekuasaan NYA. Hanya insan biasa yang tidak sempurna namun punya hati dan perasaan. Hanya saje suka-suka di samping sentiasa bersyukur dengan kurniaan NYA.
Monday, January 27, 2014
Resam Orang Malaysia
Assalamualaikum,
Pernah kena soal macam-macam tak? Ala kalau orang perempuan mesti kena punyalah. Apa lagi kalau pergi kenduri kat kampung. Kena terjah macam-macam soalan dengan orang kampung. Terutamanya bila bab kahwin. Huhuhu seriau je perasaan bila kena soal macam-macam. Macam perumpamaan kata atas tulah. Baru kerja dah kena tanya dah ada boyfren. Nampak je kita jalan dengan lelaki lain, mesti kena tanya boyfren ke? Bila nak kahwin? Dah kahwin kena tanya bila nak ada anak? Hish hish banyak sungguh minah kepochi kan?
Adalah jiran akak aku eh bukan bekas jiran sebab dia dah pindah dah. Dia selalu sibuk pasal anak dara orang lain. Anak buah aku semuanya dah besar-besar dan ramai yang lelaki dan ada sekali tu baru dapat kerja kat KL. Jadi rumah akak aku kat Ampang ni lah yang jadi tempat menumpang almaklumlah datang dari kampungkan. Jadi bila dia nampak orang lelaki tiap-tiap petang naik motor, balik rumah akak aku, panjang kepalanya meneropong maklumlah selang 1 rumah. Sibuk dok tanya jiran depan rumah dia tu iaitu Kak Nora siapalah lelaki yang dok hari-hari keluar pagi balik petang dok rumah akak aku. Sekali kata Kak Nora, anak saudara Akak akulah. Nasib baik akak aku dah cerita dengan jiran depan rumah yang baik dengan dia kisah anak buah kita orang dapat offer kerja KL. Ok lah senyap Makcik kepochi tu.
Lepas tu anak buah aku yang lain pulak iaitu anak Kak Jal yang kat Tangkak dapat kerja kat KL. Yang tadi aku cerita tu anak Kak Nong yang kat melaka. Dia kerja 2 bulan je lepas tu minta tukar melaka dan kebetulan ada kosong kat Melaka dapatlah balik melaka. Ok yang ni pulak anak buah aku Emi anak Kakak yang kat Tangkak pula. Dia menumpang sekejap je sementara dapat rumah sewa. Macam tu juga lah Ex jiran akak aku tu meneropong dan panjang je kepalanya. Sibuk menanya jiran-jiran akak aku. Kalau nampak anak dara kak Nora tumpang kereta kawannya yang lelaki pergi kuliah, sibuk je menanya padahal orang tu tumpang nak ke kelas je.
Tapi bila bab diri Ex-jiran akak aku tu huh lagi teruk. Dia ada 3 orang anak iaitu yang tua lelaki dan yang dua lagi perempuan. Masa anak dia yang sulung baru bergirl fren, rajin girfren dia datang rumah jiran tu. Aku namakan dia kak N. Sampaikan bertunggu bertangga kat rumah Kak N tu sampaikan cuti semester sanggup tak balik rumah mak ayah dia malahan tidur rumah Kak N tu sampai habis cuti. Sanggup jadi tukang basuh baju tukang masak kat rumah orang lain. Tu pun kadang terdengar juga boyfren dia marah budak perempuan tu kalau silap sikit. Nasib baik lah mereka berkahwin bila dah budak perempuan tu dah habis belajar dan menyewa sebelah rumah akak aku sebelah kanan rumah. Rumah Kak N tu sebelah kiri selang sebuah rumah orang lain baru rumah Kak N. Ya allah pekak telinga kita orang yang kat dalam rumah ni bila dengar Mak Mertua memanggil menantu kesayangannya. Dah makan ke belum dah masak ke belum. Kalau belum masak mak mertua ajak makan. Kita orang yang tengah-tengah rumah ni emmmm kena sabar banyak-banyak dengan kerenah mak mertua baik sangat terlampau. hahahaha
Ok tu hal anak lelaki. Lepas tu anak perempuan dia yang no 2 tu kiranya pandai lah sikit dari abang dan adiknya sebab dapat masuk UITM Segamat. Siap belikan kereta Kembara hadiah sebab cemerlang. Kesian bapa dia kena cari duit nak belikan anak kereta. Pukul canang satu taman anak dapat belajar kat Universiti padahal anak-anak Kak Ros tu lagi pandai daripada anaknya sebab belajar kat Sekolah Asrama Penuh bukan seorang malahan 4 orang anak dia. Tapi kak Ros cool je. Tak pernah pukul canang satu taman.
Kali ni yang perempuan tu lagi teruk bila mula dah ada boyfren. Macam yang pertama juga bila declare bercouple je si boyfren pun mula bertunggu-tangga kat rumah Kak N. Yang kita orang heran tu kenapalah suami Kak N dan Kak N biar je anak-anaknya bebas keluar masuk dan tinggal serumah. Nasib baik juga kahwin. Kalau bocor sebelum berkahwin hah mana nak letak muka. Yang Bungsu pun sama walaupun tak berapa pandai sikit bila ada boyfren je mula bertunggu tangga si lelakinya kat rumah Kak N. Yang kita orang pelik tu kedua mak dan bapa buat macam benda tu biasa je. Padahal masa time akak aku, anak saudara tumpang tinggal pun dah bising padahal kalau nak tangkap khalwat pun bukannya akak aku boleh kahwin. Mahram kan? Tu pun anak saudara aku tu petang je balik rumah dan hari minggu balik kampung. Kiranya tumpang untuk tidur je. Satu lorong jalan 17 hanya memandang je perilaku anak-anak Kak N tanpa dapat menegur kerana kalau di tegur huh gegar satu Taman sebab suaranya kuat. hahahaha. Bayangkan melalui pagar rumah yang selang 2 pintu je dia boleh bersembang dengan menantunya bagaikan dekat sebelah rumah je. Tak ke kuatnya suara dia. Kita orang kalau dengar je suara dia huh terus pening kepala. hahahaha. Nasib baik dah pindah Bangi ikut anak yang no 2 bila dia jual rumahnya semasa nak kahwinkan anak dia yang bungsu.
Kesimpulannya biasanya orang kepochi ni kalau hal orang lain memang kecoh satu dunia tapi kalau kena diri sendiri yang buat semuanya betul walaupun ianya salah tetap dia kata betul. Kalau terjebak pun dia tetap kata orang lain yang buat pedajal diri dan keluarga dia padahal setiap yang berlaku adalah akibat dari perbuatan dia. Jadi orang macam ni jangan di layan biarlah dia terjun dengan labu-labunya. Asalkan kita bahagia dengan kehidupan kita teruskan lah jangan di layan manusia seperti itu.
Hidup ini terlalu singkat untuk dihabiskan dengan perkara yang remeh temeh seperti itu. Lagi pun kita kena faham qadha dan qadar kehidupan. Setiap yang berlaku kadang sudah tertulis kehidupan kita begitu. Biarlah jalan kehidupan kita yang seterusnya sentiasa mencari Redha Allah dan semuga segala amalan kita Allah berkati dan rahmatiNYA. Yang penting siapa kita di mata Allah bukannya siapa kita di mata manusia.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
assalam notie mrk yg kepoh suka ambil tahu sgt hal org lain biasanya suka mmbesarkan perkara benar kpd tidak benar. Dan pabila Allah mengujinya dgn perkara keji yg diperkatakannya selamba saja menghadapinya dgn muka tak malu...
ReplyDeleteOh..dialah yg jual rumah sbb nak kahwinkan anak tu ya..
ReplyDeletememang ada ibubapa mcm ni, tak kisah bf/gf anak keluar masuk rumah..tak faham betul..
Sis Paridah... tu lah kan kadang rasa macam mereka tu fikir macamana ya sampaikan tak dapat bezakan kebenaran dengan yang batil. Apa pun semuga kita dijauhkan dari bertemu dengan manusia seperti itu.
ReplyDeleteNohas,
haah dia lah tu yang selalu bikin havoc kat taman akak saya. Bila dah pindah aman damai rasanya penduduk taman. hahahaha Entahlah kadang tak paham dengan keluarga macam tu.
Bila kita dalam kesusahan dan kesempitan duit takder pulak orang nak bertanya...huhu
ReplyDeleteBUnda ya betul... lagi nak juah ada lah pulak takut kita nak pinjam duit dia. hehehehe biasa lah donia
ReplyDelete