Tuesday, January 21, 2014

Korea 2011 Day 5 bhg 2

Day 5 Lokasi 20 (Studio KBS)

 Assalamualaikum,

Aduhaiii dah masuk 2 tahun N3 Autumn seoul tak habis2 lagi, apasal lah liat bebenor nak habiskan cerita pi jenjalan laaa ni.. Tenguk orang lain berdesup-desap buat N3 copek jo siap. Aku ni huh memang naik beca roda 3 sungguh, terkemut-kemut dok nak mengarang cerita. Sampaikan dah banyak lupa. Ok lah jom asyik melalut je entah bila nak siap. Jom kita pi seoul lagi..... jom jom jom 

Lokasi sebelum ni iaitu setelah melawat Pulau Nami dan seterusnya dah siap makan serta solat semua kat Itaewon, ialah KBS studio. Pencinta Kdrama memang teruja, apalagi semua geng peminat fanatik Kdrama, sampaikan akak aku yang tak minat cerita korea, balik je terus tersampuk minat nak tenguk cerita korea pulak da.... hahahaha adiknya dah perayat akaknya, sampaikan pi bawak ke lokasi drama lagi. Adik Yana satu-satunya member lelaki dalam group selain dari agent travel iaitu Nazmi, kitaorang tenguk dia pun dah macam lelaki korea lah pulaknya. Fesyen baju serta rambut pun dah stylo macam kpop.   


 Ni lah studio KBS, yang mengeluarkan berbagai-bagai drama korea. Winter sonata adalah salah satu dramanya. Masa kali pertama kami pi korea tahun 2008 dulu, kita orang pi tempat drama terbitan MBC iaitu Jangeum atau Jewel of the palace. Best tempatnya sebab ia adalah cerita drama zaman dahulu jadi penempatan lokasi itu merupakan perkampungan korea zaman dahulu. Cerita dia pun best walaupun lama tapi seronok menonton dan tak jemu. Bagusnya cerita tu sebab daripada situ kita boleh tenguk bagaimana penyediaan makanan zaman dahulu yang penuh dengan tradisi korea. Malahan bumbunya yang disimpan beberapa tahun didalam tempayan nampak begitu enak bila ianya digunakan mengikut jangkamasa yang sepatutnya ia digunakan.Tapi betullah cara penyediaan makan tradisi korea begitu berseni. Cewah dah melalut lah pulak aku ni. Ok kita jalan dulu



 Ni ada disediakan set untuk posing dan terus masuk dalam tv.... yeahhh kunun- kunun artis kanak-kanak ribena gitu, tak nampak ke backgroundnya cerita kanak-kanak. tu posing ala-ala manja dengan kak uda gitu


Lepas tu kita orang di bawa ke sebuah bilik melihat drama 3D ke 4D aku dah lupa tapi kena pakai spek khas untuk menontonnya... penuh bilik yang comel ni dengan geng kitaorang... dengan riuh tak cukup mulut bercakap lagi, menonton tapi riuh rendah mulut masing-masing bercakap, nasib lah depa tak sound marah-marah... yang penting riuh rendah enjoy the show

Lepas tu kami di bawa ke sebuah studio rakaman bagaimana suasana pembaca berita bertugas.. hehehe kononnya nak jadi pengacara tapi hualaaaa kaku mak aiiii.... almaklumle masuk tv uuuu hehehehe
                     Kaku kooooo emmm memang tak ado gaya jadi pemberita la weii keras kejung


   Winter Sonata yang menyebabkan Kdrama meledak-ledak kat Malaysia dolu. Kiranya pencetus Kdrama kat malaysia. Dia yang best tu sebab iringan muzik dia memang sedap di dengar. Tenguk cerita dia walaupun kita tak faham kecuali ada sarikata dibawahnya tetapi hanya dengan ayat-ayat sedih serta iringan muzik yang mendayu-dayu sedih membuatkan kita sebagai penonton merembes-rembes ayaq mata gugur. Tak payah lah pelakonnya melalak-lalak mennagis hanya dengan ayat-ayat sedih je penonton pun turut sama menangis. huhuhu. Drama queen sungguh. Lepas tu lokasi pengambarannya yang cantik serta indah. Korea pandai memperdagangkan lokasi drama mereka yang terkenal menjadi ikon pelancongan.

Dulu-dulu mana lah ramai rakyat malaysia yang suka melancong ke sana tetapi bila meledak drama serta Kpop menjadi kegilaan remaja Malaysia, maka berduyun-duyun rakyat malaysia melancong termasuklah aku. Lepas tu kalau nak rasa musim sejuk dengan salji dan berski, korealah yang rasanya murah dibandingkan kita nak pergi eropah ke, Banjaran Alps ke,London ke. Semua tempat  tu mahal walaupun memang mengoda bila time musim Winter. Jepun pun ok juga tapi dengan perbezaan duit yang tinggi memang mahal dibandingkan dengan korea walaupun duit won korea masih mahal tapi masih mampu lagi lah kalau nak layan winter di korea. Kalau backpackers lagi jimat kut.  


                       Autumn in my heart juga best selain dari drama zaman dahulu kala korea


 Ni drama masa kini dengan pelakon utama heroinnya merupakan pelakon kanak-kanak semasa drama Autumn in my heart yang kat atas tu.


Merata juga lah dalam KBS ni kita dibawa berkunjung. Ada macam studio dan kebetulan masa tu ada rakaman sebab terdengar bunyi lagu berkumandang. Tak boleh masuk tapi nampak melalui cermin je.


 Selesai melawat dalam bangunan KBS akhirnya kitaorang sampai kat lobby. Best lobby dia sebab banyak tv dan tempat berehat. Ada yang berposing sakan dan ada yang hanya lepak-lepak je kat loby tu. Hah tenguk lah tu kat wall berderet-deret tv dengan canel yang berlainan. Lepak kat sofa dia pun best. Cantik kan sofa dia.




 Akhir sekali kita orang posing dekat logo KBS. Walaupun tak dapat berjumpa artis, dapat singgah KBS pun dah rasa macam jumpa artis gitu. MBC pun ada juga di tempat yang berhampiran tapi sebab sebelum datang kita orang request kat Nazmi nak pergi KBS jadi nazmi kena buat oppoitment dengan KBS dahulu kalau nak datang. Bukan leh main terjah je ya tempatnya banyak yang privasi gitu dong. Oleh kerana tak buat appoitment dengan MBC takdelah kita orang pi MBC.  Sambung bahagian ke 3

2 comments:

  1. salam pagi...sukanya dpt jalan jauh sampai korea ye dpt masuk tv jadi pembaca berita lagi...

    ReplyDelete
  2. salam sis.... hahahaha tu eksyen je sis posing kunun2nya masuk tv. Konon artis le gitu. hahaha

    ReplyDelete