Jom Sarapan, mee macam mee goreng tapi halus sikit, ayam goreng, sosej dan sikit sayur kut.
Assalamualaikum,
Ok setelah lena di ulit mimpi di Hotel V3 Veni, Vedi, Vici yang terletak di Jalan Tambak, Bayan Tengah, No 17-19, Surabaya 60174, dah puas dok golek-golek atas katil sambil sembang mak limah huhuhu perut sudah berkicau riuh rendah. Pagi ni kitaorang akan check out pukul 9 pagi. Lepas tu baru pi Bromo. Pergi bilik Kak uda, depa tengah bersiap, manakala ketuk bilik Kak Nam rupanya masih lelap lagi. Oleh kerana tak tahan perut sudah berkicau ajak kak uda dan nana le sarap dulu. Kak nam mungkin sarapan lambat. Barang pun dah ready nak tunggu pukul 9 lambat lagi.
Fuh dining hall dia macam nak pi kenduri kahwin je, bersampul bagai. Makanannya simple je dan tak banyak sangat variety tapi ok lah. Malahan kita iaitu aku jadi tukang bawa serunding dan kerepek kentang. Kalau agak-agak makanan tak leh masuk, layan dengan serunding dan kerepek kentang. Tu sebagai backup untuk makan le. hehehehe Tu pun si Aatian siap order nak serunding 1 kilo. Amboiiii demand sampai 1 kilo... takdenya aku nak bawa sampai 1 kilo cukup je 2 bekas serunding dan 2 bekas kerepek kentang. hahaha kalau nak ambil, tak nak aku bagi orang lain. Banyak songeh sungguh.
hah tenguk lah Dining hall dia
Kolam ikan dia banyak sungguh ikan, manja-manja gediks gitu sebab bila kita hulur tangan je menderu-deru dia datang. hahahaha nak ngurat ek. Kalau lah ikan yang biasa kita makan emm memang aku cari jala, terus menjala lepas tu bakar. Tak pun pakai sauk je hahahaha tapi sebab ikan kaler-kaler macam ni emmm tak teringin nak makan. Tak lalu tekak den nak makan.
Hah tenguk tu aku baru je berdiri nak posing eh dia terus menderu datang.
Semalam dalam cahaya pun cantik bila dah siang lagi cantik tamannya
Semasa dah siap nak check out hotel, Aatian pun jumpa dengan kita orang. Dia kenal kan lah dengan isterinya serta anaknya yang tua lelaki. Bila tenguk isterinya kita orang terdiam dalam hati berdetik eh mudanya. Dah macam baya anaknya yang lelaki je. Aatian yang baju warna coklat dengan topi koboinya dan isterinya yang pakai baju putih hitam. Dia juga akan ikut kami ke Bromo. Maknanya dia sefamily 1 kenderaan akan terus ke Bromo manakala kami akan meneruskan perjalanan ke kepulauan Madura ikut jadual perjalanan yang di berikan dulu.
Masa berjumpa dengan Aatian ni, senyum je Kak Nam, padahal sebelum ni bukan main marahkan Aatian bila dia naikkan rega minta tambah Rm 60. Agaknya dia ada pemakai kut yelah kalau tak pakai baju kita orang dah cabut...... hehehehe
Ni gambar pelbagai event yang telah diadakan di Hotel tersebut
Hah tenguk lah tempat parking dia luas juga dikelilingi bangunan, tak pasti lah pulak rumah atau kedai. Sebab nak masuk ke hotel ni macam melalui satu terowong je.
Yang baju hijau tu rasanya pekerja Aatian juga. Sesekali anaknya jadi drebar manakala Aatian macam jadi Tuan Besar bersama isterinya, dibelakang. hehehe Macam pi honeymoon je.
Masa ni kami dah dalam kenderaan nak keluar dari Hotel tersebut. Banyak juga kenderaan pelanggan yang bermakna ramai juga pelanggan yang menginap di sini. Tak pastilah rate dia berapa. Lupa nak tanya.
Hah nampak tak bangunan yang berjalur kuning dan merah tu. Hah tu le laluan yang kami kena masuk untuk sampai ke Hotel 3V. Ya lah selalunya Hotel di tepi-tepi jalan je kali ni kena masuk terowong untuk sampai jadi memang sah le kalau pemandu kita orang pusing-pusing keliling bandar sebab tak jumpa Hotel. Kenderaan hitam yang baru keluar tu lah kenderaan Aatian.
Ni gambar hotel aku cilok dari pakcik google.
dewan makan..memang nampak mcm kenduri kahwin..hijau berkilat lak tu..
ReplyDeleteterfikir jg mcmana kak nam naik kereta tu
wah masing2 nampak happy dgn suasana penginappan yg indah n perjalanan yg ceria.
ReplyDeleteNohas...hahaha tu le pasal. Ingatkan adalah nasi minyak tapi nan ado.
ReplyDeleteSis Paridah baru permulaan perjalanan memangle semuanya seronok je.
veni vidi vici - i came, i saw, i conquered. dulu lecturer selalu sebut, letih dgr..
ReplyDeleteAatian tu mmg dressing gitu eh..hehe
Jea.. oh ye ke? Tak penah dengar pun. Tu lah yang kami pelik bila jumpa di airport. Sebelum ni ok je pakai seluar panjang. Yang tak tinggal topi koboi dan kasut koboi dia yang melentik tu.
ReplyDelete