Assalamualaikum,
Acara seterusnya yang di tunggu-tunggu ialah shuping-shuping. Pusat Batik Indah Border ni memang besar dan luas. Yang bestnya semasa masuk ke dalam semua orang buka kasut tau. Kat dalam tu carpet merah melatari lantai, siap boleh golek2 bolywood lagi. Macam-macam ada, baik pakaian dah siap, baju, jubah, tudung emm rambang mata dan sudah semestinya siapkan Rupiahnya ya buk. Apa lagi dengan pelbagai macam barangan semuanya pun dah wow je.
Berderet-deret kain bersulam, tapi sebab untuk baju kebaya emm takdele aku nak pandang. Belek-belek je.
Jubah dah siap... emmm merah sangatlah mak ngah
Hah tenguklah deretan kain... nak terbaring , tergolek sambil membelek pun boleh. hahaha Nak bergosip mak limah kat tengah-tengah tu hah pun boleh. Sambil bersila hah pilih pilih semua pun cantik-cantik.
Ni beg pelbagai patern. Entah kenapa aku pandang je tak tertarik pulak nak membeli
Dah puas belek sana belek sini tiba-tiba kami jumpa kain batik ela. Yahooo.... acara tebar menebar kain pun bermula. Habis ko bergulung-gulung kain kami buka. Nak cari yang cantik. Rambang mata ko. Hah sana cantik, tarik gulungan kain tu. Hah yang ni pun cantik juga. Tarik gulungan kain tu. Yang kelakor tu aku, kaknoor, nana dan kak uda sudah tergoda dengan kain ela yang cantik-cantik ni sampaikan kami tak perasan pun kalau kak nam sudah naik angin kat kita orang. Ya lah kita orang sikit punya lama dok membelek... dia yang tak dapat apa yang dia nak sudah tidak sabar menunggu lama. Kita orang siap belunjur kaki lagi tau. mana taknya sedap sungguh melepak atas karpet merah tu dah macam kat rumah sendiri je masing-masing punya lagak. hehehehe Kak noor tarik yang warna purple tu, aku pulak berkenan juga. Kang sat lagi kak uda tarik yang corak lain, aku pulak terkenan juga sampaikan cakap kat kak uda, takpe kak uda lain opis kalau pakai sama pun orang tak tahu. hehehehe
Hah tenguklah betapa berkechahnya kita orang punya kerja dibuatnya. Tu kak noor tak habis lagi tu membelek. Aku dah dapat apa yang aku nak, bangun le pergi bayar dulu. Sekali nampak macam kak nam dipimpin anaknya keluar dari kedai. Lah napa pulak tu. Kita orang baru belek kain ela je ni belum yang lain lagi. Rupanya kat sebelah hujung tu ada tangga ke atas tapi aku tak naik pun.
Sampai roboh susunan kain kat tepi tu. Warna biru dan merah tu sama corak tapi aku dah rambang mata nak pilih yang mana.
Dia orang baru nak membayar apa yang di beli.
Yang hujung tu corak hijau bunganya, aku beli sama dengan kak uda sebab dah kenan mata memandang. Kunun-kununnya untuk raya tahun ni tapi sebenornya kain tahun lepas baru je aku hantar kat tailor. Yang ni entah bila nak melaramnya. hehehe. Rupanya semasa kami berkechah membongkar kain tu kak nam ada juga membelek sama. Tapi dia dah terjumpa kain yang bercorak binatang terus mood dia terobang. Lepas tu pulak kami bergembira sakan membongkar kain sampai terlupakan dia, jadi dia sudah tidak sabar. Padahal kak uda dah ngajak dah tapi dia dah kebosanan tidak mendapat apa yang dikehendakinya. Lepas tu pulak a Davit kata kedai ni adalah yang terakhir untuk shoping, sebab lepas ni pi Bromo, Batu dan Malang tiada lagi agenda shopping. Apa lagi mengamuk la Kak nam tu, menangis-nangis sampai nak keluar kedai. OOOO patutle aku ternampak anak dia pimpin Kak nam keluar kedai padahal dalam hati terdetik juga apasal cepat sangat keluar bukan dia nak beli macam-macam untuk adik beradik dan anak dia ke. Siap lagi katanya belum dapat belikan anak lelakinya baju lah, jubah untuk akak dia lah. Meroyan dia selagi baju untuk anak lelaki kesayangannya tidak dapat di beli. Kat kedai ni dia dapat belikan anak perempuannya. Aku tak tenguklah apa yang dia beli untuk famili dia. Kak uda lah yang memujuk supaya masuk kedalam kedai dulu sebab kita orang belum habis membelek lagi. Kak uda sampaikan sempat tu beli beg Hello Kitty, takut beg tak muat.
Aku pula yang penting aku dah dapat beli kain ela untuk diri sendiri. Sepasang tu dalam Rm 40 aku dapat. Baju dah siap selalunya aku susah nak dapat yang sesuai dengan diri jadi lebeh suka beli kain ela je. Al maklumle kita sixe 4G emm memang susahle nak dapat yang dah siap punya. Jadi cuci mata je lah ye. Nak beli untuk akak-akak emmm lagilah susah takut tak berkenan je. Tapi jubah-jubah yang ada tu cantik-cantik juga cuma kainnya lembut sangat. Takut nampak pula benda yang tak sepatutnya nampak. hohoho Ialah kalau kain dia lembut sangat kat punggong tu, boleh nampak garis sempadan yang sepatutnya tak boleh nampak tau apa lagi kalau warnanya cerah. Tu yang tak berani beli yang macam-macam jenis jubah yang cantik-cantik sekarang kerana kainnya terlalu lembut sampaikan orang belakang boleh nampak apa yang tak sepatutnya. Dari nak berjubah menutup aurat jadi kelainlah pulaknya. Lama juga kat Indah Border ni dari masih terang bila keluar dah gelap.
Kami meneruskan perjalanan menuju ke Bromo. Ya Allah Pemandu yang bawa kami ni laju sungguh. Oleh kerana dah malam apa lagi tak nampak apa pun kat luar sebab jalanraya tak ada lampu jalan.Dah gelap tu apa lagi layan mata lah. Sehinggalah kami singgah makan malam di Rumah makan Bromo Asri.
Baru turun dari van, semua pun macam termangu je nak makan apa pun tak tau.
Ni menunya
Aku ingatkan taknaklah makan nasi ke apa ke sekali nampak menu Soto Ayam. Terus je order dengan jus limau. Sekali ko datang dengan sepiring nasi. Lahhhh mana nasi himpitnya. hohoho sudah salah dong. Ko ingat kalau soto tu sama macam malaysia ke kak oiiii. Rupanya lain. Aduhaiii terpaksalah makan juga. Kalu tau order mee goreng lagi sedap. Tapi masakan kat sini ada kurang sikitlah, tapi sebab dah lapar makan je. Rezeki hari ini alhamdulillah. Tu pun sikit punya lama dibuatnya. Sampaikan orang yang datang dahulu dah dapat ordernya daripada kami yang datang lambat. Aku dapat dulu sebab tak payah di goreng bagai. Kuah supnya tu dah siap tinggal ambilkan nasi je tada...dah siap soto ayam.
Ni yang nana order macam claypot gitu. Tapi kata nana rasa udang dia macam tak masak dan rasa dah lain je.
Ni mee siam kak noor order. Hah yang ni nampakle sedap sikit. Layan dengan kerepek kentang dan serunding. Alhamdulillah. Bincang-bincang pasal makan pun boleh jadi gaduh kan. Kak nam tu kalau boleh nak ikut tekak dia je padahal kami ni tekak lain-lain rasa bukan sama macam rasa tekak dia. Sebab bincang untuk makan malam besoknya, dia orang nak ke kedai Bakso. Aku dan kak noor pulak tak suka. Tapi kita orang takde le kata tak boleh ke apa. Kalau nak masuk , boleh je lah kalau ada alternatif lain kita orang makan yang lain lah, kalau takde pun kata kaknoor roti kan ada. Boleh je layan dengan tuna, sardin yang aku bawa, jadi takdelah isu tu macam besar sangat. Tapi Kak nam tu dah kecil hatilah pulak. Aduhaiii
Selesai makan kami meneruskan perjalanan menuju ke Bromo. Kita orang tak pasti masa ni samada hotel ke apa sebab dia kata Villa Ms Eko. Semasa mendaki huh pemandu ni bawa laju. Nasib baik tak nampak kalau nampak emmm mesti asyik istiffar, mengucap je banyak kali. Sebab bila dah siang baru nampak perjalanan yang kami lalui sebelumnya. Sempat lagi nampak ada perjumpaan beramai-ramai penduduk kampung. Emm macam pemilihan ketua kampung je. hehehe
masuk terang, keluar gelap..sakan nii..
ReplyDeleteseronok tengok orang shopping..cantik jubah2 yg kat patung tu..
org sakit memang emotional, sensitif..tapi dpt ke Kak Nam beli baju utk anak lelaki dia?
Nohas, hahaha idakle lama sangat sebab memang sampai pun dah agak lewat. Kan Kat sana cepat siang cepat malam. Shopping merupakan terapi minda juga. hahahaha walaupun hanya cuci-cuci mata katanya.
ReplyDeleteEh mestilah dapat tapi kat Malang le, kalau tak kita orang juga yang tak sonang hati layan omelan dia. Memang kita orang paham dia sakit tapi kadang consider lah juga perasaan orang lain bukan hanya fikir diri sendiri je.