Assalamualaikum,
Wah macam nescafe 3 dalam 1 pulaknya. Sebenarnya ni asal kejadian adalah pada 4 hb 4 bulan lepas. Tau jelah aku ni selalu je backdated punya cerita. Tak boleh on air dan - dan tu juga. Nak buat macam mana dah style aku lagu tu. Tapi ni nak habak sebenornya acara ini ialah menghadiri majlis pernikahan anak dara kak uda yang menikah di Masjid Sultan Mizan atau Masjid Besi dimana aku yang kerja kat putrajaya ni lah pertama kali masuk Masjid tersebut *nyorok muka- malunya aku* orang lain dah berjaman aku baru nak jenguk... huhuhu. Dan pada tarikh yang sama juga member dari Indon iaitu Bunga datang ke malaysia.Kiranya selepas majlis pernikahan ini kami dapat berjumpa Bunga dan lepas tu pi berjimba dan makan-makan kat Dengkil. Kiranya 1 hari penuh jadual.
Ruangan masjid didalam yang begitu luas.
Majlis Pernikahan anak Kak Uda bermula pada pukul 10 pagi. Aku dan kak noor datang awal dalam pukul 9 pagi. Sempat lah melilau dulu keliling Masjid sebelum naik tempat solat perempuan kat atas. Kita orang solat sunat dulu. Dan rupanya kat atas ada pula Lia dan Wabbit. Mereka sampai lebih awal daripada kami.
Rupanya dalam sepagi tu kata Kak uda memang banyak majlis pernikahan berlangsung. Yang nun hujung baju biru dan tudung orange tu baru je masjlis pernikahan berlangsung. Aku ingatkan keluarga Kak uda bila di jenguk seorang pun kami tak kenal dan bila talipon Kak Uda mereka masih lagi di rumah. Hahahaha salah orang, nasib aku dan kak Noor tak terus je join sama rupanya salah orang.
Pemandangan Putrajaya dari Masjid Besi. Rupanya di tepi masjid dikelilingi air.
Sementara menunggu majlis pernikahan berlangsung kita orang posing kat belakang.
Nilah gambar pengantin bersama keluarga pengantin perempuan. Anak kak uda kecik comel je. Suami dia tinggi sekali. Majlis memang berlangsung dengan pantasnya. Sampai je masjid letak barang hantaran dan sebagainya.Tukang nikah dah sedia semasa keluarga kak uda sampai. Bila Pengantin lelaki sampai je terus acara pun dilangsungkan. Sekali lafaz je anak Kak Uda dah jadi isteri orang. Alhamdulillah.
Amboiii lia tak sabor ambil buah tangan. Kak Uda sempat agihkan bunga telur buat keluarga yang datang. Selesai je Kak uda menjemput kita orang makan yang ditempahnya dengan Cafe di Masjid. Terdapat Cafe dan juga kedai di tingkat bawah.
Ala-ala mendukung bunga Telur
Comel bunga telur yang kak uda bagi
Sebahagian daripada hantaran kepada pengantin lelaki.
Sempat lagi posing
Wah macam-macam ada kat kedai sebelah cafe
Disebelah kanan itulah kawan bunga Ari dan sebelahnya adalah Bunga.
Bunga dan Ari sebenarnya dah datang pada Hari Jumaat malahan dah serata KL diorang pi berjalan dan shopping. Oleh kerana Pagi Ahad Bunga dah nak balik Jakarta jadi kiranya Hari sabtu tu sesuai lah nak jumpa. Tapi disebabkan lambat sampai, semasa kita orang beramai turun ke tingkat bawah barulah Bunga sampai. Di malaysia memang selalunya Bunga akan menginap di rumah Shima di Shah Alam.
Bunga yang manis.
Selesai makan kitaorang naik semula ke tingkat atas sebab bunga dan Ari nak ambil gambar sekitar Masjid. Bila tenguk gambar ni baru perasan si Ari kawannya Bunga begitu tinggi sekali. Selesai posing sempat lah juga solat zohor kat Masjid. Selepas tu Bunga singgah rumah kawannya di area Presint 8. Wah rumah kat situ besar-besar beb.
Yang baju hijau tepi tu lah tuan rumahnya. Aku lupa nama dia tapi lama juga diorang dah kenal Bunga. Jadi bila pergi Jakarta mesti singgah jumpa Bunga. Tuan rumah ingat Bunga je yang datang sekali hah 3 kereta tetamu datang berkunjung. Memang cantiklah, belakang rumah mengadap tasik. Tuan rumah ni kiranya berjawatan tinggi di Jabatan Peguam negara. Ari pun sebenarnya seorang peguam. Bunga dulu bekerja di pejabat peguam di jakarta tapi sekarang dah berhenti dan bekerja berhampiran dengan rumahnya.
Taman dibelakang rumah. Cantik kan? Aku yang tenguk pun rasa wah syioknya. Kat area belakang kalau ada jalan pintas boleh pergi jogging keliling tasik. Lepak tenguk bot lalu pun best.
Sempat lah juga tuan rumah sediakan minum. Tuan rumah ingat nak ajak Bunga lunch tapi sebab kita orang dah makan jamuan pernikahan Anak Kak uda, jadi semua dah kenyang. Kak uda pula jemput juga majlis resepsi di rumah pengantin Lelaki tapi kita orang rasa macam tak sempat je sebab selepas tu pi Dengkil makan cendul. Hari sangat panas makan cendul pun sodap. Rupanya Bunga singgah hantar kiriman ubat yang di pesan yang di beli di Jakarta.
Selepas tu kita orang berkunjung ke gerai ini. makan cendul. Kat sini Kak Su aka penulis Noor Suraya dan Tokeh Jemari seni datang makan bersama. Masa ni kita orang menyembang. Sebab selepas tu depa nak naik cruise kat Tasik Putrajaya sebelum Ari naik bas ke Melaka. Ari balik lambat jadi dia ke Melaka jalan-jalan pula.
Tengah ambil order.
Hari yang panas pekena cendul memang yummy.
Kuew teaw goreng basah special dengan cendul. Jom makan
Pekena pisang goreng cheese. Pun sodap
Posing sebelum selesai makan dan balik ke Putrajaya. Sebelum naik kereta masing-masing Kak su ambil barang kiriman dari jakarta. Kat bonet kereta shima kita orang bertukar-tukar barang. Walaupun hanya sehari rasa macam tak puas bersembang dengan Bunga. Entah bila lah nak pergi jakarta lagi. Boleh singgah rumah Bunga. Balik putrajaya aku jadi tukang pandu tapi asyik lah makan langsat almaklumlah jalan nak masuk putrajaya tu kan banyak. Aku pun ingat-ingat lupa. Hantar depa ke Masjid Putra sebab nak naik cruise tasik. Sampai je kat situ aku dan Kaknoor bersalaman dengan bunga. Tak join depa naik cruise sebab dah petang sangat. Kaksu dan yah dah balik terus ke Bangi selepas makan kat Dengkil. Kita orang balik je tak lama kemudian hujan lebat di area Serdang. Wah kak Noor kata entah sempat ke tidak depa semua naik cruise. Apa pun seharian tu memang best. Semuga ukhwah antara kami semua berpanjanganlah hendaknya. Aamin
Salam kak..padat jugak aktiviti seharian tu dr majlis khawin hinggalah jumpa & jenjalan dgn Pn Bunga dr Indonesia tu.. moga ukhuwah berkekalan ya..:)
ReplyDeleteWaalaikumusalam atie... alhamduillah rasanya dah beberapa tahun silaturahim ini terjadi. Fuh memang sakan tu seharian jenjalan cari pasal. hehehehe
ReplyDeletesedapnya mkn kenduri..bertemu rakan jauh n jalan2 pula.
ReplyDeleteaktiviti yg full sepanjang hari . saya masuk mesjid besi baru sekali je masa ramadhan wpun dah selalu gi putrajaya ...
ReplyDeleteSis PI memang sedap cap pangkah kan tapi yang sedap sebab makan beramai-ramai bersama kengkawan.
ReplyDeleteQaseh... akak lagi le selalu lalu je pun tak singgah ni baru pertama kli masuk... teruk sungguh
singgah melawat pagi khamis...
ReplyDeletesalam Jumaat kak :)
ReplyDeleteAtie .... amboiiii hari-hari menjenguk.
ReplyDeletedatang menjenguk lagi.. hihi.. agar tak hilang jejak...:)
ReplyDelete