Assalamualaikum,
Siapa pernah main permainan seperti diatas sila angkat tangan. Opss ada ke? Emm kalau yang lahir zaman 60an, 70an dan 80an rasanya memang pernah merasa main permainan seperti itu dimasa kecil. Masa dulu mana lah ada gadget-gadget ni semua. TV warna pun zaman 70an baru ada. TV yang besar gabak tu. Sekarang dah flat screen malahan ada astro lagi dengan pelbagai chanel boleh di tenguk sampaikan tak tertenguk. Hahahahaha pada aku lah yang tak ada Astro ni. Layan tv yang ada pun tak tertenguk. Sebelum ada tv radio lah yang jadi sumber iklan dunia. Kalau dulu-dulu ingat lagi dapat siaran dari singapura dengar cerita dalm radio. Selalunya dah masuk dalam kelambu sambil pasang telinga Aruah bapa pasang radio cerita seram. hahahahaha Ada satu pelakon ni kalau berlakon suaranya mengilai dalam radio buat kita orang yang dengar jadi seram terus tekup dengan bantal... sedar-sedar dah lolap. hahahahaha lupa lah pulak nama pelakon tu Jahlelawati ke apa...
Hah seronok main baling tin ni. Wah garang je budak yang cekak pinggang tu ke dah ready nak lari selepas baling tin. Budak dulu-dulu kurus kering je sebab seharian bermain keliling rumah sampai tak ingat dunia. Nanti dah nak magrib kena laung satu kampung mak panggil balik rumah suruh mandi. Tak nak balik lagi kena ligan satu kampung. Bila dapat je kena piat telinga. hahahahahahaha Tak pun kena libas dengan batang kayu. hahahahaha degil punya pasal. Tapi takde pula kes anak mati kena pukul mak bapa pulak ya dulu-dulu.
Hah siapa pernah main tiang galah. Kalau 10 barisan mesti dapat bayangkan berapa banyak orang yang main. Ni baru 3 barisan je. Malahan ada seorang abang tu (dah aruah pun dia), dek kerana nak lepas barisan dia pergi lompat atas budak yang jaga barisan. Apa lagi budak tu terus angkat tangan kenalah kaki dia. Terus faul game ganti pasukan lain. Emmm nostalgia sungguh ni.
Hah ni main guli. Aku tak berapa main sangat yang aku ingat main getah yang bulat-bulat tu yang kita gunakan buat pengikat bungkusan. Kalau dapat banyak getah bulat tu huh penuh kat tangan dah jadi macam gelang lah pulak.
NI seronok main tingting. Siap boleh buat rumah dalam kotak tu.
Main baling selipar. Seronok boleh baling orang dengan selipar. hahahahaha.
Tapi yang aku ingat dulu time malam raya pernah aku dan akak-akak aku main nyorok-nyorok. Masa dulu walaupun tak ada letrik tapi penuh dengan lampu pelita. Kat rumah sibuk dengan api dapur masak ketupat kat luar pakai kayu api jadi memang meriah. Suasana terang benderang sebab setiap rumah dapur dibelakang sedang marak dengan api dapur memasak juadah. Jadi budak-budak yang tak pandai lagi nak menolong memasak apa lagilah main sampai tak hengat dunia. Kita orang tak takut main sebab katanya bulan puasa hantu kena ikat tu yang berani macam apa ja main malam-malam main nyorok-nyorok. Bukan takut apa pun kena culik ke kena kidnap ke. Cuma takut bila ada Bai toncit berjualan kat tepi jalanraya bila nampak je zup zap terus balik rumah sebab kata nenek itu Bai potong kepala punya orang. hehehehehe Kesian Bai heran kenapa budak cukup takut dengan dia rupanya..... hehehehe Orang tua bagi amaran kita percaya je tapi budak sekarang banyak kali cakap dan nasihat pun buat deeek je. Dah jadi kena depan mata baru nak takut. Hish hish.
Selain daripada tu main tutup botol di pepeh sampai jadi leper. Lepas tu main batu seremban. Masa aku sekolah dulu depan sekolah ada pokok kemboja...lepas habis sekolah sementara menunggu bas datang sempatlah tibai daun pokok kemboja tu. hah apa lagi habis kasut sekolah kotor sebab main chapteh pakai daun kemboja. Kalau dah habis daun pokok kemboja pakai bulu ayam lah pulak. Alahaiiiii seronoknya mengenang zaman dolu-dolu. Aktif dan sentiasa bergerak cergas. hahahaha Sekarang emmmm makin berat punggung je. hehehehehe
Pss. Gambar-gambar dari Universiti of life
wah nostalgia lalu menggamit memori ni...
ReplyDeleteYa kak PI... teringat semasa dolu. Kenangan sepanjang hayat ni..
ReplyDeleteBest kan kalu ingat masa zaman kecik2 dulu... Tak macam budak skrg.. Lahir2 je dah ada gadget...
ReplyDeleteWah SS baru 1st time tinggalkan jejak. Kan memang rindu zaman dolu2. Kehidupan yang happy je sebab takde masalah main je seronok kan.
ReplyDelete
ReplyDeletezmn saya pun x de tv lagi . lewat 80an barulah ada letrik n taipon kat kg . bila x de tv , haruslah sebelah petang kumpul ramai2 main x ingat dunia sampai maghrib . ingat lagi , masa tu main sorok - sorok sampai dlm jamban . rupanya dalam jamban tu ada org sdg tunaikan kodho' hajat ... heheheee . klu nak cerita , mmg panjanglah jadinya nanti ...
Qaseh... hahahaha terkujat org yang tengah kodho hajat tu.... seronok kan zaman dolu2
ReplyDelete