Tuesday, June 23, 2015

Aktiviti keluarga 2015


Assalamualaikum,

Aktiviti bersama keluarga ni sebenornya dijadikan pada cuti sekolah yang lepas.  6hb jun yang lalu kita orang dapat jemputan dari Busu Mijah. Jemputan kahwin anaknya yang bungsu. Jadi last kerja kahwin, habis semua 11 orang adik beradik aku di jemputnya walaupun dia kata tak tahu nama sebenar hanya guna nama panggilan je. Jadi masa dapat kad tu tercetus lah idea balik kampung beramai-ramai buat aktiviti keluarga petangnya. Jadi tengahari tu beramai-ramai lah kita orang berjalan kaki pergi menghadiri jemputan rumah Busu Mijah. Rumahnya dekat je selang 4 buah rumah. Dulu masa kecik depan laman dia lah tempat kita orang bermain. Dan lepas makan jemputan siap lah untuk aktiviti keluarga pula. Tapi sebab mendung dan kemudian hujan sekejap, acara bermula didalam rumah. Hah kat atas tu entah apa lah Ajid dengan anak buahnya.  


Yang di belakang rupanya dibuat 3 barisan. Main teka pakai isyarat tangan dan lukisan. Macam-macam ayat keluar bila nak jawap soalan. Ada yang jawap macam tu ada yang jawap macam ni. Macam2 jawapan dapat rupanya nak lukis benda alah lain. hahahahaha

Entah apa lah yang si Fahmi nak lukis. 

Walaupun ada anak buah tak dapat join seperti dulu tapi tetap meriah walaupun hujan diluarnya.



hahaha ni akak aku yang tua melaram dengan rambut palsu yang Ajid bawa. Ada-ada je ajid ni.


Ada juga disediakan hadiah bagi kumpulan yang menang. Juga teka kacang pun ada.

Bila hujan dah teduh ada anak buah aku yang buat BBQ. Masak simple je kali ini. Ada ayam, kambing, udang, otak-otak, lala.  

Ayam panggang....  apasal lah terhangit tu

Otak-otak pun ado

 Hah tu daging kambing perapan orang rumah anak buah aku... sedap macam makan satay kambing

Udang pun ado

Bila hujan dah berhenti sessi mencabut rumput

Anak buah dan Adik aku yang bungsu sedang bakar daging

Ni mendera cucu saudara aku... hah sampai terkangkang ko nak cabut rumput

Cheh tak padan cikeding ada hati nak cabut rumput gitu kunun kuat le tu

 Last sekali acara baling botol ala-ala bowling

 Anak buah aku yang sulong ni gaya je lebih sekali tak kena pun.... apa lagi kena bantai gelak je.

Malamnya pula kami buat tahlil sedikit selepas solat magrib berjemaah bersama-sama. Abang ipar aku yang tua yang mengetuaiinya. Sempat juga selepastu ada tazkirah sikit. Dan last makan malam beramai-ramai. Akak aku yang kat melaka masak asam pedas tetel, akak aku yang tua masak sambal goreng. Lepas tu akak aku yang kat tangkak beli ubi dan rebus ubi cecah dengan sambal tumis. Alhamdulillah syukur dapat berkumpul bersama walaupun tak ramai tapi seronok lah juga. 


6 comments:

  1. ramai juga adik beradik notie ya...kalau berkumpul semuanya mesti meriah kan...pertemuan keluarga sempena menyambut ramadan kot n bertahlil sekali...bagus tu.

    ReplyDelete
  2. Sis Pi alhamdulillah memang meriah. Anak buah dah 26 orang. Cucu saudara pulak dah 27 orang. Kalau berkumpul semua memang gegak gempita suasana.

    ReplyDelete
  3. adik beradik saya 9 org . klu berkumpul cucu cicit sekali join , mmg tak muat lah rumah bonda ... ber bbq tu yg best .

    ReplyDelete
  4. Qaseh.. ramai juga tu. BIla ke dua bapa dan mak dah tak ada aktiviti macam ni sahaja yang kami selalu buat supaya hubungan kekeluargaan tidak terputus. Supaya rumah pusaka di kampung tidak sunyi bila dah jarang balik kampung.

    ReplyDelete
  5. Sekali sekala family gathering memang best...

    ReplyDelete
  6. Ss... kalau berjumpa memang seronok lagipun bukannya selalu dapat berkumpul ramai-ramai.

    ReplyDelete