Tuesday, June 23, 2015

Rindu time keje kat Bangunan Perkim


Gerai di belakang Jalan TAR


Assalamualaikum,

Bila time bulan puasa ni aku memang merindui suasana semasa berpuasa. Dari zaman kecik-kecik dolu sehinggalah bila dah tak belia lagi. hehehehe. Dengan aktiviti menambahkan pahala apa lagi aktiviti nak raya. Banyak juga terkonang semasa dolu ni. Time zaman dok asrama, zaman masa aku kat Bandar Segamat je yang tak banyak sangat memori indah untuk di kenang. Sebab masa tu kalau time berbuka lebih kepada masak sendiri. Ada tak ada pun time duduk menyewa di Lorong 2,Jalan Temenggong. Masa tu satu rumah sewa 9 orang. Semuanya kerja hospital dan seorang je kerja Bank. Meriahnya ialah bila nak berbuka... dan bila nak balik raya berhimpit-himpit naik bas. Kalau akak2 yang tak kerja shift hah memang seronoklah berbuka bersama-sama. Teringat pula kat Kak Sal, Kak Nor, kak Mar, kak Bib... apa khabar lah agaknya mereka ya.. nun kat Johor tu.

Ok kalau ikut tajuk atas tu adalah memori aku semasa bekerja di bangunan Perkim tahun 1999 sehingga penghujung 2005 sebelum berpindah ke Putrajaya. Masa tu sebahagian staff ibu pejabat KKM bekerja di situ selain daripada Jalan Cenderasari dan di Jalan Dungun. Masa tu lah memori menyambut bulan Ramadan di Kota besor KL. Paling seronok kat situ sebab dekat dengan Chow Kit, dekat dengan The mall (sekarang ni sedang di renovation) dan paling best sekali ialah mudah nak ke jalan Tengku Abd Rahman. Itulah paling best sekali menyuping time bulan puasa. Macam-macam ado ko.... tak masuk lagi Sogo. Huh memang syurga membeli-belah. Siap kan RM je lah ya.

Masa tu aku berkawan baik dengan Kak Zah dan Kak Nor. Jadi bila hari jumaat je apalagi lah berbondong-bondong pukul 12.45 orang pompuan pi Jalan TAR. Walaupun berpuasa tapi tak rasa penat. hahahahaha terapi orang pompuan time berpuasa ialah shopping.. hehehehe. Itu kata aku lah orang lain aku tak tahu. Walaupun sebenornya saje je nak tenguk-tenguk. Kat belakang jalan TAR kan ada orang meniaga macam-macam. Masa ni lah nak cari buah tangan untuk aruah mak, kain pasang baru  untuk akak-akak aku juga nak cari macam-macam lah persiapan untuk nak raya. Tapi yang aku tak boleh lupa sampai sekarang ialah beli baju klawar bertiga, cuma warna je lain-lain ikut suka masing-masing. Mula-mula tu takde lah bercadang nak beli. Sekali kak zah lah punya idea beli sama nanti boleh melaram malam raya. Apa lagi lah kita orang pun beli. Wah apa lagi kata kak zah malam raya memang posing baju klawar yang kita orang beli sama-sama. Aku pun macam tu juga. Jadi bila habis cuti raya dah naik keje berceritalah. Kekeke kita orang ketawa bertiga. Rupa-rupanya memang kita orang bertiga melaram baju klawar baru malam raya tu. Cuma masa tu takdelah wassap ke facebook ke boleh tayang kat kak zah dan kak nor yang beraya di Ipoh.

Lepas tu  ada sekali tu memang musim panas... emm tahun bila aku lupa. Kebetulan pula masa tu aku dan kak zah yang dah raya dulu. Misinya ialah  mencari baju raya untuk mak dan mak mertua kak zah serta aku untuk aruah mak dan akak-akak aku. Sekali sampai kat kedai Hari-Hari. Tak tahan sangat haus kita orang beli air tin, lepas tu konon-konon nak mencuba baju raya yang dah siap. Aku dan kak zah masuk berdua...  Kaknor tunggu kat luar... nak tau apa kita orang buat.... hahahahahaha dah tentulah minum air tin kat dalam tu... opss hehehehe bila keluar, masing-masing cergas balik nak menyoping. Yang kita orang tak tahan nak gelak ada sales girl yang berkerut dahi tenguk sekali masuk sampai 2 orang... hahahahaha rupanya curi-curi minum.... panas beb. hehehehe bila teringat nak gelak sorang-sorang. Puasa yang yang yok anak bulan dah nampak dulu. hehehehehehe

Ada sekali tu sampai terlupa nak balik opis dek kerana mencari barang nak raya tak jumpa-jumpa. Sekali hah ko sampai kat opis dah nak masuk pukul 3. Big boss aku masa tu Dr Lailanor dok sengeh je tenguk anak buahnya shopping sakan. Dah lah masa tu meja kita orang bertiga sederet je berdepan dengan bilik Boss. Nasib baik dapat boss sporting.... sori boss.    

Gerai belakang Jalan TAR


2 comments:

  1. dah lama x jenguk jln tar . tak sanggup sebenarnya nak redah situ shopping raya . susah nak cari parking . tapi TAR mmg best utk shopping . mau satu hari klu pi situ . duit pun laju je mcm air ...

    ReplyDelete
  2. Tu lah rindu shoping kat sana. Dolu sangup lah ni huh dah tak kuasa nak bersesak-sesak macam tu. Ada kes kawan saya kena gores beg dia. hish hish sian dia. Cepat betul buat kerja sebab saya ada bersebelahan dengan kawan saya tu.

    ReplyDelete