Monday, December 21, 2015

Bingkisan special dari orang yang special

Assalamualaikum,

Wah ayat tu macam lah aku ada orang yang special. Tapi apa pun keluarga dan teman-teman serta pembaca blog aku yang hanya kalian sahaja yang mengetahui semuanya special di hati aku.  Sebab aku sayang kamu, kamu dan kamu. Muah muah muah. Big Love to Uoulss.

Ok balik kerja petang selasa hari tu ... jenguk petisurat eh ada sampul coklat. Bila di ambil wah nama aku. Siapakah gerangan yang menghantar surat ni. Dalam hati berdebor-debor kut peraduan aiskrim yang aku masuk dapat dah keputusannya. Mudahan ada rezeki. Ya Allah. Mana lah tahu dapat pi Paris ke Osaka ke Maldives ke.... Mudah-mudahan murah rezeki hari ini. Aamin.

Sekali hah senyuman manis je tersembul di balik sampul surat. Yeh adik tersayang aku bagi. Hari tu masuk contest dia   kluangman ngopi lepas tu ada lagi  Peristiwa mid level escalator. Tak sangka pulak ada oleh-oleh kecil pemberian dari Orang JB. Alhamdulillah mudah-mudahan murah rezeki dia.



Tada...... ni lah dia siapa tak kenal Scdha Shein... pi blog dia memang havoq selalu rumah SS ini. Apa lagi kalau ada JariManis yang memang manis orangnya yang juga peminat pink. Rumah JM ni aku tak boleh nak masuk kalau tension kerja nak jenguk rumah dia time opis hour sebab kena block. Ada unsur-unsur apa tah didalamnya padahal cerita travel je. Macam juga rumah Ss ni banyak cerita travel. Almaklumlah kan ekonomi kadang tak semenggah seperti orang lain jadi dapat tenguk tempat orang melalui kacamata orang lain pun dah bagaikan berada di tempat tersebut. Jadi tu yang rajin merayau di alam maya mengembara bila mata aku dah penat dengan kerja.    



Tada.... Abang hensem terlajak laris ko... hahahaha


Oleh-oleh dari Xian dan singapore. Toche toche 


Tapi yang bestnya sampul tu kreatif sungguh dibuatnya. Memang tangan seni sungguhlah. Kalau aku entah apa-apa lah aku tenyeh. Tampal sana tampal sini akhirnya masuk tong sampah sebab tak cantik. hahahahaha.

Buat Ais Ais Baby (aku suka panggil dia gelaran ini) macam lagu orang puteh tu. Terima kasih daun keladi akak ucapkan. Semuga Allah memurahkan rezeki SS dan mempermudahkan segala keperluan SS. Semuga segala harapan dan impian SS Allah makbulkanlah hendaknya. Semuga Allah lindungi dan rahmati SS walau dimana jua SS berada. Aamin

Cayang 100000 juta kali. Muah muah muah untuk semua. Cayang SS dan Uouls semua.      

12 comments:

  1. tahniah notie dpt hadiah drpd shbt2 blogger ntah bila kak dpt beri hadiah kpd notie n kwn2 blogger yg baik ni...harapnya tahun 016 ni boleh kot..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah rezeki kak. Mudahan tahun 2016 juga membawa rezeki yang banyak untuk akak PI. Aamin

      Delete
  2. Sengih2 kupang baca entry ini... He He He...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba demo camno sengih kupang tu. Kalau dah makan satay kambing confirm sengeh kambing tercetus... hehe

      Delete
  3. Kalu menang peraduan aiskrim... Dah tentu2 ada loceng kat sampul surat tu... Kah Kah Kah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah kan satu peti aiskrim dengan penjual aiskrim dapat... wah syiok la

      Delete
  4. Replies
    1. Alhamdulillah rezeki jangan di tolak musuh jangan di cari.

      Delete
  5. Baru singgah blog beliau tadi.. seronok btul tngok gambar2 travel smua.. tahniah dapat ole2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah Tuan Doktor selamat berkunjung rumah akak ya. Jemput lah masuk jangan segan-segan buat macam rumah sendiri. hehehe. Toche toche

      Delete
  6. cantik ukiran bunga ros SS tu...berseni, berkerawang..bestnya dapat dua hadiah..tahniah, tahniah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nohas kan. Katanya ada punch yang berbunga macam tu. Ni peminat kraftangan le yang pandai menggunakannya. Kalau akak huh kelaut semuanya dengan senget benget lagi.

      Delete