Tuesday, December 8, 2015

Geng UB pi Langkawi Day 1 - Duck Tour



Assalamualaikum,

Dah sedap makan aiskrim kerbau dan dah kenyang perut kan makan Nasi Dagang so  misi seterusnya ialah menawan Bukit Mat Chincang. Apa lagi pi lah ke Oriental Village. Kat sini ada Duck Tour, Kereta kabel, Muzium 3D terbesar. Tiket Duck Tour dan Muzium 3D ada diskaun jika beli tiket combo.  Tenguk cuaca dah mendung kita orang naik Duck Tour dululah. Dan semasa sampai sudah menunggu Duck tour. Duck Tour ni ada masa-masa tertentu mengikut tiket yang di jual. Masa ni Eijay pergi beli tiket Kereta Kabel. Oleh kerana kaunter tiket kereta kabel jauh, jadi bila Duck Tour dah nak bergerak, kita orang suruh driver tunggu iejay. Jadi sampai je Iejay, terus Duck Tour pun memulakan perjalanan. Iejay beli tiket Cabel Tour dulu sebab line orang yang naik ramai, jadi daripada menunggu baik naik Duck Tour dulu.




Inilah kenderaan Duck Tour tersebut. Kat Melaka aku dah naik juga tapi pemandangan tak berapa cantik sangat kecuali masjid di tepi laut. Kali ini naik juga sebab nak tenguk pemandangan cantik di persekitaran langkawi.  

Menunggu Iejay sebelum memulakan perjalanan menuju ke Telaga Harbour.


Mula-mula ok je cuaca elok. Sekali bila dah nak sampai ke tepi laut sebelum masuk laut... hujan turun dengan lebatnya. Tu dah berkabus tu hujan dah nak sampai. Sebelum masuk laut driver tukar tayar kut sebab dia berhenti sekejap. Tekan sana tekan sini entah apa dibuatnya. Berbunyi-bunyi enginnya. Sekali bila masuk laut je splash.. air berbunyi dengan kuatnya. Hampir saje kena air laut. dan kemudian hujan turun dengan lebatnya. Apa lagi lah kelam-kabut turunkan bidai plastik sekeliling bot. Dengan angin kuat lagi memang terhuyung hayang juga lah. 

Adik assistant sedang menurunkan bidai Plastik. Lebat beb.

Tenguklah kita orang bergotong royong menolong. Dengan angin lagi bertiup kencang. Basah juga lah kena tempias hujan.

Nasib baik hujan lebat tu sekejap je. Walaupun masih dalam keadaan mendung bila  hujan dah berhenti, dapatlah tenguk pemandangan cantik. Ada rumah api lagi.


                                                                   Nun di sana tu cuaca cerah.

 Ada rumah api lah pulak. Tapi tak tahu pulak samada masih digunakan atau tidak.  

Pelabuhan yang nampak klass ko nyah. Ada kapal layar lagi tu. Dan ada kedai di tepi jetty tu yang cantik. Dan katanya ada satu kedai di tepi tu kedai Tun Dr Mahadhir iaitu The loaf. Cuaca berkabus atas tu. Belakang tu rasanya Gunung Mat Chincang tapi sebab berkabus, tak nampaklah. Terdapat marina yang tersadai kapal-kapal layar yang cantik.

Cantiknya sebab banyak kapal-kapal layar bersusun. Kalau  lah dapat santai kat atasnya wow syiok beb tapi aku takut jatuh ke laut... ahkak tak tau berenang ko... nanti datang Jaws (dah fikir yang bukan-bukan)  


Kapal ni warna kontras sungguh, dari jauh lagi dah nampak .... merah sangat lah mak ngah

Terdapat Hotel tapi tak pasti namanya.

                                                 Perjalanan mengelilingi Pantai Kok Bay

Tiupan angin sampai sayup pohon tu melurut angin. Tu nun sana masih hujan lagi. 

Boleh tahan penuh juga didalam.

Setelah puas berpusing keliling kawasan laut, sudah sampai masa nak balik. Tu jalan naiknya. Ni tengah nak tukar tayar. Aku agak je sebab ada bunyi sebelum naik.

                                          Tepian pantai yang begitu menyenangkan.


Yeh dah sampai. Perjalanan mengambil masa dalam 45 minit gitu. Apa pun memang enjoy pemandangan laut di Telaga Harbour dan sekeliling marina tersebut.


10 comments:

  1. R ISAU JUGA NAIK BOT KALA HUJAN DI PERAIRAN LANGKAWI KAN...SYUKUR SELAMAT SAMAPAI DI JETI.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hujan dengan angin sekali. Tapi nasib baik laut tak bergelora.

      Delete
  2. oo..kat Melaka pun ada jg..tak pernah ikut lagi Duck Tour..menarik kenderaan ni..dua alam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah kat melaka ada.. ikut macam yang ada kat Aussie.

      Delete
  3. Wahhh... Hujan.... Bollywood sangat... he he he...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha n boleh gelek bollywood namanya... oh mere buba

      Delete
  4. Cantek pemandangan rumah api tu... tak salah Bunda pernah naik Duck Tour ni masa kat Melaka dulu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bunda.. ya kat melaka pun ada juga tapi pemandangan tepi pantai dia tak cantik sangat kecuali masjid terapung. Kena banyak perbaiki kawasan pantai dia sebab kotor lah.

      Delete
  5. kalau cuaca panas lagi cantik pemandangannya kan ... best lak tgk ... tergoda gitu .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah memang cantik kalau langit biru. Tapi dapat tenguk sekejap pun jadilah. Yang kat langkawi pemandangan dia cantik tapi tang melaka aduhaiiii rugi je naik sebab pemandangan tak secantik di langkawi.

      Delete