Thursday, March 3, 2016

Memori di UK - Bermain dengan burung merpati




Assalamualaikum,

Apa cerita nak cerita ye. Pasal jenjalan huh... cerita Surabaya aku belum ada mood nak sambung padahal lagi 2 n3 je nak habis. Tenguk kat blog Yan last day di kashmir bermain dengan burung merpati eh... teringat pulak kenangan kat UK tahun 2010 yang masih pending ceritanya. Huh makan tahun sungguh. Tapi nantilah aku kayuh sikit-sikit cerita kat UK tu. Walau pun agak-agaknya ada ke orang yang nak baca cerita coretan merapu aku tapi macam kata JM aku cerita untuk kenang-kenangan jadi rasanya kena tulis juga lah. Memori terindah di London.




Ok berbalik cerita bermain dengan burung merpati, seingat aku kat Trafalgar Square yang banyak burung merpati tapi semasa aku pergi  time malaysian night di trafalgar square, aku tak jumpa seekor pun burung merpati. Rupanya dah lama burung tak leh hinggap kat situ.... dalam hati ala..... mana agaknya dia pergi ya. Sekali masa last meeting, sepatutnya habis pagi diganjak ke petang, Kak Kam bawa aku dan Dr Ida pusing melawat Maybank tempat kerja lama dia , lepas tu bawa ke Marble Ach. Kat situ kita orang posing sebab pemandangan cantik. Sekali sebelahnya ada padang dan ada pula seorang pakcik tu beri makan burung. Kita orang pun wahhhhh apa lagi....terus menuju kat padang tersebut dan berlari-larilah dengan  seronoknya bekejar-kejaran dengan burung merpati.



Nampak tak pakcik yang berjanggut putih tu. Dan nampak tak kawanan burung-burung merpati berkerumun. Masa dia bagi makan burung wah banyak le burung turun mematuk. Sekali kita orang datang dan agah burung tu sampai burung tu lari... pakcik tu pun bengang kat kita orang. hahahahahaha seronok punya pasal dah jadi kanak-kanak ribena gitu. Burungnya jinak weiii. Nasib baik dia tak berakkan kita orang. Kalau tak habis ler..... nanti pergi meeting berbintik - bintik putih kat tudung.


Ni budak ni agaknya anak pakcik tu kut. Macam orang Arab je kan. Kita orang pun berlari-larian mengejar burung. weiiiii seronoknya aku. Orang jakun sungguh kan.... hahahahaha


            Hah mari-mari kita bercanda bersama-sama. Agaknya port burung merpati kat situ kut sebab banyak sungguh. Dah puas layan burung dan posing di situ kita orang balik semula ke Royal College of Psychians menghabiskan iltenary lawatan sambil belajar kat London. Apa pun memori terindah bercanda dengan burung merpati. Gambar bunga-bunga diatas tu adalah berhampirang dengan Marble Arc.

10 comments:

  1. WAH SERONOKNYA BERMAIN DGN BURUNG MERPATI YG JINAK DI LONDON LAGI...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pernah jumpa burung merpati banyak dan jinak tu yang seronok sakan kejor burung. hahahaha

      Delete
  2. wah burung merpati. suker bagi makannnn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan seronok bagi burung makan dengan bunyi suara dia lagi

      Delete
  3. perghh..kak notie dan burung merpati bak merpati dua sejoli hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amboiiiii mahal tu perumpamaan JM tu. Akak kena jadi buurng merpati kut

      Delete
  4. tulislah travelogue London..nak bacaa..

    ReplyDelete
  5. burung merpati nampak je jinak tapi susah na tangkap . depan umah selalu ada . tapi ada satu hari tu , burung merpati dtg hinggap di lengan my anak buah . rupanya dia sakitlah ... dapt gak membelai merpati ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kesiannya burung tu mungkin dah sakit nak minta tolong supaya ubatkan dia kut

      Delete