Assalamualaikum,
Hah siapa dah pergi ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur? Bagi hantu buku macam aku ni, agenda pesta buku memang kita orang tunggu-tunggu. Terutamanya dapat beli buku fresh dari kilang. Dapat jumpa penulis. Diskaun lagi dapat hah apa lagi nak. Itu yang suka membaca lah kalau tak pun beli buku untuk anak-anak ke memang bagus. Masa ini lah peluang untuk mendidik anak-anak supaya minat membaca. Kalau tidak di pupuk dari kecil nanti dah besar tidak suka membaca. Membaca ni bagus untuk memupuk minda. Takde lah asyik layan gaget je.
Masa aku kecil-kecil dulu time pergi ke library lah yang paling aku suka sebab boleh layan buku cerita. Kalau baca buku pelajaran mata ni asyik nak lelap tapi bila dapat buku cerita huh terus mata terang benderang. Terus hilang ngantuk. Lepas tu kalau nak beli buku fikir banyak kali sebab maklumle masa tu tak mampu lagi. Jadi agenda ke library lah yang best sebab dapat baca free. Masa tu suka cerita terbitan Enid Byton. Cerita seperti Nancy Drew lah lagi apa ya dah lupa. Dan semasa di asrama ada sekali tu terjebak dengan cerita pendek yang di siarkan dalam surat khabar. Novel Indon lupa pula tajuknya. Bila aku cerita dengan Kaksu, Kaksu ingat tajuknya. Kita orang siap potong cerita tu setelah orang lain dah habis baca supaya boleh ulang-ulang baca. Lepas tu ada novel Khadijah Hashim jauh di kenang dekat di sayang. Novel tu jadi drama tau. Kalau kata novel di jadikan drama, novel Khadijah Hashim dah berjaman dah. Pelakonnya aku lupa dah siapa. Tapi feeling baca novel lagi umph dari tenguk dramanya. Sebab part akhir tu yang hero dan heroin berpisah buat aku nangis selepas habis baca. Tapi dalam drama feeling tu takde pulak. Novel Badai Semalam tulisan Khadijah Hashim buat aku jatuh cinta dengan tulisan Khadijah Hashim.
Ok dah cerita pasal pesta buku pulak. Pesta buku tahun ini entah macamana pulak dah tukar tempat. Selalunya kat PWTC tapi kali ini kat MAEPS lah pulak. Masa tahu tempat dah bertukar kita orang semua berkicau. Sebab tempatnya jauh lepas tu, susah pula pengangkutan. Macam-macam lagi lah. Lagi pun dah terbiasa kalau pesta buku di PWTC tempat itu lah tempat kita orang berjanji untuk berjumpa. Dah beberapa tahun memang tak miss. Tempat itu lah pertama kali berjumpa kawan dalam blog. Berjumpa dengan penulis yang aku suka, tempat itu juga pertemuan antara blogger novel, penulis, dan peminat novel. Ianya juga tempat aku bersilaturahim dengan Geng Ulat Buku, penulis Singapura, Peminat dari Brunei yang sebelum ini bercanda didalam blog. Kiranya kalau di himpunkan segala cerita tentang Pesta Buku huh memang banyak kenangannya. Malahan ada sekali tu perjumpaan kami di tepi booth creative dan lepak bercerita beramai-ramai sambil melayan penulis Singapura yang baru pertama kali jumpa. Hah macam tu sekali kenangan yang tidak dapat dilupakan bila bercakap tentang pesta buku.
Tempat itu juga menjalinkan silaturahim kami dengan geng Ulat Buku dan geng Kicap. Kita orang rapat hanya kerana minat membaca novel, dan silaturahim tersebut masih lagi terjalin.Insha Allah.
Seperti biasa selama 9 hari pesta buku berlangsung. Mula-mula aku tak pasti nak pergi ke tak nak. Tapi dalam hati memang nak pergi sekali bila tenguk tarikh. Lah 1 Mei ada cuti nak balik kampung. Lepas tu lepas balik dari Langkawi kena ganti pula kawan pergi kursus di Morib pada 7hb hingga 9 hb Mei. Wah kalau macam tu masa bila aku nak pergi ni. Jadi fikir punya fikir hanya free hari jumaat lepas iaitu 29hb April pesta buku baru bermula dan ada masa rehat yang panjang pada hari jumaat. Lepas tu tanya member opis nak pergi tak? Member kata on jadi apa lagi kira jadi lah.
Jadi apa lagi rempitlah kami berdua ke MAEPS. Menjajau juga nak cari parking yang dekat dengan Dewan. Akhirnya sampai juga tapi huhuhu kena bayar RM 5 untuk parking lepas tu jauh juga nak cari Dewan.
Kata Yah JS kat Dewan A. Apa lagi melilau lah kami mencari. Masuk je Dewan A2 kita orang nampak Kakinovel, apa lagi terus terjah.
Kemeriahan pesta buku sudah terasa. Hari Jumaat 1 hb April 2016, pesta buku bermula.
Seronok tenguk hiasan booth masing-masing.
Belajar bahasa pelbagai bahasa.
wah Rosyam Noor pun dah ada penerbitan sendiri nampaknya.
Buku hasil tulisan Ustaz Kazim
Stop kat Kakinovel. Oleh kerana masa singkat ada 2 jam je jadi pilih booth tertentu. Lepas Kakinovel, cari Karyaseni pula.
Sekali aku terjumpa kawan sekolah bersama anak-anaknya. Rupanya dia datang sebab ada jemputan kahwin jadi singgah sekejap. Maklum le 3 hari cuti termasuk cuti Pekerja memang banyak jemputan kahwin.
Booth Karyaseni sikit punya besar. Tapi hari Jumaat jadi takle ramai sangat. Kalau Hari Sabtu dan Ahad memang penuh apa lagi kalau ada artis untuk sessi sign autograph. Syiok tenguk budak-budak sekolah lepak baca buku.
Jenuh sungguh mencari Booth Jemari Seni. Huh belakang Grolier dia menyorok. Nak beli buku Syud tapi tak keluar lagi. Bayar je pada Zura staf JS Adiwarnaa dan pesan untuk signature Syud. Syud datang hari Ahad tapi sebab aku balik kampung jadi tak dan lah nak jumpa dia. Nanti lepas habis pesta buku aku terjah le opis JS ambil buku Syud.
Banyak penerbitan buku baru yang aku tak pernah dengar lagi. Macam kopi press ni.
Buku pojok ni pun macam best je.
Nampak Fajar Pakeer pun singgah.
Mek Jay nak cari buku Isteri Tuan Ehsan jadi melilau lah kami cari Booth Love novel. Alhamdulillah dapat akhirnya.
Depan Booth Love novel ni NB Kara tapi Yati tak nampak pun.
Tangan dah penuh kiri kanan moh lah kita pulang. Sekali nak sampai parking lot nampak pula Nawwir. Selalu pergi boleh bercanda seharian kat booth tapi oleh kerana kali ini tak free minggu ni dan minggu depannya sebelum habis pesta buku jadi dapat terjah se jam 2 pun jadilah. Itu pun sebab dekat dengan Putrajaya. Kalau kat PWTC mungkin tak dan nak singgah lah. Booth Alaf tak singgah sebab Alaf selalu buat karnival kat Alam Shah. Lagi pun buku tak basi, boleh pergi time karnival depa buat. Dapat diskaun kaw-kaw lagi.
Hasil tuaian di Kakinovel.
Hasil tuaian di Fajar Pakeer
Hasil tuaian di Karyaseni.
Dapat 2 beg warna pink dan kalendar serta buku nota free gift di Karyaseni.
Tu dia 21 buku hasil tuaian di pesta buku. Bila nak habis ni? Sedang layan novel Suri Ryana yang terbaru Klik penganti musim salju. Macam best ja. Siapa yang belum pergi jom lah. Tinggal hari Ahad ni last. Jom Jom Jom jom borong buku.
LEKA JELAJAH BOOTH DI PESTA BUKU BANYAK NAMPAK MEMBORONG BUKU TU NOTIE..
ReplyDeleteNasib baik 2 jam je kalau satu hari lagi tak cukup tangan huhuhu
Deleteperghh..banyaknyaa..sampai 21..huhu..leh buat library ni..
ReplyDeletemeletop-letop tajuknya..Isteri Duda Terhangat..Duda Terlajak Laris..hihi..Geng Kicap pun ada..
Nohas... hihihi mana taknya ambil mana yang berkenan sekali bila dah balik kira wah banyak juga hasil tuaian. hehehehe. Tu lah berangan je nak ada library kecil tapi belum ada tempat. Semuanya sorok dalam kotak bawah katil. hehehehe
DeleteTajuk cerita sekarang ni semuanya trend terkini... layan jel lah walaupun kadang entah apa-apa lah tajuk....
Ehhh... Nape SS rasa Ahkak Notie makin cun nih?
ReplyDeleteAlololo ahkak takdak duit besor lah duit kecik leh... hehehehe i malu lah *tutup muka dengan tudung periuk*
DeleteAsalkan bukan duit pelesu.. Keh keh keh
DeleteNak mintak tologn leh tak? Mintak tolong kirim salam SS pada penulis Noor Suraya... He He He...
ReplyDeleteBOlehhhh. Insya Allah
Delete21 buah buku? perghh mmg hebatlah...JM ni jgn kata 2...sebuah buku pun x pernah beli setahun..nak baca buku? mmg tak lah...buka buku je mata tertutup..acaner tu
ReplyDeleteJM...erkkk.. Nak buat lagu mana dah suka. Layan je lah. Dolu-dolu tak banyak novel lah ni dah banyak dan macam-macam jenis bacaan. Beli ikut kantung duit je. hehehehe
Deletedulu rajin beli buku skrg dh makin malas
ReplyDeleteAla buku tak basi nanti-nanti bila dah rajin beli lah lagi... hehehehe
Delete