Thursday, May 12, 2016

Konvensyen Rekod Perubatan di Langkawi Hari 2


Assalamualaikum,
Ok sambung lagi citer kat langkawi. Sebelum ni terjah SINI

Dah penat seharian kan semalam dok keliling Pekan Kuah kali ini sambung lagi. Selagi kete sewa tak di pulang kan kita orang lenjan dia sampai tengahari.  Jadi dah puas tidur semalamnya, pagi ini sambung lagi. Oleh kerana Effa semalam baru sampai jadi kali ini pi shopping lagi. Tapi pagi-pagi sebelum sarapan pi cari harimau dulu ya. Isi tabung yang dah kering semalam. Maklumlah hari inikan hari gaji.



Lepas sarapan roti canai kat gerai tepi jalan, kita orang terjah pi HIG. Pukul 9 kedai baru buka jadi orang tak ramai. 

Semasa sedang melilau nak beli coklat apa, member opis talipon. Depa kirim beli coklat HR Kisses ni. Seorang lagi kirim Ferero Rocher. Bila tenguk HR kisses ni macam murah kan. Sekali bila dah balik semak balik resit harga berbeza. Tak dapat pun harga RM 11.90 tu tapi RM16.90. huhuhu awat berbeza ya. Hish tak perasan lah. Aku ambil sampai 6 paket sebab member nak 3 paket. 

Hah yang lagi sorang member nak Ferrero Rocher. Ni yang bekas 30 biji ni. Lepas tu ada yang sebekas 3 biji harga Rm 3. Tenguk member kirim sebekas aku pun terjebak juga beli sebekas. Lepas tu yang sepaket 3 biji pun aku beli juga 3 bekas. Patutlah mahal rupanya sedap yek Ferro Rocher ni... hahahaha setelah terjebak makan baru tahu napa mahal. Sebelum ni asyik beli Daim je dengan cadbury. Yang mahal-mahal takut nak beli. Dah terbeli dan termakan baru tahu langit tu tinggi ke rendah ke duit kita erkkk apa ayat aku ni. Macam Wittakers slab tu aku belajar beli dan makan masa pi langkawi tahun lepas dengan geng ulat buku. Depa kata sedap. Jadi testing beli lah 3 keping satu paket. Rasa macam emmm mahalnya. Tapi bila dah makan sekeping wah.... sedapnya. Dan kali ni aku belasah beli lebih sikit. Pejam mata je ambik. Kalau dok fikir sayang nak beli, mahal harganya tapi sebab tekak huh hentam saje labu.    

Dah terjebak makan tahun lepas hah sampai sini ambik ko sampai 6 pack aku beli. Rupanya dapat free 1 pack saiz kecil. Patutlah masa belek barang yang dibeli awat ada coklat yang aku tak ambil pun rupanya free gift. emmm best best best. 
Cantik pulak coklat ni siap ada bunge-bunge lagi. 

Lepas tu masuk Idaman Suri lagi. Idaman suri takdak coklat ya. Yang banyak coklat kat HIG dan Rams. Lepas Idaman suri masuk Rams pula. Kat Rams ni pinggan mangkuk dia lagi cantik daripada Idaman Suri. Warna bling-bling gitu. Harga pun lagi mahal lah daripada Idaman Suri. Haiiii kalau ikut hati memang sakan borong periuk, pinggan mangkuk yang cantik-cantik. Tapi emmm bila nak angkut bawa balik tu yang fikir 1000 kali. Ada takde je agak-agak berkenan ambil gambar je. Mana tahu ada umur panjang dapat pergi lagi boleh sambar lagi. hehehehe. Berangan jelah. 

Sudu garfu sudip hah pelbagai jenis ado. Bagusnya kan sebab stainless steel. Memang cantik berkilat gitu. Macam nak suruh adik beradik aku buat family trip lagi ke langkawi lagi nampaknya. Tahun 2013 dah buat tapi aku tak dan nak cerita dalam blog sebab banyak sangat gambar dan cerita. Tapi nanti senang-senang aku upkan dalam blog. Itu family trip kali ke dua bersama keluarga. Naik bas PLKN 1 ko. 
Balik semula ke hotel sebab sepatutnya check out bilik tapi sebab event konvensyen tempat yang sama jadi Linda request bilik yang sama. Nasib baik bilik yang kami duduk tersenarai dalam list bilik penghuni konvensyen. Jadi deal dengan kaunter ambil bilik yang sama. Senang supaya tak payah angkat beg. Yang itu jadi bilik Linda dan Effa. Aku pulak request bilik yang bersebelahan sebab duduk dengan member lain yang belum sampai lagi. Booking bilik dulu. Nanti bila kak Jumiah dah sampai baru aku hantar beg dan semua barangan yang di beli. Tak kuasa nak mengemas tu pasal minta bilik dekat-dekat.  

Masa sedang kawtim dengan adik kaunter, sampai delegasi dari Terengganu.

Berkotak-kotak depa bawa barang dari Terengganu. Tumpang barang di bilik sementara sebelum boleh check in pukul 3 petang ni. 

Rupanya yang berkotak-kotak tu adalah keropok. Dibawa khas dari Terengganu nak jual dengan kawan-kawan yang datang. 

Kaunter pendaftaran.

Dah selesai urusan bilik, kita orang jalan lagi. Lepas letak barang shopping pagi tadi, sambung lagi jenjalan cari pasal. Kali ini aku ajak ke Langkawi Mall nak cari lukisan 3D. Tapi tak jumpa juga. Rupanya Langkawi Parade kat tepi jetty Kuah.  

Kat Langkawi Mall ni ada juga kedai coklat. Kat tingkat atas macam-macam ada. Ada offer lagi. Rembat kasut sukan 50 persen beb. Dari beratus jadi puluhan je harga. 

Coklat yang macam-macam bentuk. 

Selesai shopping isi perut di Kedai Gulai Kak Tie. Kali ini menu macam tak berapa best sangat macam dulu aku pergi. Sebenornya paceri terung yang aku suka dia tak buat. Jadi layan je lah menu yang ada.

Tapi ikan bakar dia dengan air asam tetap sedap sekali. 

Lepas makan terjah pula kat kedai perfume. Hah ko aku rembat 3 botol minyak wangi. Effa punya shopping huh boleh tahan juga. Pening si Linda melayan kerenah dia. Dapat minyak wangi yang lembut baunya. Tu pun time menguji bau, aku dah poning dengan bau perfume yang macam-macam. Sampai dah rambang mata. Yang best tu botol dia cantik-cantik.  

Sampai kat hotel dah hampir pukul 2. Kiranya selesai lah aksi merempit dengan viva sewa. Ambil barang semua dan letak kunci bawah karpet. Rupanya adik kete sewa dah hanto message tapi aku tak perasan. Nasib Linda dah call bagi pihak. 

Sampai bilik member aku dah sampai. Apa lagi lah aksi menghantar barang tuaian ke bilik. 4 kali ulang alik angkut barang. hahahahaha Poning Kak jumiah tenguk barang tuaian aku. Kiranya dah tutup buku untuk shopping coklat.   

Acara bermula pukul 4 petang. Sessi sign nama dan bermulalah konvensyen Rekod Perubatan.

Untuk wakil Zon tengah. JKN WPKL dan JKN Selangor

Sempat beramah mesra dengan member lain yang jarang bertemu. Kadang dalam talipon je hah sekarang boleh bertentang mata. Kelu lidah untuk berkata. hahahahahaha Macam jumpa pakwe je padahal sama jantina. Selalu bertokak dalam phone bila dah jumpa lorrrrrr..... 

Petang tu sessi pengenalan. Cerita tentang Jabatan Kesihatan Negeri Kedah. Lepas tu tentang majlis perasmian esok hari. Dan malam last majlis makan malam.   

Petang tu sebelum waktu makan Kak Ju ajak jalan-jalan. Apa lagi yang paling dekat adalah Rams. Itulah yang kita orang semua tuju. Ada yang pergi ke Idaman Suri dan HIG.

Ni AMRO dari negeri Perak. Amboiii Khuzaimah dah memborong nampak.


Jalan balik ke hotel nampak member dari Sabah dan Serawak sedang menjamu selera di Kedai mamak.


Malam sambung lagi slot ceramah. Kali ini mengenai cara penyimpanan Rekod Perubatan oleh syarikat swasta. Tempat penyimpanan yang canggih manggih dan moden.  Selesai hari permulaan konvensyen Rekod Perubatan kali ke 2.  

12 comments:

  1. WAH BESTNYA NOTIE SAMBIL BERTUGAS SAMBIL JUGA JLN2 N SHOPPING...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah sambil menyelam sambil minum air. Tapi takdelah sopping dalam air...atas daratan lah ye.

      Delete
  2. Seronok nya lah CikTie...sambil2 tu boleh shopping ye.. hehe..Langkawi memng syurga beli belah.. klu boleh semua nak angkut balik.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang seronok... hilang stress dengan kojo... Kalau boleh dengan 1 pulau pun angkut.... hehehehe

      Delete
  3. perghh...coklat..rambang mataa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan rambang mata lagi koyak poket.... huhuhuhu

      Delete
  4. Replies
    1. Dah jemu lah.... beli lah jenis lain pulak

      Delete
  5. makin kayalah Pak Hussien tu hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Erkkk pak hussien tu siapa. Bukan HIG tu Hj Ismail Group. Memang kayo sampaikan dah buat bangunan sendiri dan hotel HIG lagi ko

      Delete