Assalamualaikum,
Dah habis cerita Surabaya, tiba-tiba rasa nak korek balik cerita kat UK ni. Banyak lagi gambar dan perjalanan yang masih tertangguh ceritanya. Nak mengimbau semula kenangan pi kerja kat UK. Tapi nampak gaya kena kayuh slow-slow lah. Lama ko dari tahun 2010.
Ok semasa kita orang pi Buckingham Palace, aku ada main tarik-tarik kaki dengan abe Polis. hehehehe. Aci tak main jenguk jenguk gitu, sambil jeling jeling. hahahaha ada kang kena saman pulak. Tapi pak polis tu comel je aku tenguk. Cute pulak tu. hahahaha
Gambar kat atas tu patung depan pintu masuk Istana Buckingham. Ada yang memanjat atasnya untuk dapat gambar dengan jelas acara kat dalam Istana. Nampak tak tali merintangi warna merah tu. Hah depan tu lah aku berdiri supaya nampak dengan jelas bila masa semakin hampir untuk upacara pertukaran pengawal Istana. Ada gambar lain tapi aku nak cerita tentang bercanda dengan abang polis. Aku kan suka tenguk orang beruniform ni jadi jom cuci mata. hahahahaha
Masa ni jalan depan tu ramai lagi orang lalu lalang. Tapi bila semakin hampir waktu masa pertukaran, polis pun banyak mengawal dan melihat keadaan kawasan jalan di depan tu.
Hah nampak tak dah clear sikit. Masa ni depa dah tutup jalan. Jadi keliling tepi tali yang merintangi tu dah ramai orang kelilingnya.Oleh kerana kita orang sampai cepat, dapatle berdiri depan tali merintang tadi.Mula-mula memang berdiri tapi sebab kaki aku dah sakit, aku pun duduk tepi jalan tu sambil bersila tapi masih di belakang tali tu lah. Masa ni dah hari ke 4 rasanya. Kaki aku sebenarnya dah mula sakit. Malahan dah melecet dah buku lali sebab banyak jalan dan naik turun train. walaupun cuaca cerah dan panas tapi duduk atas jalan tu tetap rasa sejuk bumper aku. hahahaha Tahan aje lah janji dapat tenguk pertukaran pengawal. Bukan senang beb dapat tenguk.
Orang dah mula ramai dan polis pun terus mengawasi keadaan.
Masa ni aku pun duduk macam orang kat depan tu. Mula-mula berdiri tapi tak tahan terus duduk. Duduk bersila lama-lama kaki rasa kebas. Buurng merpati mencari makan.
Ada polis berkuda lagi yang mengawasi keadaan.
Hah itu lah polis cute yang aku main acah-acah. Masa aku duduk tu mula-mula bersila walaupun sejuk tapi tetap tahan je. Lepas tu bila tak tahan lama sangat bersila aku pun melunjur kaki. Bila aku melunjur kaki, polis ni dah pandang. Apa lagi lah terus dia suruh masukkan kaki ke dalam. Bila melunjur kaki sudah tentu lah kaki aku terkeluar dari garisan tali. Bila kena tegur cepat-cepat aku tarik balik kaki aku masuk semula. Bersila semula. Tapi mana lah boleh tahan bersila lama-lama mesti kesemutan rasanya. Dah tentu aku julur balik kaki aku. hahahahaha Nanti Polis tu jeling lagi. Bila dia jeling aku tarik balik kaki aku. Hahahaha tu yang aku kata main tarik tarik kaki dengan dia. hehehehehe
Dalam pada main tarik tarik kaki ni sempat le juga ambil gambar dia. hehehehe Senyum je abang polis ni.
Bila dia lalu depan aku, aku tarik balik kaki ke tempat asal. Bila dia ke depan, aku julurkan balik kaki aku. hahahaha. Nanti dia berpusing balik semula lalu depan aku. Lepas dia ke belah sana aku julur balik selunjurkan kaki aku bagi lurus. Nanti bila dia dah ke depan bila toleh balik ke belakang tenguk aku julurkan kaki lagi, dia dah bagi signal. Signal supaya aku tarik balik kaki jangan sampai terkeluar dari garisan. Hahahaha macam tu lah kerja aku 2 - 3 kali. Lupa pulak berapa kali. Bila tak tahan bersila aku melunjur kaki lah. Tu yang asyik kena jeling kena bagi signal je. Hahahahaha
Masa ni dia pusing balik tenguk belah sana pulak. Tak tahan tu tenguk topi atas dia. Tinggi ko.
Adegan main melunjur kaki tarik kaki selesai bila tiba-tiba dengar bunyi pancaragam. Semua pun tertumpu pada pancaragam yang bergerak masuk dengan para pengawal. Hah tu nanti aku cerita di lain masa ya.
patutnya kenyit sikit mata.. sure dia kata, tak pe..
ReplyDeletelawak ye.. bila lah boleh ke sana ek?
Hahahaha nanti kenyit mata dia terus tak boleh nak mengawal... hahahaha
DeleteInsha Allah ada rezeki nanti. Saya pun ni sebab kerana tugas ada rezeki jejak kalau harap tabung gajah entah bila nak sampai. hehehe
PENGALAMAN MENARIK TU RAMAI YG KE SANA XMAU KETINGGALLAN DGN INSIDEN DEPAN ISTANA INGGERIS TU...
ReplyDeleteHahaha insiden carik pasal je kak. hehehe
Deleteuh , ada pancaragam bagai ... patut le x leh lepas garisan kaki tu . kang ada gak yang tersembam ...
ReplyDeleteSiap ada pengawal berkuda lagi tau selain daripada pancaragam yang mengiringi. Tu sebab kena bagi laluan yang luas untuk mereka berjalan.
DeleteSALAM RAMADAN RABU..SLMT BERBUKA MAGHRIB NANTI...
ReplyDeleteSalam Ramadan kak. Semuga akak cepat sembuh dan sihat seperti dahulu.
DeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteHaha sempat lagi main tarik kaki lunjur kaki ek... nakal.. hihi
ReplyDeletehehehehe tak leh tahan bunda lama-lama duduk bersila boleh kesemutan gitu. Tu yang sekejap selunjur kaki sekejap bersila kaki. hehe
Deleteslow2 pun takpe, nak baca jg...bestnya dpt tengok acara femes ni..
ReplyDeleteNohas huhuhu tenguk mood le camno kalau kelaut huh memang makan tahun juga ni. huhuhu
DeleteSmart jugak dressup polis uk nie.. ehehe
ReplyDeleteKan... tapi suka tenguk helmet dia tu hah.
DeleteMemang best sekali sekala mengimbau kenangan...
ReplyDeleteApa lagi kalau tempat terjatuh hati lah pulak... tercicir entah kemana... tu yang mengimbau balik carik mana hati dah hilang... erkkk apa ni merapu lak.. hehehe
DeletePi keja kat UK ok! I is mampu keje kat Korea dgn singapore jek... he he he..
ReplyDeleteRezeki Allah bagi alhamdulillah. Kalau di fikirkan memang dalam mimpi je lah boleh jejak kaki kat london. Ada orang tu lagi best pi kojo kek korea tu huhuhuhu lagi syiok laaaaa
Delete