Thursday, June 2, 2016

Floria 2016 - Bonsai dan Kemboja



Assalamualaikum,

Wah rajin bebenor letak entry pasal bunga. Boleh buat tajuk tertentu lah pulak ya. hehehehe. Takpe layan je mata memandang ya.

Selain daripada pertandingan gubahan dan lanskap terdapat juga pertandingan Bonsai. Fuh cantik dan mahal ko. Cuma lanskap pada tahun ni macam kureng cantik. Tahun lepas serata tepi tasik tu, lanskapnya cantik-cantik. Bila malam dengan lampu memang menawan lah pemandangan di tepian tasik. Kali ini macam tak banyak peserta yang ambil bahagian.  




Kalau nak tenguk bonsai dia di area Taman China yang ada tanglong merah. Terletak di belakang gerai jualan bunga-bunga dan pokok iaitu di hujung laluan utama  yang bergantungan wau bulan .

Masa hari pertama aku tidak berkesempatan sebab bila sampai kat laluan utama kak Jal dah ajak tenguk pokok dan tak lama kemudian ajak balik. Sebab dah panas. Dari pagi pukul 10 sampai sampai dah nak dekat pukul 1 tengahari. Tu yang cepat ajak balik.

Sekali bila malam tak dapat pergi lagi sebelum balik Ampang dah teringin pula nak tenguk pokok bonsai kemboja. Jadi tu yang masuk lagi malahan pagi pukul 9 pagi lagi dah pergi terjah. Kali ini cuaca redup jadi seronok lah.

Rupanya ada pertandingan Bonsai. Banyak pokok bonsai berlabel menunjukan taraf kemenangannya. Aku cuma perasan warna lebel kuning. Tenguk tu dah ada label menang.

         Yang ni johan agaknya. Tapi mungkin ada kategori tertentu agaknya. Sebab banyak sangat label dan warna.

Ni macamana lah dia bentuk batang pokok tu ya. Jenuh dan bertahun agaknya.

Kreatif sungguh kan tukang yang membentuk pokok bonsai ni. 

Agaknya berapa banyak masa dok mengulit dan memetik daun supaya dia kontrol kecik je tak besor besor. 

         Aku suka bonsai yang ini sebab macam buah cherry je. Kan best kalau berbuah leh petik je. hehe


                                                   Bagaikan pokok besar di bantutkan je.

Ni pokok bunga kertas...lawo kan.


                                                                     Ni mesti johan ni.

                                    Alahaiiiiiii kering je takdak baju luruh semuanya. Nampak tulang kering je.

Tu pun semua bonsai je banyak keliling tasik. 

Yang ini tanaman bonsai yang kekal atas tanah. 


Tarikan Utama Taman Bonsai


                                                               Berlekuk lekuk pinggangnya.

                                           Yang ni rasanya  nonsai lama buat perhiasan dalam taman ni.


                                             Bagaikan bunga di bawah jambatan.




Selepas bonsai je kita orang ke gerai pokok kemboja yang bonsai. Selalunya kita ingat pokok kemboja di perkuburan je kan. Tapi rupanya dia boleh buat bonsai. Macam-macam warna rupanya. 


Warna pink cantik kan.

Berlapis-lapis warnanya.

Ni lain sikit warnanya kan. Tapi serius cantik warna dan lorekan jalurnya.


Sweetnya warna . Putih bersih.

Ni lawa bentuk kerinting tepi bunga.


Hah yang ni paling cantik. Akak aku borong sepokok.

Ni macam yang kat atas tapi bila di belek ada lain sikit.


Hah percaya tak pokok kemboja.

Ni macam bunga ros merah kan. Sepokok tu Rm 52 ko.


Ni yang paling mahal aku tenguk pokoknya. 

Tapi yang paling win ni hah warna purple. Tapi dah nak layu.


4 comments:

  1. Replies
    1. Kan sabor sungguh orang yang tanam tu... kalau ahkak huh lambat sangat campak... haru sungguh

      Delete
  2. Mmg win laaa bunga pepel tu... Leh petik? He he he

    ReplyDelete
    Replies
    1. Petik.. ada kang kena perambat tokeh kedai kemboja tu suka-suki je petik bunga kemboja dia. Dah sepohon je warna puple tu. Aci dak kalau main kejor-kejor tengah panas keliling kedai.... hahahahahaha

      Delete