Assalamualaikum,,,,
Wah sesekali layan movie ko.... ni dek penangan novel Kimchi Untuk Awak lah ni. Seronok sangat baca novelnya bila kata Filem dia nak di tayangkan apa lagi lah tanya geng siapa nak pergi. Sekali Sue NB kata nak join juga. Wah lama sungguh tak jumpa. Mula-mula hari Sabtu tapi ada member yang sibuk jemputan kahwinlah, agenda lain lah jadi kita orang sebulat suara pergi berjimba hari Ahad. Tanya punya tanya akhirnya ber5 kita akan berjumpa di GSC Alamanda pukul 12 tengahari.
So hari Ahad ambil Kaknoor pukul 10 sebab kata Kaknoor Aiman dan Emma akan jenguk IOI GSC dan selepas tu GSC Alamanda pula. Wah...best juga ni kalau terserempak.
Aku ni kerja ja kat Putrajaya tapi tak pernah umur pun jejak Panggung wayang kat Alamanda tu. Jadi tercangak-cangak juga le mencari tempat. Tapi apa susah banyak je papan tanda tinggal kena dongak muka je. hehehehe. Silap haribulan jalan mendongak kepala lah pulak. Aduhaiiii.
Banyak je props citer yang sedang di tayangkan. Beauty & The Beast pun ado. Emmm macam best je. Tu model terkini wayang Guardians Of The Galaxy.
Akhirnya Sue NB dengan Rin Geng kicap memuncul kan diri. Seronok sungguh sesekali dapat berjumpa. Banyak je cerita nak bercerita. pasal itu lah pasal ini lah. Sue dengan Rin nak tenguk Janna Nick berlakun. Tu yang excited nak join berjimba bersama.
Sebelum masuk panggung apa lagi swafoto dulu lah ya. hehehehe Agenda wajib.
Sekali lagi posing..... sambil menunggu kut kut Aiman Hakim dengan Emma Maembong muncul.
Last posing sebelum masuk panggung. Tiket Sue tolong belikan online jadi terus tebus kat kaunter. 10 minit sebelum pukul 12 kita orang pun masuk.
Sue booking tiket ambil seat yang menyandar kat dinding last sekali. Masuk dalam panggung, belum ramai orang. Sebenarnya tak ramai sangat walhal baru start tayang 30hb iaitu hari Khamis. Sebelum start Kaknoor, Sue dan Rin pergi bilik air. Sekali dia tayang props kat bilik air..... apa lagi aku dan Kak uda pun cepat-cepat pergi bilik air.
Selesai urusan bilik air, masuk je panggung tenguk dah gelap. Cerita pun dah bermula....cerita hantu...huhuhu nasib baik tak lama. Sebelum tayang mesti lah ada iklan sekejap. Tapi bila start je.... wah.... asyik sekali.
Cerita Kimchi untuk awak mengisahkan pertemuan antara Bella dengan Danial yang tanpa sengaja terlanggar semasa di airport Incheon. Lepas tu duduk seat sebelah menyebelah lah pulak. Memang keduanya memang bergaduh je lah. Sekali ada pulak Hariz yang syok kat Bella sama flight nak balik Malaysia. Hariz ni aduhaiiiiii memang kelakor lah. Dah le dok mengurat Bella, sampai suara dengar 1 kapalterbang. Memang bingit sungguh lah. Tu yang Daniel minta tukar seat tapi Bella dok pujuk jangan lah tukar seat.
Sampai di Penang, Kak long Bella asyik lah suruh Bella buatkan kimchi untuk big bossnya. Sekali rupanya Boss Kak Long adalah Daniel. Apa lagi memang havoclah. Selepas tu memang banyak pertemuan dengan Danial. Bagaimana kesudahannya....kena lah tonton ya.
Apa pun Syarifah Shakina aka Min Ah atau minah memang kelakor lah. Kita orang memang gelak je bila orang melayu nak jadi minah kpop. Memang kelakor lah. Lepas tu si Hariz lagi kelakor hanya kerana nak berjumpa umi Bella sebab nak minta persetujuan nak meminang Bell, siap pakai baju melayu dah macam pengantin lah pulak dengan samping dan tanjak....Sekali Danial yang nak meminang Bella...terus dia hangin.
Rumah kat penang, kat kampung dengan dusun durian, lepas tu kat Nami Island memang cantik. Pemandangan Nami Island masa Autumn memang cantiklah. Rasa nak pi korea lagi je rasanya. Kalau ikut buku memang lah banyak yang romantik tapi Aiman dengan Emma emmm oklah. Emma comel bila pakai hanbok. Start je tenguk sampai sudah, rasa tak sedar dah 2 jam kami menonton. Flow cerita berjalan dengan lancar je. Tenguk depa buat kimchi pun macam berselera je nak makan.
Tapi kita orang memang enjoy tenguk pelakon sampingan yang memang kelakor... Tapi gimmik akhir tu alahaiiiiiii memang buat berdebor je. Geram dengan Janna Nick yang jadi Zara... asyik kejar Danial je.
Overall memang puas hati tenguk cerita dia. Walaupun ikut buku tebal tapi bila dah jadi filem cerita dia seperti biasa mestilah ada ubahsuai tetapi takdelah beza sangat jadi pada aku oklah. Seronok juga melihat pemandangan dia yang cantik.... emm memang suka aku sampaikan bila dah habis eh dah habis dah. Tak puas pulak melilau kat Nami Island dari atas. Hish bila lah dapat pi korea lagi musim bunga ni. Berangan je tak habis-habis. Ada orang tu pergi korea macam balik kampung je. Huhuhu jelesnya aku. Takpe berangan dulu posing bersama Cherry Blossom terutamanya kat Jeju Island tu. Tak payah bayarkan. Mana tahu Allah beri rezeki dapat jumpa dan nikmati keindahan Musim Bunga di Jeju dan di Seoul. Insha Allah.
Akhirnya habis daaaaaaa...... Aiman dengan Emma Maembong tak muncul pun rupanya bila aku dah balik IG dia update sampai alamanda pukul 3. huhuhu kita orang masa tu tengah sedap makan. Dah selesai menonton baru rasa lapar. Apa lagi jom pi carik makan.
Kanak-kanak Ribena baru selesai menonton wayang.
Orang dah balik kita orang asyik berswafoto tak habis-habis..... hehehehehe
Lagi.......hehehehehe
Sebelum makan pi bilik air, pi solat dulu lah nanti sedap je makan masa pun berlalu dengan lajunya. Hah tenguk ni dah penuh meja. Kita orang order set untuk 4 orang tapi tambah minuman untuk 5 orang. Lepas tu tambah menu lain. Masa order tu rasa macam dah banyak sangat sampai tak cukup ruang meja.
Hawaian Chicken Piza .....yummy
Side order....nama dia mama mia Meatballs ambil yang ayam........ sodap tau. Ikut tekak aku le hehehe
Spageti ni Kak uda yang order..... pun sodap walaupun aku ni bukan peminat pasta. Licin
Ni macam Pai Tee tapi kulit dia tebal....Mushroom chicken treasure nama dia. Nama tak boleh blah sungguh. Macam bentuk chengkerang pulaknya dengan isi didalamnya. Kreatif sungguh.
Chicken peperoni piza
Hah penuh meja dah..... oleh kerana sejuk kat dalam panggung semua order air panas ambil kopi dan teh. Hah apa lagi yang belum sampai ni.
Garlic Cheese flatbread last menu yang sampai..... jom makan. Makan sambil menyembang memang le seronok. Mulut penuh dengan makanan sambil bercerita sambil tangan laju je mengapai makanan. hehehehe
Muka-muka gembira dengan penuh makanan di atas meja. Enjoy sungguh lah petang tu. Lupa sekejap masalah lain.
Akhirnya hah ko licin .... kelakor je bila ingat balik..... mulut berkicau sambil makan tapi tangan tak renti ambik sana ambik sini.... hehehehe. Seronok sekali bila makan ramai-ramai macam ni. Mula-mula ingatkan tak habis sebab order macam banyak sangat tapi akhirnya.... tada....licin.. Begitulah sepetang bersama kawan-kawan yang bukannya selalu dapat berborak macam ni. Apa pun memang enjoy lah
wahh, meriahnya! hari tu adik ipar IQ pun ajak tengok Kimchi utk awak ni, tapi disebabkan nak bawak anak, so...xley la tengok kimchi utk awak ni....heeee
ReplyDeletetakpelah tunggu anak dah besar sikit....boleh tenguk citer katun...hehehe
Deletewahh..penangan korea..huhu..
ReplyDeleteMinat novel sebenarnya tapi sebab dijadikan filem tu yang teruja nak tenguk.
Deletebelum tengok filem lagi, tapi dah baca novel. best :D awww, makanan tu semua nampak sodap. nasib baik perut kenyang, xla meleleh air liur tengok :'p
ReplyDeleteBaca novel best kan. Akak bayangkan Daniel tu macam Lee Min Ho.... Tu sebab terjebak tenguk filem. Amboiiiiii dah kenyang pun tak terliur ke? hehehe
ReplyDelete