Friday, April 7, 2017

Majlis Perkahwinan di Brunei - rombongan pergi


Assalamualaikum,

Alahaiiii majlis di Tangkak dah selesai tapi aku masih tak sempat lagi nak cerita majlis di Brunei . Apa pun alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Kena update juga lah majlis gilang gemilang di Brunei dan di Tangkak. Kiranya ni siaran tertunda ya. Sebab banyak juga adegan yang melucukan berlaku juga banyak pengalaman baru semasa majlis perkahwinan ini berlaku. Nanti aku cerita sikit demi sedikit ye. Tunggu....

Apa pun nak cerita juga lah perjalanan ke Brunei ni .  Bayangkan lah hampir 30 orang ahli rombongan cik Kiah... huh pening kepala anak buah aku si julie nak uruskan. Apa lagi dengan orang yang biasa kenal tapi tak pernah berjalan, travel bersama memang tak sama. Dah berjalan bersama baru tahu ragam manusia macamana. Poning poning bila banyak orang banyak ragam.... huwaaaa


Itu pun ikutkan orang Taman Tangkak Jaya , ramai yang nak ikut bila kata nak pergi Brunei tapi huhuhu kopak le akak aku nak uruskan semua. Jadi yang mengikut ada 3 kategori. 1 kategori orang taman aka kawan-kawan yang rapat dengan Kak Jal. 2 kategori adik beradik kak jal iaitu aku, Kak Nong dengan abang Ibrahim. Aku mesti lah ikut sebab dah order kek pengantin dan cupcake untuk hantaran di Brunei. Order dengan Kak Mon kawan Brunei aku yang pandai buat kek. Kategori ke 3 pula adik beradik Aruah Abang Ipar aku. Mak Itam yang dengar akak aku buat rombongan pengantin pun bila dengar.. nak ikut juga tapi Kak Jal kata tak boleh lah sebab dah cukup ramai. Pening dia sebab nak uruskan penginapan lah, makan masa kat sana lah, pengangkutan lah. Nasib baik Emi dah uruskan penginapan, pengangkutan semasa di sana. Mula-mula masa tak confirm lagi buat kat hotel... jenuh kita orang cari homestay yang boleh memuatkan ramai orang. Susah sebab kalau ada home stay pun kecil. Memang tak muat nak menampung 30 orang.

Tapi akhirnya setelah confirm buat kat Hotel Parkview di Jerudong, legalah tak payah susah-susah sebab di satu tempat sahaja. Keluarga pengantin perempuan pun duduk kat situ juga. Memudahkan masa majlis perkahwinan nanti. Tapi masa akad nikah adalah di masjid berhampiran.
  


Pagi tu janji tunggu di KLIA 2 pukul 10. Tapi bila dah ramai-ramai tu emm tahulah banyak songel masing-masing. Yang lelaki asyik lesap pi makan asap. Tunggu yang ini yang itu hilang. Tunggu yang itu yang ini pi bilik air. Lepas tu ada pulak yang eksyen tak beli luggage. Sekali datang bawa beg besar....hah tak mengelupur Julie nak setel kan. Poning kepalo. Tak pasal duit jalan jadi duit beli luggage. Dah berkurangan duit buat belanja. Padahal kata Julie semasa beli tiket flight dah tanya pasal luggage tapi senyap je. Sekali bila sampai airport hah mencungap. 

Hafiz anak buah aku pun macam tu juga. Dia lupa dah ada anak seorang sekali beli luggage untuk seorang. Habis tu barang anak-anak dia mana nak cekau. Beg Kak Nong dengan Kak Jal dah penuh dengan barang makanan kering sebab kita orang nak main masak-masak kat hotel. hehehehe seronok sekali bila bab masak-masak ramai-ramai. Aku cuma bawa beg baju je dengan sovenir untuk kak mon dan juga kiriman Jid untuk Ryn. Hah mana cukup tangan aku. Jadi ada yang aku minta tolong Hisham anak buah aku. 1 lagi barang suami adik bang mat yang tolong pegangkan. Jadi bila orang lain yang pegang mata kena awas takut ada yang terlupa dan tercicir dimana-mana nanti. Jenuh lah mencari nanti. 

Dah selesai check in Aku dengan Kak nong lepak sementara menunggu nak bording sambil melihat huru hara ahli rombongan. Mana yang boleh tolong kita orang tolong. Kesian Julie kena handle depa semua. Mak Pengantin memang dah risau je. Macam-macam nak fikir, sebelum sampai lagi dah macam-macam hal. 


Ni barang hantaran yang telah siap di gubah. Beg biru tu kiriman Jid untuk Ryn. Juga oleh-oleh khas untuk Kak mon dan Ryn. Entah apa yang Jid belikan aku tukang bawakan je. Oleh kerana ramai jadi kotak-kotak ini di diagihkan pada sesiapa yang tangan dia free. Tapi kena pantau le. Takut yang bawa lupa entah cicir mana....hah naya je.... ada juga yang nangis tak berlagu kalau salah satu tercicir ni. Bukannya dekat nak pergi balik ambil.  

Flight pukul 1.40pm dan sampai dalam pukul 4.00 pm. Alhamdulillah syukur sampai dengan selamatnya.

Sampai je  lepas ambil beg terus menonong ke masjid di sebelah. Sebelum tu jumpalah dengan bakal Pengantin yang datang menunggu rombongan cik kiah datang dari malaysia.   


                        Selamat Datang ke Brunei Darussalam..... Haraz macam gergasi lah pulak tu


          Amboiii Kak Nong dengan Kak Jal aka mak pengantin... beg-beg rombongan cik kiah le katakan


 Selesai urusan semua menuju kenderaan yang telah di sewa. Emi sewa 2 van besar dan 1 kereta. Pemandu sendiri sebab ramai je lelaki yang ikut. Boleh jadi driver.

            Semua dah tak sabar nak sampai ke hotel. Selain daripada 2 van dengan 1 kereta. Ada juga kawan emi yang datang juga bakal Pak mertua emi. Manalah tahu tak cukup kenderaan sebab beg besar-besar takut tak muat. Jadi beg-beg letak dalam van, kereta yang kosong untuk siapa yang tak muat lagi masuk dalam van. Lepas tu ikut emi menuju ke Hotel Parkview  di Jerudong.



                 Ini lah Parkview Hotel di mana majlis persandingan akan diadakan. Senang je kedua pihak duduk di tempat yang sama. Majlis persandingan adalah pada waktu malam.

                       Penat sungguh Kak nong sampai lepak kat tepi tangga dengan abang Ipar aku Bang Berahim. Mula-mula Kak Nong dengan Bang Berahim tak nak ikut sebab dah pergi masa majlis pertunangan dulu tapi sebab takde wakil dari pihak lelaki Kak Jal ajak lah Bang Berahim dengan Kaknong sekali.


            Wah lobi dia besar beb. Cantik sekali. Masa gambar ni di letak dalam wasap keluarga....semua anak buah aku dah kagum ingatkan rumah pengantin perempuan sekali aku kata lobi hotel lah..... Kita orang buat lintas langsung upacara perkahwinan melalui wasap group keluarga. Mula-mula Adek iaitu adik aku yang bungsu bagi nama sekeluarga nak ikut. Lepas tu Kak nong kata tak payah ikutlah sebab kesian kat anak buah aku yang 4 lagi maklumle budak-budak mana lah tahan berlama-lama masa majlis pernikahan dan persandingan nanti. Kena plan hari lain untuk datang bercuti boleh ronda tempat lain. Jadi Adek sekeluarga 6 orang cancel lah. Ya lah budak-budak kan mesti nak berjalan...ni sibuk dengan majlis perkahwinan mana lah dan nak layan depa berjalan-jalan sekitar Brunei.


        Gambar Sultan Brunei tergantung di dinding.Dengar katanya hotel ni dipunyai oleh kerabat Diraja Brunei. Tapi memang kagum lah dengan hotel Parkview ni.

                              Dari pintu masuk ke dalam lobi hotel. Luas sungguh.


                            Ala-ala tangga bollywood..... adegan tergolek-golek dok.... peletum peletum... hehehe


             Emi dengan Julie sedang  deal dengan pihak hotel mengenai kunci bilik dan sedang berbincang camno nak bahagikan bilik-bilik.

                                  Ahli rombongan lepak dulu sementara dapat kunci bilik.


               Ahli rombongan cik kiah sabar menunggu setelah seharian perjalanan dari Malaysia.


 Akhirnya dah dapat kunci.... Keluarga pengantin perempuan ambil 2 apartment dengan 1 bilik connecting pintu. Apartment tu bertentang pintu. I untu perempuan dan 1 lagi untuk lelaki. Jadi yang untuk pihak perempuan duduk master bedroom Kak nong dengan Abang Berahim.  Dalam bilik ni aku share dengan Kak Jal, Kak Bedah kawan kakJal setaman dan kak Ani. Kak ani ni sebenarnya mak saudara Sani anak Kak Kiah kawan baik Kak Jal yang tak dapat ikut sebab kesihatan. Kak ani bila kata nak pergi Brunei nak ikut. Walhal dia tak kenal pun Kak Jal. Tapi nasib baik lah tak banyak songel cuma tak tahan tu asyiklah berkicau je. Yang kelakor tu dia geng dengan Kak Bedah yang tak banyak mulut. Aku sibuk menolong Kak Jal jadi dalam bilik ni memang port untuk menukar baju dan tidur.

Yang bertentang dengan bilik kita untuk lelaki master bed room Hafiz iasterinya Haifa dengan anaknya Haraz. Dan yang bilik connecting tu Sani dengan Pengantin lelaki Emi, Hisham dan hanafi. Yang seronok tu pintu bilik Apartment kedua-duanya kita orang buka je pintu supaya mudah orang lain nak datang. Nasib baik apartment tu ke dalam sikit daripada laluan utama jadi kalau riuh rendah tak lah mengugat tetamu hotel yang lain.




                                                                  Bilik air yang kemas

Sampai je kat bilik apa lagi lah buka peti Doraemon. Hahahaha.  Barang Hantaran sorokkan dulu dalam bilik Kak nong. Kita buka peti Doraemon untuk masak makanan malam ni. hehehehe seronok pulak main masak-masak. Walaupun lauk simple lauk sardin dan sambal tumis tapi bila makan ramai-ramai emm licin. Masak kari pun sodap.

Emi siap pinjam periuk rice Cooker Bakal PakMertua. Sekali masak nasi sampai petang rombongan cik kiah boleh makan. Tak habis buat nasi goreng besoknya.

Hari pertama Kak nong bawa nasi himpit dengan rendang Ayam. Goreng telur dadar, lepas tu aku bawa sambal ikan bilis kering. Jadi malam tu itulah lauk kita orang.

Malam tu emi ajak pergi ke Pasar Gadong ada jualan macam pasar malam. Dapat lah rasa kuih tradisional Brunei. Si Sani beli udang kering. Semua puji cantik udang keringnya dan harga pun murah lah. Walaupun bila di convert dengan duit Brunei masih mahal tapi dibandingkan dengan kualiti masih lagi murah lah.

Selesai hari pertama, esok petang hari pernikahan pula.

10 comments:

  1. Boleh bayangkan betapa kecohnya ramai2 tu... Ha Ha Ha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha tau tak pe masalahnya orang taman kalau adik beradik sendiri senang je nak kawtim dan semua ikut perintah.

      Delete
  2. SS pernah makan kat Jerudong... Dan pernah juga ke pasar malam gadong...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Depan hotel tu macam banyak juga kedai makan tapi buka malam jadi takdelah menjengahnya.

      Delete
  3. rombongan cik kiah..hihi..dah ramai2 mmg banyak ragam...yang peliknya Kak Ani, kalau saya tak ikut le, dia nak merasa pi Brunei..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak ani tu padahal dah selalu pun travel obersea...anak dia kerja Doktor Pakar tu... tapi tulah...mula-mula pelik siapa ni...bila tanya Akak dia tak kenal sangat sebab Mak saudara Sani. Tapi asyik bercakap je.... penat nak layan.

      Delete
  4. Seronokya berombongan ramai2 ke Brunei yng menguruskannya msti tabah n penyabar tu..maklum ramai org beragam kerenahnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok memang seronok tapi kena banyak bersabar dan layankan je kerenah depa semua. hehehehe

      Delete
  5. 30 orang pergi naik fligt memang kecoh la jawabnye..haha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Emm tau takpe... masing-masing punya kepala layan kan je.

      Delete