Friday, October 27, 2017

Ke ipoh moh kita edisi ke 2 - Laksa Kak zai sungkai



Assalamualaikum,

Selesai menghadiri majlis perkahwinan Eila kita orang pun berpisah dengan sue dan Rin. Rin tidur semalam lagi rumah Sue sebab adik dia akan jemput balik bersama pada hari Ahad. Kita orang pula selesai je terus balik KL sebab Kaknoor pula ada jemputan kahwin rumah Pak saudaranya. Masa ni sebenarnya dah start cuti sekolah penggal ke dua sehingga Hari raya Haji. Tu yang banyak majlis perkahwinan berlangsung sepanjang jalan kita orang balik KL. 

Eijay pun start waze lalu jalan lama. Kunun-kununnya nak cari Kelamai tapi hanya nampak pondok je kelamainya pun tak tahu camno rupa. Kalau musim buah mesti best kan...sebab aku nampak pondok buah banyak kat tepi jalan tapi sebab tak musim emmm kosong je lah.

Seronok juga lalu jalan lama..singgah stesyen minyak, buang air tambah air...tukar baju ke baju yang simple sebab perjalanan masih jauh lagi. Lagi pun nanti nak naik erl lagi . Lepas tu masa lalu Trolak...kaknoor kata suami Eila kerja kat situ... sampai sungkai kita orang pun stop sebab dah lapar balik...hehehehe lagi pun nampak sigboard laksa apa lagi le terus cakap kat iejay berhenti jap. Pekena laksa petang-petang hari.

         Tenguk tu menu-menu dia...udang besor-besor ko. Ramai juga orang yang makan kat sini

       Tapi masa ambil order banyak juga yang dah habis. Laksa ikan sekor dah habis. Akhirnya laksa udang dan mee  udang. Kak noor tak boleh makan pedas jadi order lah meehoon. Siap cakap jangan bubuh lada sekali bila makan memang ada rasa pedas. Sian kaknoor tak boleh makan le.

                                        Yeh Mee Udang...sedap udang dia. Taugeh dia pun rangup-rangup.


Mee Udang dan Laksa Udang menu petang kami. Jom makan jom. Kuah laksa sedap, kuah mee udang pun sodap. Tapi aku hirup kuah mee udang tapi meenya tak habis. Udang den kuah habis aku hirup tinggal mee kuning jo.

Sekali bila mee Hoon kaknoor sampai...baru makan sesudu kaknoor dah bengang sebab ada rasa pedas.  Padahal dah bagitau tak nak pedas malahan tak nak letak cili tapi agaknya tukang tulis tu tak paham dan tukang masak pun hentam saje....akhirnya kaknoor tolak tepi. kesian kaknoor. Semua makanan pedas. Akhirnya aku yang perabiskan meehoon kaknoor walaupun pada mulanya nak rasa sikit tapi sebab aku suka meehoon ahhirnya ...tada...eh habis dah...hehehehe

Selesai minum petang sambung lagi perjalanan  amboiiii tak sampai-sampai lagi ke.... lalu jalan lama makin lama makin gelap dalam hati bila lah iejay nak masuk highway ni... sambung ya hehehehe

12 comments:

  1. laksa udang ye..
    tak pernah dengar, tak pernah tengok dan tak pernah makan pun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya laksa biasa tapi udang besor-besor tu yang jadi laksa udang kut. Tapi kuah dia sedap.

      Delete
  2. Assalamualaikum Notie,
    Terima kasih sudi jalan-jalan ke rumah Kak Amie. Baru berkesempatan untuk blog walking, dan kebetulan terbaca pula entri tentang Ipoh di sini. Cadangan awal sebenarnya cuti Disember ini kami sekeluarga nak jalan-jalan di Perak, sebab anak sulung sambung belajar di Seri Iskandar. Kemudian nak keliling negeri Perak (negeri asal emak, dan masih ada saudara-mara di sana), tapi nampaknya terpaksa mengadap 'tugas seri paduka baginda' sepanjang cuti ini. In shaa Allah, satu hari nanti akan sampai juga ke sana. Terima kasih sudi paparkan info makan-makan di Ipoh!Nanti boleh cuba laksa udang, selama ni makan laksa yang ada udang (laksa Sarawak) sahaja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam. Terima kasi sudi jengah. Kat Ipoh sebenornya banyak tempat makan yang best-best tapi kita orang tak sempat nak jelajah semua. Itu pun sebab kebetulan ada majlis perkahwinan kawan penulis tu yang dapat meraoun Ipoh. Laksa serawak pun sodap.

      Delete
  3. Udang dia... Berenang renang dalam mangkok... Lalu tekak... Hancur dalam perut... Erkk... Kenyang... He He He...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mee udang mestilah dia berenang takan merangkak kut...hehehehe tapi sodap hingga menjilat kuah hehehehe

      Delete
  4. SS pernah makan laksa ikan sekoq kedah... Boleh tambah... Free jek... Kecuali ikan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat kedah femes laksa ikan sekoq... jom pi kedah pekena laksa ikan sekoq

      Delete
  5. JM mkn mee udang kuala selangor..sedap gila..kak notie dh try lom

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah gila yang sedap habis tu mee udang kuala selangor tak sedap ke?

      Delete
  6. Selamat Tahun Baru notie Abdullah.

    Tahniah!
    Blog saje suka-suka notie telah terpilih dalam senarai Top 55 Blog Travel Malaysia 2017.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah tak sangka...tulis suka-suka pun boleh tercalun. Terima kasih banyak ya...semangat nak tulis banyak-banyak ni.

      Delete