Assalamualaikum,
Ok ni last entry pi Ipoh moh kita. hehehehe jenuh nak habis padahal bukannya banyak sangat pun. Selepas pekena laksa di sungkai kami pun meneruskan perjalanan. Seronok juga lalu jalan lama apa lagi bila lalu Tanjung Malim nampak lah UPSI.
Iejay dah penat memandu bila sampai tanjung Malim je kita orang terus singgah kedai Pau yang femes di Tanjung Malim ni iaitu Pau Yik Mun. Kesian iejay perjalanan jauh, sungguh memenatkan tu sebab banyak pit stop kami singgah.
Oleh kerana masih kenyang lagi kita orang cuma nak rasa pau dan minum air panas. Kopi dia pun sedap. Pau yang lembut , ada macam-macam perasa yang boleh di pilih.
Dia kasi kertas order sekeping dan kita tick lah apa yang nak di makan dan di minum. Sekali tenguk ada nasi goreng Hainan apa lagi kaknoor pun order lah sebab masa kat sungkai tu dah salah order. Alhamdulillah kali ni menepati selera kaknoor. Makan sampai licin, baru nampak kepuasan Kaknoor sebab dapat makan dengan kenyang. hehehehe padahal meehoon kaknoor aku dah belasah licin sebelum ni.
Patutlah femes pau tanjung malim ni sebab kelembutan dan rasa intinya yang sedap. Pau dia lembut.
Selain yang di jual dan makan di kedai ada juga pau yang frozen. Dok belek apa yang ada , aku pun beli 1 paket pau ayam. Pau ayam dan daging rasanya mahal sikit lah dari pau kacang atau pau kaya.
Di buka sejak tahun 1026....fuh cukup lama. Dah puas mengopi dan makan pau...ok jom kita balik.
Selepas je melepasi bandar Tanjung Malim barulah iejay masuk highway. Aku yang dah cuak kalau iejay nak lalu jalan lama sebab dah nak masuk magrib. Tenguk jalan dah sunyi je. Jadi bila dah masuk highway baru lah lega.
Berhenti sekejap di hentian Duta, solat buang air dan sebagainya. Ingatkan nak turun di KL central tapi iejay dengan rela hati turunkan kami kat Bandar Tasik Selatan. Kat situ kami bertiga berpecah lah. Kak Uda naik erl balik putrajaya, kaknoor pulak cari teksi balik ke sg besi dan aku pun cari teksi balik ke Ampang.
Alhamdulillah kami sampai dengan selamatnya. Nasib baik esok hari, Ahad masih ada sehari lagi relaks sebelum kerja hari Isnin. Apa pun terima kasih banyak lah pada Sue yang jadikan rumahnya homstay buat kami warga KL. Dah ada perancangan nak pergi lagi tapi bila......tunggu sue free barulah boleh menyambut rombongan Kak kiah serbu Ipoh. Ok selesai lawatan sambil makan edisi ke 2. Edisi pertama nanti aku cari ilham dulu...... hehehehehe
Peberet SS pau kacang... Hadoiiii!
ReplyDeleteSedap kan....pau kacang legend tu
Deletetahun 1926 ke 1026? ha ha ha...
ReplyDeleteAla...jari sado sangat nak taip 9 dia ke 0 pulaknya....nampak aje salah orang...haip
DeleteKalu ikut jalan lama Tanjung Malim nape? Takut wokswegen kuning ke... he he hee
ReplyDeleteEh wokswagen kuning tu area karak... tapi memang nampak jalan lama tu pokok je kiri kanan rumah orang takdo... dah lah nak masuk magrib tu yang risau bila lah nak masuk highway
DeleteSERONOK JALAN2 MKN2 DI SITU YA NOTIE
ReplyDeleteSesekali jalan-jalan cari pasal seronok je kak
DeleteSudah semestinya pau di sini mempunyai rasa yang tersendiri, dan memang patut 'berdiri gagah' sebab lebih 90 tahun usia perniagaannya tu!
ReplyDeletePau dia lembut dan inti dia sedap
DeleteMmg femes pau ni tapi x penah mkn
ReplyDeleteSedap intinya dan lembut paunya
Delete