Wednesday, November 15, 2017

Syukur Alhamdulillah



Assalamualaikum,

Syukur alhamdulillah impian aku nak jejak kan kaki di Mekah dan Madinah insya Allah termakbul akhirnya. Ni pun sedang menunggu hari nak menunaikan ibadah Umrah bersama keluarga. Seronok sangat tak sabar dah nak pergi. Impian yang aku impikan selama ini.

Ingat tak soroton 2016 dan selamat datang 2017 yang aku tulis, impian teragung aku nak menunaikan ibadah haji dan umrah. Alhamdulillah walaupun belum dapat menunaikan ibadah haji tapi dapat menunaikan ibadah umrah pun dah banyak-banyak bersyukur Allah memperkenankan doa aku.

Minggu lepas kami dah hadir taklimat terakhir yang di buat di JB. Dan insha Allah perjalanan kami bermula pada 20hb Nov 2017 sehingga 1 hb Dis 2017.


Mendengar taklimat perjalanan dan segala isu masalah berbangkit yang timbul semasa di Mekah dan Madinah nanti.


       Selalu tenguk dalam siaran langsung di TV Hijrah.... ...bila memandang kaabah...aku selalu berdoa semuga dapat jejakkan kaki ke Mekah dan Madinah.  Aamiin




Perjalanan kami akan sampai di Madinah dahulu barulah ke Mekah.  Apa pun doakan semuga Allah mempermudahkan perjalanan kami .

"Ya Allah Kau makbulkan hajat semua kawan-kawan yang membaca blog aku agar dapat berumrah dan dapat mengunjungi Mekah Mukaramah dan Madinah." Aamiin. "Semuga Allah mempermudahkan perjalanan kami." Aamin. "Doakan semuga kami memperolehi umrah yang mabrur dan segalanya dipermudahkan." Aamiin. Semuga semuanya berjalan lancar.  Doakan untuk aku dan keluarga aku ya. Aku sayang semua pembaca blog aku. Semuga Allah makbulkan doa aku. Aamiin.

14 comments:

  1. Alhamdulillah, semoga dipermudahkan urusan ye sis dan mendapat umah yang diberkati

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin... Mudahan Allah makbulkan doa Sal. Thanks Sal

      Delete
  2. SUBHANALLAH..SLMT MEUAIKN UMRAH NOTIE N KELUARGA MOGA ALLAH PERMUDHKN URUSN DI SANA SLMT PRGI N KEMBALI

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah Sis PI..terima kasih doanya. Kami dah selamat menunaikan ibadah umrah.

      Delete
  3. ALhamdulillah, moga dipermudahkan segala urusan di sana. Amiin

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah..impian kak notie nk ke sama tercapai..semoga kak notie sihat di sana dpt melakukan ibadah umrah dgn sempurna..amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih JM. Akak pun doakan semua semuga dapat menjadi tetamu Allah suatu hari nanti.

      Delete
  5. Alhamdulillah semoga mendapat umrah mabrur Notie Allahumma Aamiin

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah...selamat menunaikan umrah, semoga semuanya dipermudahkan di sana..

    ReplyDelete
  7. Salam ahkak notie... Sorry sgt2... cubaan nak balas email fail... Emaill problem... Jadi SS komen sini... SS doakan semoga ahkak mendapat umrah yang diberkati Allah swt... Semoga sihat sepanjang berada di tanah suci... Semoga doa doa yang terkumpul dimakbulkan... Aminnnn....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak tak tenguk email pun. Tapi walaupun tak tahu nama sebenar tapi akak doakan semuga SS, HH dan JM di ketemukan jodoh yang terbaik buat kalian bertiga. Aamiin

      Delete