Sunday, December 10, 2017

Umrah 2017 - perjalanan yang tidak terungkap dengan perkataan

Assalamualaikum,

Apa khabar semua... wah rindu semua. Alhamdulillah perjalanan selama 10 hari 12 malam kena tambah 1 hari 1 malam lagi kerana masalah flight tapi apa pun syukur dah selamat sampai Malaysia pada hari Sabtu 2 Dis 2017 pada pukul 1 tengahari.

Rasa macam-macam nak cerita tentang perjalanan umrah ku ini tapi nanti slow-slow aku kongsi cerita ya. Banyak pengalaman baru yang aku hadapi tapi apa pun aku nak cakap......seronoknya menjadi tetamu Allah dan lebih seronok dapat mengunjungi Rasulullah SAW sempena Maulidur Rasul...hari kelahiran baginda Nabi Muhammad SAW.  Yang bestnya kata ustaz mutawif kami...kami beruntung sebab 2 kali dapat jejak kaki di Madinah.  Ini disebabkan kita orang berangkat ke Mekah setelah solat Jumaat di Madinah dan balik semula ke Madinah Hari Khamis dan setelah solat Jumaat check out untuk penerbangan balik ke Malaysia. Kenapa jadi begitu? Ini disebabkan Arab Saudi tak bagi Airbus MAS A380 mendarat di Jeddah, jadi flight delay 1 hari lagi dan dibagi Hotel Concorde untuk semalam lagi di Madinah. Hotel Concorde tu depan pintu 15 je...memang dekat beb....tapi masa sampai Madinah , aku dah lepak demam panas. Kudrat aku dah habis digunakan semasa di Mekah jadi badan dah tak tahan tu yang demam. Batuk yang pada mulanya dah nak baik bila demam jadi balik.    


        Semasa di airport KLIA, menunggu taklimat sebelum boarding. Group kami yang teramai seramai 16 orang. Ada 2 kumpulan iaitu epal dan Pisang. Seramai 101 daripada group Kembara Umrah JDT.



Lawatan ke masjid Nabawi......seronoknya..... rasa tenang je solat di Masjid Nabawi....memberi salam pada Rasulullah.



        Makan nasi Arab di dataran Masjid bersama keluarga Kak Nong dan Kak Jal. Lepas solat zohor tak balik hotel jadi piknik makan tengahari.

Merasa tamar muda yang sedap sekali semasa ziarah luar Madinah.


Menziarah pekuburan Baqi.....tapi tak lama...dengar tazkirah Ustaz pun tak lama....Ustaz  kena tarik oleh petugas masjid.....emmm entah napa tah. Nampak tu kubah hijau....itulah Maqam Rasulullah.


Lautan manusia keluar dari Masjid selepas selesai solat.  Aku suka tenguk keadaan ini. 


Alhamdulillah selesai tawaf  yang pertama. Sampai ja Mekah lepas letak beg, terus buat umrah malam tu. Syukur dan seronok bila masuk je kawasan Tawaf....Ya Allah nampak kaabah depan mata....air mata tanpa sedar mengalir.  Syukur Allah menjemput aku menjadi tetamuNya. 


Jabal Rahmah....lawatan luar dan buat umrah kali ke 2

.      Bersama ahli terkecil dalam kumpulan kami.... setiap kali umrah mak dia bawa bersama. Comel tak banyak kerenah.
                                           
 .
               Menunggu waktu solat masuk.....seronok rasanya. Bersama Kak Ijah dan Kak Nong.

       Sementara menunggu bas nak ke airport, Abang Ibrahim belanja kami aiskrim. Masa ni aku baru kebah dari demam.


    Balik dapat naik yang tingkat atas pula. Semasa pergi di bahagian bawah. Seronok sebab hanya group kami sahaja. Lepas tu memang rezeki kita orang lah sebab peramugara kami baik. Macam-macam dia bagi. Jus buah berkotak-kotak., dapat berus gigi, penutup mata, kacang paket...tu semua bukan wajib ya...


  Berhenti di masjid KLIA, bersama saudara-mara yang datang menjemput. Kita orang piknik ramai-ramai di kawasan masjid. Si julie buat Cik bluwey aku gerai stok makanan. Ada kuah soto, kari ayam, macam-macam kat seat belakang.  Selesai makan, keluarga akak Ijah balik Batu Pahat, Kak nong balik Melaka, aku melepek kat rumah julie. Alhamdulilllah syukur.


8 comments:

  1. Waalaikumussalam kak..Alhamduilllah, selamat pergi dan kembali ke tanahair. Seronok tengok2 gambar di sana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih nohas...masih terbayang-bayang lagi solat depan kaabah. Alhamdulillah

      Delete
  2. One fine day... One fine day... Tapi... Kalu SS nak ke sini... SS kena pegi tanpa mahram...

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah akak doakan buat semua. Mudahan panjang umur, murah rezeki, sihat tubuh badan dapat SS, JM dan HH menjadi tetamu Allah. Aamiin

      Delete
  3. Waalaikumussalam,
    syukur alhamdulillah, dapat menjadi tetamu Allah, menziarah bumi mulia, ia satu kenangan indah untuk diabadikan dalam hidup.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syukur sangat Allah menjemput menjadi tetamuNya. Kenangan terindah. Mudahan lepas ni dapat buat Haji pula. Aamin

      Delete
  4. kita pun tumpang seronok bila baca dapat dua kali ziarah Madinah. Alhamdulillah. Rindunya nak menjejakan kaki ke masjid Nabi lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rezeki dapat ziarah Madinah sampai 2 kali, sebelum balik sambut Maulidur Rasul di Madinah lagi. Mudah-mudahan ada rezeki kita pergi lagi ya. Aamiin. Rindu sentiasa bertandang selepas balik dari Umrah.

      Delete